IKLAN

 

Nama penuh: Mohammad Shaida Bin Aris

Nama FB: Su’ai Tioman

Usia: 43 Tahun

Status: Tekong Tioman

 

UMPAN: Sejak bila memancing dan mula menjadi tekong/guide?

SU’AI: Pada asalnya selalu ikut ayah dan menjadi teman memancing bagi mencari sumber tambahan ekonomi keluarga.

Pada waktu itu saya berusia 10 tahun dan dibenarkan ikut memancing pada hari Sabtu dan Ahad. Sejak dari itulah datangnya minat memancing sehingga sekarang yang tidak dipisahkan.

 

 

UMPAN: Kenapa anda memilih kerjaya ini?

SU’AI:  Sumber pelancongan dan tambahan sampingan ekonomi keluarga sungguhpun saya sudah ada kerjaya sendiri.

Secara tidak langsung ia mengurangkan tekanan atau stress di tempat kerja. Dengan memancing je kita dapat menikmati keindahan alam semula jadi, dapat tengok laut je pun

hilang segala masalah… tu belum strike ikan lagi, baru ada kepuasan diri bagi orang yang menghayati dunia hanyir. Serta dapat kenal mengenal dan tambahan kawan yang jauh serta perkongsian ilmu.

IKLAN

 

 

 

UMPAN: Pada pandangan anda, apa kriteria perlu ada untuk jadi tekong/guide?

SU’AI: Pengalaman dunia memancing dan lautan. Memastikan diri ada lesen tekong atau kompetensi pemanduan bot.

Bot perlu didaftar dan memiliki insuran perlindungan kepada penumpang atau pemancing tersebut.

Perlu ada latihan kecemasan first aider (Basis Occupation First Aid, CPR & AED) apabila berlakunya kecemasan kepada penumpang/pemancing.

 

IKLAN

 

UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi dan harapan anda dalam meneruskan kerjaya ini?

SU’AI: Rintangan dan masalah di Pulau Tioman pencerobohan bot pukat tunda dan pukat malas yang datang dari tanah besar berleluasa untuk mengambil hasil penduduk tempatan.

Merosakkan ekosistem laut dan sekarang dengan pukat hantu yang banyak tersangkut di terumbu karang. Diharapkan pihak agensi penguatkuasa perlu membuat pemantauan dengan lebih jitu.

 

 

UMPAN: Ceritakan pengalaman memancing (trip) yang manis / pahit?

SU’AI: Pengalaman manis banyak dapat ikan la… pengalaman pahit kumpaw itu pasti, bantai dek ribut power.

 

UMPAN: Berikan sedikit tip untuk memperoleh hasil pada trip anda?

SU’AI: Rezeki ditangan Yang Maha Berkuasa. Doa itu pasti, berusaha,tekun,sabar dan rajin…pasti berjaya.

 

 

Pakej

 

Nama bot: Belitung Simbat

Saiz: 17kaki & 20kaki

Enjin: 15hp & 40hp

Harga sewa: RM250-RM300

Jumlah pemancing: 15hp(2pax),40hp(4pax)

Waktu memancing: Trip jigging 0800-1800hrs, trip bottom 1700-0000hrs

Lokasi memancing: Perairan Pulau Tioman

Jeti: Kg. Tekek, Pulau Tioman.