Persiapan dan tip untuk jigging bergantung kepada beberapa keadaan seperti teknik yang akan digunakan, spesies target dan keadaan lapangan pancing (struktur dan kedalaman air).
Secara umumnya, bergantung kepada lokasi dan spesies target, anda boleh mengagak teknik yang akan digunakan seperti slow atau high pitch jigging seterusnya menentukan berat dan jenis jig yang perlu disediakan dan kekuatan set pancing yang akan diguna pakai.
Ads
Ads
Selain itu, sediakan pakaian yang sesuai dan bersedia untuk hadapi cuaca panas terik dan peralatan pancing seperti lip grip, assist hook dan sebagainya. Persediaan dari segi mental juga amat penting seperti dapatkan tidur yang cukup, makanan seimbang sebelum turun ke laut bagi mengelakkan mabuk dan yang paling penting tanya terlebih dahulu tip daripada tekong yang anda akan gunakan servisnya kerana tekong lebih memahami keadaan lubuk mereka.
Ads
Seperkara lain yang perlu anda tahu, dalam amalan jigging ini mendapat ikan itu satu bonus. Dalam erti kata lain anda juga perlu bersedia untuk kumpau. Jangan pula nanti bila sekali kumpau anda terus kecewa dan serik.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Memancing menggunakan sampan atau bot fiber tidak akan lengkap sekiranya tidak ada enjin. Tidak kiralah apa juga jenis sampan, bot dan berapa pun kuasa kudanya, item ini amatlah mustahak, sekalipun ia sebuah thruster.
Segmen ini mengetengahkan segmen enjin bot petrol, pengenalan, ciri-ciri, penjagaan dalam hobi memancing.
Enjin sangkut laut dan air tawar
Terdapat dua sistem teknikal yang direka untuk kegunaan laut dan juga air tawar. Bagi kegunaan perairan air masin dan air tawar perbezaan panjangnya adalah 5 inci. Perbezaan ini adalah kerana enjin sangkut yang digunakan di laut perlu melepasi badan bot atau sampan supaya kipasnya tenggelam dan tidak tergantung ketika meredah ombak. Bagi enjin kaki pendek ianya sesuai digunakan di tasik, sungai, lombong dan juga perairan yang tenang yang tidak mempunyai ombak dan alun.
Menyangkut enjin pada bot dalam keadaan tepat ditengah buritan bot. Ketatkan lock pengikat sekuatnya bagi memastikan enjin tidak berganjak dari posisi asal.
Sebaiknya buat ikatan tali di antara enjin sangkut dan bot sepanjang setengah depa untuk keselamatan. Sekiranya enjin menghentam kayu dan melambung ianya masih ada tali keselamtaan dan mudah ditemui semula.
Enjin sangkut ini terbahagi kepada dua iaitu 2 lejang (2 stroke) dan 4 lejang (4 stroke) yang mana sistem penjanaan bahan apinya seperti motosikal ataupun kereta, cuma enjin 2 lejang memerlukan bahan pelincir tambahan minyak 2T TCW khas. Asasnya sama seperti motosikal 2 lejang yang menggunakan minyak 2T.
Seiring dengan peredaran zaman ketika ini yang lebih mementingkan mesra alam, enjin bot 4 lejang boleh dikatakan semakin meluas penggunaannya berbanding enjin 2 lejang. Harganya pula lebih mahal berbanding enjin 2 lejang. Namun, kebanyakan bot untuk kegunaan memancing dan nelayan pantai tradisional, enjin bot 2 lejang masih banyak dipraktikkan.
Rumah rakit yang berkonsepkan inap desa atau homestay atas air ini pastinya akan menjadikan pengalaman percutian yang amat bermakna terutama bagi kaki-kaki pancing.
Apa tidaknya, apabila bilik yang anda diami dikelilingi air, pastinya begitu mudah sahaja untuk anda melepaskan gian di sini.
Tambahan pula, kedudukannya yang strategik dan dikelilingi pokok bakau pastinya menjadikan Jojo Rakit ini sebagai ‘highway’ ikan mudik ke muara apabila air mulai pasang.
Jadi tidak hairanlah kawasan ini didiami oleh spesies-spesies berharga seperti, kerapu, siakap, jenahak, senangin, semilang dan pelbagai lagi. Sepanjang kunjungan penulis ke sini, pelbagai jenis ikan berjaya kami daratkan di sini. Tidak menang tangan juga apabila kami dihujani oleh sekumpulan ikan cencaru yang galak menyambar mata kail apollo yang kami hidangkan pada waktu petang.
Namun, bagi mereka yang inginkan aktiviti memancing yang lebih thrill, Jojo Rakit juga turut menyediakan khidmat sewaan bot dengan kadar bayaran RM180 hingga RM200 bergantung kepada jenis dan muatan bot.
KEMUDAHAN
Menurut pihak pengurusan Jojo Rakit, di sini terdapat 11 buah bilik dan empat bilik air dengan kadar sewa mengikut saiz bilik yang tertentu iaitu bilik besar mampu memuatkan lima individu berharga RM120 (dilengkapi air-cond), sederhana untuk empat orang (RM80) dan RM70 untuk bilik kecil yang boleh memuatkan tiga orang.
Setiap bilik dilengkapi katil, kipas dan televisyen. Malah, pengunjung boleh menonton rancangan daripada saluran Singapura, Malaysia dan Indonesia dengan jelas.
Selain bilik, Jojo Rakit turut dilengkapi dengan kemudahan lain seperti dapur, tempat untuk BBQ, ruang istirehat, mini playground untuk kanak-kanak, dan tempat untuk berkaraoke. Selain itu, bergantung kepada permintaan, para pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti di sini seperti berkayak, dan pelbagai pengalaman menarik berkaitan aktiviti nelayan seperti menjaring, menjala, merawai dan pelbagai lagi.
PENGALAMAN BERHARGA, KESERONOKAN BERGANDA
Apa yang dapat penulis simpulkan, Jojo Rakit pastinya perlu menjadi lokasi yang harus dicuba oleh kaki pancing serata Malaysia. Dalam keasyikan memancing bersama rakan-rakan, apa salahnya bawa keluarga anda pula untuk merasai sendiri pengalaman riadah sambil memancing yang sudah tentunya dapat mengeratkan lagi hubungan anda seisi keluarga.
Sekarang ini saya dapati penggunaan tali sulam lebih banyak digunakan berbanding tali tangsi.
Boleh tak admin jelaskan kenapa dan apa kelebihan tali sulam dibandingkan dengan tali tangsi?
JAWAPAN
Tidak dinafikan penggunaan tali sulam mengatasi tali tangsi pada era pancingan moden sekarang ini. Buktinya dapat dilihat di mana-mana padang pancing.
Begitu juga lambakan tali sulam pelbagai jenama yang boleh dilihat apabila mengunjungi kedai-kedai pancing.
Secara ringkasnya, penggunaan tali meliputi hampir kesemua teknik pancingan, justeru itulah penggunaannya mengatasi tali tangsi.
Begitu juga dengan aspek keistimewaan atau kelebihan tali sulam berbanding tali tangsi. Antara kelebihan yang nyata diameter tali sulam jauh lebih kecil berbanding tali tangsi yang sama kekuatannya.
Dengan diameter yang kecil, ia mudah untuk membuat lontaran lebih jauh dan lebih banyak tali boleh disimpan di dalam spool kekili.
Diameter yang kecil juga ia akan menurunkan daya rintangan air atau angin. Maka umpan atau gewang dapat dilontar lebih lancar dan jauh tanpa dipengaruhi oleh tiupan angin dan gewang juga boleh menyelam lebih dalam tanpa rintangan air.
Selain itu jangka hayat tali sulam lebih panjang sehingga sekurang-kurang dua kali ganda berbanding tali tangsi.
Sepekara lagi tali sulam juga lebih tahan kikisan di mana ia tidak mudah putus bila bergeser dengan permukaan kasar sesuatu objek hadangan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...