SOALAN:

Assalamualaikum dan selamat petang min. Nak minta tips daripada admin untuk trip ke Tasik Kenyir. Nak setting perambut macam mana ye min?

 

JAWAPAN:

Waalaikumusalam. Pertama sekali, sebelum kita hendak ke mana-mana trip memancing, sebaiknya kita kaji dahulu apa spesies ikan yang ada di sesuatu padang pancing tersebut.

Kita boleh buat kajian melalui pengalaman pemancing yang pernah memancing di padang pancing itu.

IKLAN

 

Selepas itu barulah kita tetapkan ikan sasaran yang ingin dipancing apabila ke lokasi tersebut.

Ini kerana pada pancing besar seperti Tasik Kenyir terdapat pelbagai spesies ikan yang boleh dipancing.

Namun untuk tidak mengecewakan anda, admin buat ringkasan setting perambut yang sesuai untuk digunakan bagi beberapa jenis spesies ikan.

 

IKLAN

Selain teknik casting, boleh dikatakan hampir majoriti teknik lain yang diamalkan ialah pancingan dasar.

Malah melalui teknik dasar ini juga anda boleh spesies yang lebih popular dipancing melalui teknik casting iaitu toman dan sebarau.

 

Bagi teknik pancingan dasar ini anda boleh gunakan setting perambut menggunakan batu hidup sebagai pemberat yang dipasang pada tali utama.

IKLAN

Manakala perambut dan mata kail pula bergantung kepada spesies sasaran. Sekiranya ingin memancing ikan belida, baung atau sebarau, perambut disarankan berkuatan 15-30lb sepanjang sekaki dan mata kail saiz 7-10.

 

Jika ingin memancing lampam atau ikan yang lebih kecil, bolehlah guna perambut yang lebih halus dan mata kail bersaiz kecil.

Dan jika ingin memancing toman pula sebaiknya menggunakan perambut dawai atau kabel berkuatan 20-40lb dan mata kail 5/0-7/0.

 

Dari segi umpan pula bolehlah gunakan umpan semulajadi yang biasa digunakan seperti cacing, cengkerik, anak ikan dan buah kelapa sawit.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI