Memancing ikan tapah agak sinonim dengan kawasan seperti Sungai Perak, Sungai Pahang, Sungai Terengganu, Tasik Bakun di Sarawak dan beberapa tempat lagi di Malaysia. Ikan tapah merupakan ikan pemangsa mempunyai nilai pasaran yang agak tinggi. Walaupun populasi agak berkurangan, namun masih terdapat juga laporan pemancing menaikkan ikan tapah saiz gergasi.

 

Antara kisah terkenal daripada pemancing berkaitan gergasi air tawar ini ialah bagaimana tapah membaham monyet, anjing, kucing dan beberapa haiwan lain lagi. Ini menunjukkan betapa masih ada tapah bersaiz gergasi dan sering membuatkan pemancing mahu merasai tentangan pemangsa legenda ini.

 

IKLAN

Umpan yang sering dikaitkan dengan ikan tapah ialah ikan-ikan sungai, udang galah dan ikan keli bagi mendaratkan tapah bersaiz gergasi. Pun begitu terdapat juga pemancing menjadikan ulat lundi dan serangga hutan untuk memancing ikan tapah. Walau bagaimana pun umpan-umpan ini kebanyakkanya digunakan untuk memasang taut atau rawai bagi menjerat tapah berbanding pancingan dasar.

 

IKLAN

Selain daripada umpan dan pancingan dasar, teknik mengilat (casting) dan juga menunda (trolling) telah beberapa kali terbukti dapat menaikkan ikan tapah. Malah melalui teknik menunda inilah dikatakan paling efektif untuk mendararkan tapah. Penggunaan sesudu dan gewang selaman dalam telah beberapa kali menaikkan spesies tapah di sekitar sungai-sungai negeri Sarawak, Pahang dan Terengganu.

 

IKLAN

Menurut petua orang tua pula, ikan tapah selalunya mudah dipancing sewaktu air keruh dan ketika waktu bulan gelap. Selalunya pada lewat senja atau awal pagi merupakan antara waktu yang sangat sesuai untuk memancing ikan legenda ini. Carilah lubuk-lubuk yang kelihatan gelap dan dalam dengan arus yang perlahan dan cuba balingkan umpan atau gewang ke kawasan tersebut. Mana tahu ada sang tapah gergasi yang terbuka seleranya waktu itu.

 

Taktik & Teknik Pancingan Ikan Tapah

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI