Saya masih baru dan mula berminat memancing udang galah sejak beberapa bulan lepas. Namun, kerap kali gagal membawa pulang hasil, kalau ada pun seekor dua sahaja. Set pancing sama dengan orang lain, umpan pun sama tapi hasilnya tak sama. Apa lagi yang perlu saya buat untuk dapatkan udang galah bersaiz si jenggo ni?
JAWAPAN:
Memancing udang galah memang sedikit berbeza dengan pancingan ikan. Apa pun, thrill atau karen jenggo memang mencakop. Selain set pancing dan umpan yang sesuai, amat penting untuk kita tahu perlakuan udang itu sendiri, yang pastinya berbeza dengan ikan, selebihnya itu dinamakan rezeki.
Dalam pancingan udang galah, tiada musim tertentu, bahkan sesetengah tempat boleh dikatakan sepanjang tahun ada udang. Begitu pun, waktu terbaik ialah musim kering dan bagi kawasan sungai berhampiran muara pula sebaiknya selepas hujan di kawasan hulu kerana air akan menjadi lebih payau, yang merupakan habitat udang.
Dalam memilih lubuk pula, cari spot yang sedikit berarus yang mempunyai struktur seperti kayu besar, batang pokok atau akar. Ini kerana udang galah merupakan krustasia yang merayap mengikut arus. Itu antara perkara yang mungkin anda perlu titik beratkan untuk mencari spot yang sesuai. Untuk lebih mudah, ringankan mulut untuk bertanya kepada rakan-rakan yang telah biasa turun di lubuk tertentu.
Seperkara yang penting lagi adalah, kena selalu pindah tempat sekiranya di satu-satu tempat tidak ada getuan. Umpan juga perlu sentiasa periksa paling tidak setiap 5 minit sekali. Ingat tiada udang yang nak makan besi.
Saya tidak menafikan malah bersetuju dengan apa yang saudara kemukakan iaitu tenggiri menyambar gewang atau jig yang dikarau laju, dan slow jigging juga boleh dapat tenggiri. Dalam erti kata lain, tenggiri akan menyambar gewang atau jig sama ada dikayuh laju ataupun perlahan. Ia jelas menunjukkan bahawa tenggiri menyambar umpan yang bergerak, bukannya umpan yang pegun.
Selain menyambar ketika gewang sedang dikarau, tenggiri turut menyambar gewang yang sedang jatuh di dalam air. Tentu saja gerakan gewang atau jig yang menjatuh adalah jauh lebih perlahan berbanding gerakan menaik.
Faktor inilah yang kebanyakannya berlaku dalam teknik jigging perlahan. Boleh dikatakan kebanyakan jig disambar ketika ia sedang membuai jatuh ke dasar. Perkara yang sama turut berlaku dalam teknik speed jigging. Yang pastinya tenggiri boleh diperoleh sama ada melalui teknik jigging perlahan atau laju.
Apa saja yang berbentuk atau menyerupai diet makanan yang memasuki kawasan atau lalu di hadapan mata pasti akan disambar tanpa mengira tahap kelajuannya. Hanya hasil dari jenis karauan itu saja yang berbeza. Jika gewang dikarau lebih laju dari renangan ikan maka sambarannya akan kesasar dan singgah tepat pada gewang.
Jika dikarau perlahan dan renangannya lebih laju maka hasilnya tali perambut akan menjadi sasaran gigi tajamnya.
Pertamanya spoon ini murah harganya dan boleh didapati di mana-mana kedai yang menjual peralatan memancing. Ia semurah RM3.00 hinggalah yang mahal RM50 atau lebih, bergantung kepada kemampuan anda.
Kerana harganya yang berpatutan, jika sangkut dan putus tidak terasa ralat sangat. Ia juga selalu digunakan sebagai gewang penduga kawasan baru untuk memastikan keadaan di dasar lubuk.
Bentuk spoon menyerupai ikan perimpin atau anak-anak ikan lain yang menghuni perairan lombong menyebabkan ia realistik pada pandangan ikan. Kilatan pada spoon juga sangat menyerupai kilatan yang terdapat pada sisik ikan-ikan kecil.
Aksi fluttering atau gelekan spoon menghasilkan sinaran berkilat lebih-lebih lagi apabila dipanah cahaya matahari yang terik. Kilatan ini menyerupai ikan-ikan kecil yang sedang sakit atau panik ketakutan, ini lebih cepat menarik perhatian pemangsa walau sebagaimana degil sekalipun.
Perimeter permainan spoon adalah pelbagai. Ia boleh dimainkan di permukaan air, kolum pertengah dan heretan dasar. Spoon biasanya berat dan ia mudah dilemparkan jika anda menggunakan baitcaster.
Kelemahan Spoon
Oleh kerana spoon banyak bergantung kepada kilatnya itu, ia menjadi kurang efektif apabila cuaca mendung, cahaya matahari tidak dapat membalikkan kilatan pada badan sesudu. Disebabkan itu juga ia tidak beberapa sesuai digunakan pada awal pagi dan lewat petang, jauh sekali pada waktu malam.
Spoon adalah besi dan lumrah besi ia tidak meresap apa-apa cecair. Jadi cecair bau-bauan tidak dapat disembur padanya. Kerana ia besi, ia senang berkarat, lebih-lebih lagi apabila catnya sudah tertanggal akibat dibaham ikan.
Oleh kerana ia besi berat, ia cepat tenggelam dan ini membuatkan ia mudah tersangkut pada reba dan rumpair, lebih-lebih lagi jika menggunakan mata tiga. Gelung mata kailnya satu, maka hanya satu mata tiga atau mata tunggal digunakan dan apabila ia tersangkut ia sukar dilepaskan apabila menggunakan penyelamat gewang berbanding gewang yang mempunyai lebih mata tiga.
Sifat spoon yang flutter atau bergelek semasa tenggelam dan wobble (goyang ke kiri dan kanan) semasa dikarau menyebabkan tali pancing mudah kusut, lebih-lebih lagi menggunakan kekili spinning.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...