HALAL MEMAKAN KETAM NIPAH – MAJLIS FATWA KEBANGSAAN. 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-26 yang bersidang pada 7-8 Mar 1990 telah membincangkan Menternak Binatang Dua alam.

Muzakarah telah memutuskan bahawa:

 

Perusahaan menternak ketam nipah untuk tujuan eksport adalah harus kerana ia bukan binatang dua alam.

Perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah khilaf ulama;

a) Menurut jumhur ulama, perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah haram kerana ia adalah binatang dua alam.

b) Menurut Mazhab Maliki, perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah harus

(Keterangan/Hujah: Mengikut istilah sains, haiwan dualam ini ada dua kategori iaitu reptilia dan amfibia yang mempunyai sistem pernafasan paru-paru.

Edaran hidupnya sebahagian di dalam air dan sebahagian lagi di darat seperti katak, penyu, labi-labi, buaya dan seumpamanya.)

 

Ketam nipah pula bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah dari jenis krustasea iaitu sama golongan dengan udang dan kerang.

Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut.

 

Oleh itu dari segi hukum ketam nipah ialah haiwan yang boleh dimakan. Kehidupan ketam nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang dua tiga

hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air.

 

Ia menggunakan air tersebut untuk pernafasan dan sekiranya air itu kering ia akan mati. Katak adalah sejenis binatang dua alam yang hidup di air dan juga di darat.

Menurut Mazhab Syafie, tiap-tiap binatang yang hidup dua alam adalah haram dimakan.

(sumber: e-fatwa.gov.my)

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI