Nama: Ahmad Shahir bin Adahudinsa

Nama FB: SeriEmas Angler

Usia: 31 tahun

Nama produk: SeriEmas Angler

baca juga pengasas umpan buah ara

 

UMPAN: Ceritakan sedikit latar belakang anda & penglibatan dalam industri memancing?

SeriEmas: Abah yang banyak menanam minat memancing kepada kami tiga beradik (saya anak sulong). Memang minat memancing dari kecil. Mulanya perniagaan sewa bot pancing bila abah dah nak pencen.

Sama-sama design bot dan merangka perjalanan perniagaan. Mula beroperasi pada bulan Februari 2017. Dalam pada itu saya tubuhkan kelab memancing seriEmas Angler.

 

Entrepreneur – Pengusaha Bot Memancing SeriEmas Angler

 

UMPAN: Kenapa anda memilih bidang ini dan ceritakan bagaimana ia bermula?

SeriEmas: Sebab utama adalah semata-mata minat memancing itu sendiri. Thrill yang kita dapat dari memancing ni tidak dapat dari mana-mana aktiviti lain.

Terutama time ikan makan. Baik main bottom, jigging, casting dan lain-lain lagi. Karan dia lain macam.

 

Entrepreneur – Pengusaha Bot Memancing SeriEmas Angler

 

IKLAN

UMPAN: Apa cabaran yang dihadapi dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?

SeriEmas: Daripada kerenah pemancing yang menyewa, keadaan cuaca dan kekurangan hasil tangkapan. Tapi itu semua perkara normal. Yang paling utama kita harus sentiasa sabar dan tenang. Sebab setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

Harapan saya untuk terus maju dan dapat menjadikan perniagaan sewaan bot seriEmas ini lebih berkualiti dan dapat memuaskan hati pemancing yang menyewa.

 

Entrepreneur – Pengusaha Bot Memancing SeriEmas Angler

baca juga tekong jigging kelantan

 

UMPAN: Ceritakan apa kelebihan produk anda dan pakej yang ditawarkan?

SeriEmas: Kami mempunyai 3 bot untuk disewakan. Seorang tekong utama, saudara Khairul Afzan dan 3 tekong gantian.

 

Pakej Memancing SeriEmas Angler (Perairan Bagan Lalang)

 

IKLAN

Bot seriEmas 01

  • 33kaki x 8kaki
  • Enjin Mercury 115hp 4stroke (2 biji)
  • Life jacket disediakan
  • Ada kabin
  • Tempat live-bait
  • Tandas terbuka
  • Sonar/fish finder (Lawrence X7)
  • Maksimum 7 pemancing

 

Pakej Laut Dalam

Sesi pagi (7am – 7pm) – RM 1000.00

Sesi malam (6pm – 6am) -RM 1200.00

 

Pakej Persisir & Apollo

Sesi pagi (7am – 7pm) – RM 800.00

 

Entrepreneur – Pengusaha Bot Memancing SeriEmas Angler

 

Bot seriEmas 02

IKLAN

 

  • 25kaki x 7kaki
  • Enjin Mercury 115hp 4stroke
  • Life jacket disediakan
  • Bumbung Canvas
  • Sonar/fish finder (Lawrence X7)
  • Maksimum 5 pemancing

 

Pakej Jigging sahaja
Sesi pagi shj (7am – 7pm) – RM650.00

 

Bot seriEmas 03

 

  • 21kaki x 4kaki
  • Enjin Mercury 30hp 2stroke
  • Bawa bot sendiri

Pakej Sewaan Sahaja
Sesi pagi shj (7am – 7pm) – RM150.00

Jeti: Jeri seriEmas Angler, Bagan Lalang

 

Umpan: Apa kriteria yang perlu ada untuk menjadi pengusaha bot memancing?

SeriEmas: Kriteria yang perlu ada ni subjektif. Pada pendapat saya harus mesra dan tenang. Itu yang utama.

 

Entrepreneur – Pengusaha Bot Memancing SeriEmas Angler

baca juga tekong kerapu bara tersohor

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI