SOALAN:

Boleh tak admin senaraikan beberapa faktor yang boleh yang mempengaruhi hasil pancingan ikan pujaan ramai iaitu ikan jenahak?

 

JAWAPAN:

 

Soalan ini sebenarnya memberi ilham kepada admin untuk menghasilkan satu artikel khusus pancingan jenahak berlandaskan soalan yang dikemukakan.

Namun, tidak adil pula jika admin hasilkan artikel dan ketepikan soalan ini.

 

IKLAN

Kebiasaannya, beberapa faktor berikut perlu ditekankan sebelum memancing Jenahak. Namun, tip yang terbaik sebenarnya adalah merujuk kepada tekong-tekong kawasan yang ingin dipancing.

 

Ini kerana setiap lokaliti mempunyai sebab-sebabnya yang tersendiri yang berlainan dengan lain tempat Tentu saja orang yang memahami perkara penting ini adalah para tekong setempat.

 

Antara faktor yang perlu diketahui ialah lokasi persembunyian atau spot kegemaran jenahak mengendap mangsa.

Lazimnya spot yang menjadi kegemaran jenahak ialah kawasan lubang, kawasan berbatu atau alur (paloh).

IKLAN

Walaupun kawasan tersebut sudah banyak mendaratkan hasil, ia akan terus dihuni oleh jenahak yang lain pula.

 

Faktor seterusnya ialah kelajuan arus. Faktor air mati atau besar turut mempengaruhi keaktifan jenahak untuk mencari makanan. Begitu juga dengan faktor kejernihan air.

Lazimnya jenahak lebih menyukai keadaan air yang tidak terlalu keruh dan tidak pula terlalu jernih.

 

Seterusnya ialah faktor suhu air. Jika kita perhatikan ketika musim hujan yang berpanjangan, hasil tangkapan jenahak agak berkurangan kerana dipengaruhi oleh faktor suhu air yang sejuk.

IKLAN

 

Begitu juga dengan tahap kemasinan air. Aliran air tawar akibat limpahan air sungai dari pedalaman ke muara sedikit sebanyak mempengaruhi keaktifan jenahak.

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI