Foto - Nogo Eren

 

Tidak semua spesies bayan menyambar umpan pancing terutama yang bersaiz kecil. Kalau yang terlalu besar menyambar, pemancing pula yang tidak mampu bertahan.

Dengan kekuatan gigi kapak yang dimiliki olehnya, sama ada perambut atau mata kail yang tewas di pertengahan jalan.

 

Memancing ikan bayan mempunyai kaedah tersendiri dan ia amat sukar untuk diperolehi sekiranya teknik yang betul tidak diamalkan.

Yang terbaik umpan jangan dilabuhkan terus ke dasar kerana ia pasti tersangkut di celah-celah karang mahupun ketika umpan dilarikan.

baca juga kenali keluarga bayan

 

Tip & trik memancing bayan

 

Set peralatan

Peralatan seperti joran aksi menengah hingga sederhana disyorkan dengan kekuatan tali mengikut pilihan pemancing.

Kalau mahu aksi yang lebih, 30Ib adalah standard seorang pemancing rekreasi, dan ada nelayan mengunakan tangsi kasar sehingga 200Ib.

 

Perambut terbaik adalah perambut dawai yang kuat dan tidak mudah putus. Mata pancing juga perlu kuat dan mempunyai ketajaman dan ketahanan daripada patah.

Mata kail juga janganlah terlalu besar kerana rata-rata spesies bayan ini mempunyai mulut yang kecil dan tabiat makan secara mengutis.

Bayan adalah spesies yang tidak rakus seperti pemangsa yang lain apabila melihat makanan.

 

IKLAN
Tip & trik memancing bayan
Foto – Ashraf Daniel Azrul

 

(Menurut cerita, di Terumbu Layang-Layang di Sabah banyak terdapat spesies bayan kakak tua (parrotfish) yang besar.

Kebanyakan pemancing mengunakan dawai brek basikal sebagai perambut dengan tangsi koyan berkekuatan lebih dari 200lb.

Itupun kadangkala ramai juga yang tewas dengan bayan yang mempunyai kelebihan gigi kapak yang besar dan sedikit menonjol keluar di kawasan terumbu karang di air dalam.)

baca juga Amberjack laut Sabah

 

Masa pilihan

Bayan adalah spesies yang suka tidur pada waktu malam dan ia adalah pasif pada waktu tersebut.

Kalau anda seorang penyelam dan biasa menyelam diwaktu malam di kawasan berbatu, mungkin anda pernah nampak sibayan yang tidur lena sambil menyorok dicelah-celah batu.

Bayan kembali aktif mencari makanan sebaik saja fajar mula menyinsing sebelum mencari tempat beradu semula apabila ufuk barat memancar warna merah pada waktu petang.

 

IKLAN
Tip & trik memancing bayan
Foto – Md Danial Ahmad

 

Masa terbaik untuk memburu bayan ialah menjelang subuh di kawasan berbatu pilihan sehingga waktu petang.

Waktu tengah hari kebanyakan bayan hanya berlegar atau bermain di kawasan berbatu dan dikatakan tidak berminat dengan umpan pemancing.

 

Awal pagi, masa ini bayan keluar untuk mencari makanan dengan aktif setelah menghabiskan waktu malam dengan berehat atau tidur.

Sekiranya pemancing tahu kawasan pilihan bayan nescaya ia tidak akan pulang dengan tangan kosong.

 

Umpan kegemaran

Umpan terbaik adalah ketam yang sebesar tiga jari untuk seekor atau yang dipotong sama ada dua atau empat bahagian untuk ketam yang lebih besar.

Jenis ketam yang terbaik adalah ketam hijau sejenis ketam yang biasa terdapat di batu-batu di pantai.

 

IKLAN

Ketam jenis ini tidak besar dan amat sesuai untuk umpan hidup. Menangkap ketam jenis ini pula memerlukan kecekapan kerana ia amat takut kepada kedatangan manusia dan mudah menyorok di celah-celah batu.

 

Tip & trik memancing bayan

baca juga hukum makan ketam nipah

 

Selain dari itu ketam nipah, ketam renjong, ketam ragi atau ketam harimau boleh menjadi pilihan alternatif sekiranya sukar untuk menyediakan ketam pilihan bayan ini.

 

Umpan hendaklah diampai atau digantung di atas kawasan berbatu kira-kira satu meter atau lebih dari dasar.

Jangan dilabuhkan sama sekali di dasar untuk mengelakkan pancing anda tersangkut kerana di perairan negara kita yang rata-rata kawasan berbatu dan karang.

(Sumber: Pokmud’s)

 

Tip & trik memancing bayan

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI