Nama: Black Ara

Nama FB: Nma Fishing

Usia: 39 tahun

Produk: Umpan Ara & Minyak Ara

 

UMPAN: Sejak bila bergelar pengusaha umpan memancing ikan air tawar?

BLACK: Alhamdulillah… sedar tak sedar sudah tahun ke-8 saya mengusahakan perniagaan umpan memancing kolam air tawar.

 

UMPAN: Kenapa anda memilih usaha ini?

BLACK: Saya memilih atas minat dari kecil dengan dunia memancing. Pada awalnya saya hanya menghasilkan umpan untuk memancing ikan rohu iaitu Minyak Ara.

Suatu ketika dulu pancingan rohu begitu popular mengatasi patin. Kemudian barulah saya hasil umpan patin pula iaitu Umpan Ara.

 

 

UMPAN: Apa cabaran dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?

BLACK: Banyak halangan ketika mula-mula menceburi dunia penghasil umpan memancing kolam ni. Banyak mata yang memandang serong.

Namun ia sama sekali tidak mematahkan semangat saya untuk meneruskan usaha ini. Malah untuk meyakinkan dan menarik kepercayaan pengguna juga salah satu cabaran.

 

 

UMPAN: Ceritakan apa kelebihan produk anda?

BLACK: Secara jujurnya, tiada satu pun umpan pancingan kolam air tawar yang boleh menjamin strike. Saya hanya berusaha.

Alhamdulillah saya cipta umpan ini khusus untuk ikan air tawar bagi memudahkan para beginner yang baru berjinak-jinak dengan dunia air tawar. Cara penggunaan pun sangat fleksibel buat para pemancing.

 

 

UMPAN: Cerita sedikit pencapaian membanggakan yang pernah diperolehi?

BLACK: Sebagaimana yang telah saya nyata, saya hasilkan umpan ini sebagai ikhtiar untuk para pemancing baru.

Walaubagaimana pun Alhamdulillah pencapaiannya agak membanggakn setakat ini para pemancing berjaya membawa pulang hasil dengan penggunaan umpan ini.

Malah ada juga yang berjaya dalam pertandingan memancing sehingga ke podium.

 

 

Tinggalkan Komen