Pertama sekali kami nak ucapkan selamat datang ke dunia memancing, hobi berbau hanyir yang paling popular di Malaysia. Untuk membuat satu posting tentang tatacara membeli set memancing ini sebenarnya terlalu subjektif dan panjang untuk dihurai. Namun kami bagi sedikit tip asas untuk anda bagaimana untuk membeli peralatan memancing.
Pertama sekali anda kena pastikan lokasi padang pancing dan spesies apa yang hendak dipancing. Sebagai permulaan kami sarankan lokasi padang pancing ialah kolam komersial air tawar dan spesies yang ingin dipancing adalah ikan patin bersaiz sederhana (2-7 kg).
Terdapat 3 peralatan asas utama yang perlu anda miliki terlebih dahulu ialah…
Ads
Ads
Terpulang kepada jenama kekili yang korang minat dah bergantung kepada bajet. Saiz kekili atau mesin memadai siri 2000 hingga 5000. Anda boleh pilih kekili untuk air tawar atau air masin namun lazimnya kekili khusus untuk air masin lebih mahal. Jika berkemampuan, elok beli kekili khusus untuk air masin kerana ia juga boleh digunakan untuk pancingan air tawar.
Sebaiknya dapatkan joran berkekuatan 10-20 lb. Lagi tinggi kekuatannya pun tak mengapa. Lazimnya joran untuk air tawar masih menggunakan sukatan pound (lb) dan joran untuk air masin khususnya jigging menggunakan ukuran PE. Panjang joran pula bergantung kepada selera anda. Namun disarankan saiz yang praktikal ialah 5-7 kaki.
Ads
Anda boleh menggunakan tali sulam atau tangsi namun bagi pancingan kolam air tawar penggunaan tali tangsi adalah lebih praktikal. Jika menggunakan tangsi pastikan ia bersesuai dengan joran. Jika menggunakan joran 10-20lb maka tangsi yang digunakan sebaiknya jangan lebih daripada 20lb.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Saya baru menjinakkan diri dalam arena casting. Saya dapat lihat ramai rakan-rakan yang menggunakan ‘shock leader’ yang disambungkan pada tali utama (braided) mereka. Bolehkan saya tahu, apakah fungsi ‘shock leader’ ini? Adakah ia benar-benar penting?
JAWAPAN:
‘Shock leader’ ataupun bahasa mudahnya perambut kejutan atau perambut serap tekanan merupakan penyambung tali sulam dengan tali perambut yang biasa diperbuat daripada bahan fluorocarbon. Penggunaan ‘shock leader’ ini semakin meluas digunakan bagi kaki pancing yang menggemari teknik casting, jigging atau trolling.
Fungsi utamanya ialah ia menjadi alat untuk menyerap tekanan mengejut daripada sambaran ikan apabila ikan menyambar umpan. Selain itu, ia juga bertindak sebagai alat untuk mengurangkan tekanan geseran pada struktur dan pada masa yang sama ia juga mampu untuk mencangkukkan mata kail dengan lebih kemas pada mulut ikan.
Kelebihan inilah menjadikan ‘shock leader’ ini sering digunakan kaki pancing masa kini, terutamanya bagi mereka yang menggunakan tali sulam kerana tali sulam tidak mempunyai kuasa regangan untuk menampung henjutan kuat secara tiba-tiba dan tugas ini dipikul perambut tangsi yang akhirnya bertindak sebagai penyerap sentakan atau absorber.
Sebaliknya jika menggunakan tali tangsi atau monofilament sebagai tali utama maka penggunaan shock leader tidak diperlukan lagi. Ini kerana tali tangsi memiliki memori tidak sebagaimana tali braided. Dalam pada masa yang sama ia juga bertindak sebagai shock leader.
Ikan tenggiri – dibersihkan dan dipotong dengan saiz yang sesuai untuk dibotolkan
Cuka makan
Garam Kasar
Asam keping
Minyak masak
Cara-cara penyediaan:
Bersihkan ikan tenggiri dengan sempurna. Kemudian keringkan di bawah cahaya panas terik selama 2 jam. Ini penting untuk proses pengeringan sempurna air dari badan ikan.
Ambil ikan, celupkan dalam bekas berisi cuka. Kemudian letak dalam bekas atau botol yang sesuai. Susun jadikan satu lapisan.
Taburkan garam kasar di atas ikan sehingga rata. Selitkan kepingan asam keping di antara ikan tersebut.
Kemudian celup ikan ke dalam cuka dan susun menjadi lapisan yang kedua diikuti taburan garam dan asam keping. Ulang langkah sehingga habis ikan.
Tutup penutup bekas berisi ikan dan balut dengan kain berwarna gelap. Simpan pada suhu bilik selama seminggu.
Setelah cukup seminggu atau 7 hari, keluarkan ikan dari bekas dan buang airnya.
Letak ikan dalam bekas bersih dan tuangkan minyak masak. Ia sudah boleh digoreng atau dibuat apa saja juadah. Tujuan dibubuh minyak masak ini adalah untuk tahan lebih lama.
Bagi penggemar pancingan air masin yang menggunakan umpan tiruan, pasti mempunyai gewang pilihan tersendiri sebagai senjata ampuh untuk menjinakkan ikan. Di sini, kami kongsikan senarai gewang air masin terbaik sepanjang zaman yang dikumpul dari seluruh dunia. Mana tahu anda berkenan!
MirrOlure 52M
Dibuat oleh Harold LeMaster’s dan Phil Shriner’s L & S Bait Company sekitar tahun 1950 sebagai antara gewang air masin pertama mereka. MirrOlure 52M sangat berjaya hingga digelar sebagai ‘Troutmaster’. Gewang ini datang dalam model shallow, medium dan deep running.
Gewang tanpa bibir ini menghasilkan corak renangan yang menjadi kegilaan pemancing di Southeastern dan Gulf dan mampu menaikkan pelbagai spesies ikan.
Mold Craft Wide Range
Pertemuan antara Captain Peter Wright dan Frank Johnson dalam satu trip memancing di Cozumel, Mexico pada 1977 menjadi titik permulaan kepada pengenalan salah satu gewang trolling paling produktif dan menjadi revolusi awal kepada gewang soft head.
Mold Craft Wide Range telah mencetak banyak rekod marlin termasuk tangkapan Atlantic blue marlin seberat 1189 lb menggunakan tali 80 lb. Gewang ini seterusnya menjadi model ikutan kepada rekaan gewang yang menyerupainya.
Gibbs Original Pencil Popper
Stan Gibbs merupakan salah satu pereka gewang yang terkenal selepas zaman perang dunia kedua, di mana pancingan air masin menjadi trend meningkat naik pada masa itu.
Stan Gibbs memulakan syarikatnya pada tahun 1945 dan mula mendapat kepercayaan pemancing dengan inovasi ciptaan seperti Casting Swimmer, Polaris Popper dan Needlefish and Darter.
Namun original Pencil Popper menjadi antara inovasi paling bermakna dan dikenali sebagai penangkap ikan sebenar.
Gaya renangan sisi ke sisi dan sesekali gerakan atas bawah cukup menggoda dalam menaikkan mangsa demi mangsa.
Rapala Magnum
Senarai ini memang tidak lengkap tanpa dimasukkan salah satu gewang daripada jenama Rapala. Gewang ciptaan Lauri Rapala diperbuat daripada kayu balsa dan cukup popular.
Rahsianya ialah mencipta gewang yang berenang sedikit ganjil berbanding renangan biasa daripada ikan kecil.
Gewang Rapala diakui cukup popular hingga ke hari ini termasuk gewang untuk air tawar. Bagi pancingan air masin, gewang Magnum memang terbukti dari sejak dahulu mampu menaikkan spesies ikan yang mempunyai saiz yang besar.
Salas Jig
Salas jig telah menjadi kegilaan pemancing di West Coast kerana keupayaannya mampu menaikkan spesies seperti yellowtail, sea bass, albacore, tuna, barracuda, wahoo dan marlin.
Jig besi ini direka oleh keluarga Salas sejak awal 1950. Model Light 7X sesuai untuk light jigging manakala model Heavy 6X dan 7X lebih efektif untuk jigging vertical atau yo-yo.
Antara warna kegemaran pemancing ialah senorita, nacho dan mint sardine.
Slug-Go dan Fin S-Fish
Gewang soft plastic menjadi buruan ramai pemancing sejak 1980 apabila keupayaannya terbukti mampu menggoda pelbagai spesies ikan.
Syarikat Herb Reed’s Lunker City Lures telah menawarkan 2 jenis soft plastic yang cukup efektif.
Fin S-Fish merupakan sebuah gewang yang berbentuk ikan yang diguna pakai bersama dengan leadhead.
Storm Wildeye Shad
Terdapat sebuah lagi rekaan gewang soft-lure yang sangat popular sejak 8 tahun lepas iaitu Storm Wildeye Shad.
Pada mulanya gewang ini dikatakan kurang efektif dan hanya mempunyai rekaan yang cantik dan tidak tahan, namun keberkesanannya apabila digayakan terbukti apabila menaikkan ikan dalam masa yang singkat.
Zara Spook
Pemancing tegar semestinya pernah mendengar terma ‘walk the dog’ dan gewang ini memenuhi apa yang dikatakan oleh terma tersebut.
Rekaan asal James T. Heddon ini diperkenalkan pada awal 1920an, diperbuat daripada kayu dan diberi nama Zaragossa 6500.
Pada lewat 1930an, gewang ini diinovasi menjadi Zara Spook dengan badan plastik namun mempunyai gaya renangan yang sama.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...