Betul ke tenggiri hanya menyambar gewang atau jig yang dikarau laju sahaja?
Jika betul, kenapa teknik slow jigging yang mengarau jig secara perlahan pun boleh dapat tenggiri? Mohon admin jelaskan kekeliruan ini.
JAWAPAN:
Saya tidak menafikan malah bersetuju dengan apa yang saudara kemukakan iaitu tenggiri menyambar gewang atau jig yang dikarau laju, dan slow jigging juga boleh dapat tenggiri.
IKLAN
Dalam erti kata lain, tenggiri akan menyambar gewang atau jig sama ada dikayuh laju ataupun perlahan.
Ia jelas menunjukkan bahawa tenggiri menyambar umpan yang bergerak, bukannya umpan yang pegun.
Selain menyambar ketika gewang sedang dikarau, tenggiri turut menyambar gewang yang sedang jatuh di dalam air.
IKLAN
Tentu saja gerakan gewang atau jig yang menjatuh adalah jauh lebih perlahan berbanding gerakan menaik.
Faktor inilah yang kebanyakannya berlaku dalam teknik jigging perlahan. Boleh dikatakan kebanyakan jig disambar ketika ia sedang membuai jatuh ke dasar.
IKLAN
Perkara yang sama turut berlaku dalam teknik speed jigging.
Yang pastinya tenggiri boleh diperoleh sama ada melalui teknik jigging perlahan atau laju.
Apa saja yang berbentuk atau menyerupai diet makanan yang memasuki kawasan atau lalu di hadapan mata pasti akan disambar tanpa mengira tahap kelajuannya.
Hanya hasil dari jenis karauan itu saja yang berbeza. Jika gewang dikarau lebih laju dari renangan ikan maka sambarannya akan kesasar dan singgah tepat pada gewang.
Jika dikarau perlahan dan renangannya lebih laju maka hasilnya tali perambut akan menjadi sasaran gigi tajamnya.
Boleh tak bagi tips untuk memancing di perairan Selat Melaka terutamanya di Pulau Jarak menggunakan teknik jigging. Jig jenis apa yang sesuai?
JAWAPAN:
Untuk makluman anda, aktiviti memancing di perairan Pulau Jarak sebenarnya tidak banyak bezanya dengan aktiviti memancing di lokasi lain sepanjang perairan Selat Melaka. Sekiranya anda berhasrat untuk mempraktikkan teknik jigging, terdapat dua kaedah jigging yang popular dan lazim diaplikasikan di perairan Pulau Jarak ini.
Teknik jigging yang biasa diamalkan ketika ini di perairan Pulau Jarak ialah slow pitch jigging dan juga light jigging. Oleh yang demikian, sekiranya anda ingin mengadakan trip jigging di sini maka sebaiknya anda membawa kedua-dua kelengkapan peralatan untuk teknik jigging ini.
Manakala jig yang sesuai untuk digunakan pula bergantung kepada ikan sasaran, kedalaman air dan juga faktor arus semasa. Sekiranya ingin mencuba teknik slow jigging ketika arus lemah, jig berbentuk berbentuk lebar seperti badan sotong yang bersifat melayang di dalam air, dengan berat 120g hingga 200 gm lebih praktikal digunakan.
Sebaliknya jika arus agak laju maka jig berbentuk silinder dan panjang yang mampu membelah arus dengan baik, memiliki berat 200g hingga 350g adalah lebih praktikal. Lazimnya teknik jigging perlahan ini dilakukan bagi menjerat spesies demersal yang bernilai tinggi seperti jenahak dan kerapu.
Sementara bagi teknik light jigging pula ia lazimnya dipraktikkan apabila mensasarkan ikan-ikan pelagik seperti cencaru kuda, tongkol, talang ataupun tenggiri. Ia dilakukan apabila bertemu dengan kumpulan ikan pelagik atau memancing di kawasan karang air cetek yang dipercayai menjadi lubuk ikan-ikan pelagik. Jig-jig yang biasa digunakan pula memiliki warna asas keperakan dan berat antara 60g hingga 120gm.
Saya berminat untuk memancing ikan sembilang, jadi boleh tak admin ceritakan sedikit tips umpan untuk memancing ikan sembilang? Sebenarnya saya dah banyak kali turun memancing sembilang tapi masih jugak tak berhasil.
JAWAPAN:
Ikan sembilang adalah antara spesies ikan yang dietnya beraneka jenis. Tidak kira umpan hidup, mati dan umpan bercengkerang turut tergolong dalam diet sembilang. Malah umpan busuk seperti sotong mati, udang mati yang merah kulitnya juga boleh dibuat umpan jika ada pemancing sanggup menahan baunya.
Memancing sembilang di dasar berselut amat sesuai berumpan perumpun yang merah badannya. Perumpun amat digemari sembilang kerana ia adalah haiwan yang turut mendiami dasar berselut.
Jadi, sembilang yang meronda di dasar turut memburu perumpun sebagai makanan. Masalah utama jika menggunakan perumpun ialah anak ikan turut sama menggerutu umpan itu sebelum dijumpai sembilang. Dalam erti kata lain, anda perlu bersabar untuk menerima strike sembilang.
Umpan seperti udang hidup, sotong dan isi ikan akan mengalami masalah yang sama, habis sebelum sembilang menjumpai umpan berkenaan. Masalah umpan diganggu anak ikan lain boleh diatasi dengan menggunakan umpan lintah sungai. Haiwan ini diketahui hanya sembilang saja yang menelannya.
Sekiranya kawasan berkenaan tiada gangguan anak ikan, perumpun urat atau sarang adalah yang terbaik.
Menggunakan khidmat tekong Abang Nasir yang memang terkenal di Kuala Trong, Perak, Mohd Nabil dan juga Azlin Shah telah ke Kuala Trong untuk menduga spesies ini yang dikatakan sangat rakus dan mampu melakukan aksi akrobatik setelah menjamah umpan.
Mengamalkan teknik casting dan menggunakan gewang pelbagai jenis Mohd Nabil mempertaruhkan joran Abu Garcia Vandetta dan kekili menegak dari keluaran Shimano
Aldebaran MG7 serta Azlin menggunakan Joran Verdict berkekuatan 8-16 lb serta kekili mendatar dari model Abu Garcia Elite IB.
Kedua-duanya menggunakan tali sulam berkekuatan 15lb dari Power Pro dan diikat bersama leader berkekuatan 30lb Xzoga untuk menjamin mangsa tidak terlepas sekiranya melarikan gewang.
Nadi penggerak sampan sepanjang 17 kaki dan juga enjin Yamaha 15 kuasa kuda digunakan dalam misi memburu spesies ini.
Bagi Abang Nasir, jelasnya tiada lubuk rahsia kerana rezeki itu ada di mana-mana asalkan kita berusaha bersungguh sungguh. Sepanjang sungai Kuala Trong ini dipenuhi dengan pokok bakau disekitarnya.
Alur ini juga dijadikan juga sebagai laluan utama nelayan ke laut. Selain itu, cabang-cabang sungai kecil juga boleh dijadikan lubuk-lubuk yang baik bagi menjerat mangsa.
Ada kalanya siakap merah ini membuat sambaran anak-anak ikan kecil di permukaan air dan itu menunjukkan ianya berada di situ.
Ini memberikan peluang yang tinggi ketika lontaran gewang dibuat berhampiran dengan mangsa.
Teknik casting atau karauan setiap masa digunakan untuk menjerat mangsa sepanjang trip ini.
Mohd Nabil yang ketika itu berada di hadapan bot lebih banyak membuat lontaran ke arah rimbunan akar pokok bakau dan membuat karauan secara perlahan. Beberapa kali lontarannya tidak disambut, Mohd Nabil menukar teknik karauan secara laju.
Menggunakan gewang MR-7 Silver Flourescent Chartreuse SFC dan lontaran tepat ke arah rimbunan akar bakau dan sebaik sahaja karauan menghampiri pertengahan, satu sambaran dirasakan dan serentak dari itu juga satu benaman kuat dirasakan.
Batang joran terus dikawal supaya ianya tidak membawa lari gewang ke arah akar bakau yang berada disekitar.
Permainan singkat kerana kepakaran mengawal drag secara baik ketika itu telah berjaya mendaratkan seekor siakap merah berskala 1kilogram. Tekong berpindah ke lubuk lain setelah tiada sambaran lagi ini lubuk awal tadi.
Kali ini tekong melabuhkan sauhnya betu betul hampir 10meter dari tebing. Lontaran demi lontaran dibuat berhampiran tebing hingga kearah reba akar bakau.
Adakala terasa ragutan kecil yang rabut kemungkinan ikan kecil yang tergoda dengan lenggokkan gewang Rapala Shad Rap selaman dalam 9 cm yang digunakan Azlin.
Bukan kaki casting tegar namanya, jika tidak rajin mengkaji riak sambaran pemangsa menyambar ikan kecil dan kawasan reba berpotensi.
Azlin yang tanpa jemu melontar ke arah pertengahan alur sungai dan telah mendapat satu sambaran kasar.
Sentapan di buat sebaiknya dan satu loncatan kasar dari pertengahan sungai sebaik mata kail tertancap kemas pada mangsa.
Kelihatan mangsa yang cukup dewasa cuba melarikan diri ke tebing dan Azlin ketika itu yang tersentak mengangkat joran ke posisi yang lebih tinggi bagi mengawal keadaan yang agak terdesak bagi mangsa melarikan diri.
Pertarungan selama 10minit itu telah berjaya mendaratkan siakap merah dalam anggaran skala 2 kg. Memang satu kepuasan buat kaki casting jika berjaya mendaratkan spesies samseng muara berskala ini.
Beberapa ekor lagi berjaya didaratkan menggunakan gewang-gewang yang berlainan dan bermakna spesies ini menghentam apa saja yang mengganggu persekitaranya ketika lapar.
Perkara asas dalam etika memancing siakap merah ini adalah kita harus mencontohi sikap juang seperti spesies ini yang akan sedaya upaya melarikan diri. Konsepnya sama dengan hasil usaha yang dikerahkan untuk menjerat mangsa tanpa mengenal rasa jemu.
Kepada yang baru berjinak dengan teknik ini, cubalah rasai ‘kuasa tarikannya’ ketika anda sedang mengarau kekili anda dan seterusnya berjuang menghelanya dari memasuki celahan reba dan bangkar kayu.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...