Penggunaan roti dan marshmellow yang dicampurkan bersama perisa-perisa tertentu memang sering menjadi pilihan kaki pancing kolam air tawar untuk memburu spesies patin dan pacu.
Kali ini Diy Umpan akan mengajar anda cara penyediaan umpan yang menggunakan 3 sos berlainan yang dicampurkan menjadi satu dan terbukti memang mencakop!!!
CARA 1: Menggunakan Marshmellow (Teknik Bottom)
Langkah 1
Cangkokkan marshmellow pada mata kail hingga sebaris pada perambut seperti sate.
Langkah 2
Cangkokkan pula roti yang dipotong dadu pada mata kail. Pastikan roti dadu dicucuk melepasi mata kail dan selebihnya menutupi mata kail.
Langkah 3
Tuangkan 3 penutup pes pacak A1, sos sawit A1 dan sos raya A1 ke dalam cawan. Atau boleh saja gunakan perisa umpan yang korang suka.
Langkah 4
Ads
Gaulkan kesemua sos tadi.
Langkah 5
Celupkan umpan tadi ke dalam sos yang digaul tadi
Langkah 6
Umpan sudah siap dan boleh digunakan dengan teknik perambut batu gantung.
Cara 2: Menggunakan Roti (Teknik apung)
Ads
Langkah 7
Tuangkan gabungan 3 sos yang dibuat tadi ke dalam bekas bancuhan yang berisi roti yang dipotong dadu.
Langkah 8
Gaul hingga semua roti dadu mengena sos umpan sekata.
Nama Temerloh memang begitu sinonim sebagai Bandar Ikan Patin. Namun tak ramai tahu, Temerloh juga sedang pesat membangun sebagai antara kawasan ‘angling tourism’ yang berpotensi untuk diketengahkan.
Rumah Rakit Temerloh menjadi salah satu usaha untuk menaikkan nama Temerloh sebagai salah satu spot memancing terbaik di Malaysia.
Sedang kebanyakan rumah rakit untuk memancing sambil menginap dibina di kawasan muara yang mengunjur ke laut, Rumah Rakit Temerloh mengambil pendekatan baru
apabila dibina betul-betul di jajaran sungai terpanjang Semenanjung Malaysia, iaitu Sungai Pahang.
Mula dibina sekitar bulan puasa 2015 yang lalu, akhirnya pada hari raya ketiga tahun tersebut, Rumah Rakit Temerloh sudah mula beroperasi.
Pada awalnya hanya 1 rakit sahaja dibina, namun atas sambutan yang luar biasa, rakit kedua mula beroperasi pada Oktober.
Biarpun kelihatan masih hijau, namun ternyata sambutan tanpa henti dari kaki pancing serata Malaysia berjaya menaikkan lagi nama Rumah Rakit Temerloh ini.
Apatah lagi apabila mendapat respon yang sangat positif daripada pengunjung yang pernah menginap di sini.
Fasiliti yang ada di sini bolehlah dikatakan serba lengkap. Dilengkapi bilik dengan penghawa dingin dan kipas, dapur untuk memasak, bekalan air bersih dan elektrik menjadikan penginapan memancing di sini benar-benar berbaloi.
Bila ditanya tentang bagaimana mendapat idea membina rumah rakit ini, pemiliknya yang lebih mesra dipanggil Abang Salleh menyifatkan idea ini datang daripada pengalaman beliau yang kerap ke luar negara.
Dari situ, beliau dapat melihat banyak rumah rakit dibina sebagai kawasan pelancongan, yang mana, ia sangat berpotensi untuk diketengahkan.
Selepas sahaja pencen, beliau terus membuat perancangan untuk menaikkan rumah rakit dan akhirnya Temerloh menjadi lokasi pilihan memandangkan ia merupakan titik tengah Semenanjung Malaysia.
Ternyata percaturan untuk membina rumah rakit di Temerloh ini benar-benar berhasil dan mendapat sambutan hangat.
Apatah lagi apabila mendapat sokongan tak berbelah bahagi daripada masyarakat setempat di Temerloh, sekaligus menjadikan Abang Salleh terus bersemangat untuk menaikkan industri pelancongan memancing di Temerloh.
Potensi Memancing
Nama Temerloh memang tidak asing sebagai antara kawasan tumpuan untuk memancing. Ikan-ikan sungai seperti patin buah, temoleh, begahak dan udang galah menjadi antara nilai tambah yang menaikkan nama Temerloh untuk dikunjungi oleh kaki pancing.
Di Rumah Rakit Temerloh ini, anda boleh terus memancing dari kawasan anda menginap. Dari sini sahaja anda boleh mendapat hasil seperti udang galah, lais, lampam dan baung.
Tetapi untuk hasil yang lebih mantap, Abang Salleh turut menyediakan khidmat sewa bot untuk anda menjelajah sekitar kawasan Sungai Pahang dan mencari lebih banyak lubuk yang boleh menjanjikan hasil yang terbaik.
Bagi yang baru pertama kali ke sini, penulis mencadangkan agar anda mengambil sekali khidmat guide kerana jika anda kurang ‘familiar’ dengan lubuk di sini, pasti agak sukar untuk anda mendapatkan hasil yang lumayan.
Jadi, untuk anda yang dah lama teringin merasai tarikan ikan-ikan Sungai Pahang, marilah berkunjung ke Rumah Rakit Temerloh ini.
Di samping dapat mencari ketenangan dan menghilangkan stress di tempat kerja, mana tahu rezeki anda juga untuk mendapat ikan-ikan sungai yang harganya semakin tinggi di pasaran masa kini.
Pakej sewa & penginapan:
Sewa bot :
Bot 5hp (RM80) / 15hp (RM100) untuk 24 jam
Rumah rakit:
Rumah rakit aircond : RM250
Rumah rakit kipas (lantai hijau) : RM150
Rumah rakit ada 2 bilik tidur dan selesa untuk 12 orang
Bilik bajet : RM50 selesa 4 untuk orang.
Umpun-umpun: RM10 sebekas
Bagaimana ke sini:
Jika anda dari ibu kota dan melalui Lebuh raya Pantai Timur (LPT), ambil susur keluar ke Temerloh.
Kemudian anda hanya perlu mengikut tanda arah ke Bera dan cari Kampung Pangsenam.
Rumah Rakit Temerloh terletak di KM 4, Kampung Pangsenam. Hanya lebih kurang 10 minit dari susur keluar Temerloh tadi.
UMPAN: Ceritakan sedikit latar belakang anda & penglibatan dalam industri memancing?
SeriEmas: Abah yang banyak menanam minat memancing kepada kami tiga beradik (saya anak sulong). Memang minat memancing dari kecil. Mulanya perniagaan sewa bot pancing bila abah dah nak pencen.
Sama-sama design bot dan merangka perjalanan perniagaan. Mula beroperasi pada bulan Februari 2017. Dalam pada itu saya tubuhkan kelab memancing seriEmas Angler.
UMPAN: Kenapa anda memilih bidang ini dan ceritakan bagaimana ia bermula?
SeriEmas: Sebab utama adalah semata-mata minat memancing itu sendiri. Thrill yang kita dapat dari memancing ni tidak dapat dari mana-mana aktiviti lain.
Terutama time ikan makan. Baik main bottom, jigging, casting dan lain-lain lagi. Karan dia lain macam.
UMPAN: Apa cabaran yang dihadapi dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?
SeriEmas: Daripada kerenah pemancing yang menyewa, keadaan cuaca dan kekurangan hasil tangkapan. Tapi itu semua perkara normal. Yang paling utama kita harus sentiasa sabar dan tenang. Sebab setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.
Harapan saya untuk terus maju dan dapat menjadikan perniagaan sewaan bot seriEmas ini lebih berkualiti dan dapat memuaskan hati pemancing yang menyewa.
Jika ingin casting atau trolling ikan toman, adakah perlu gewang disambungkan dengan perambut dawai sebagaimana teknik yang digunakan untuk memancing ikan bergigi tajam di laut?
JAWAPAN:
Memang tidak dinafikan penggunaan perambut dawai atau kabel adalah satu kemestian jika ingin memburu spesies bergigi tajam seperti tenggiri, alu-alu, toman atau pacu. Faktor utama kenapa perambut dawai ini digunakan kerana bimbang pemangsa-pemangsa bergigi tajam ini akan menelan umpan atau gewang hingga boleh memutuskan tali perambut.
Oleh yang demikian penggunaan perambut dawai adalah kemestian terutamanya bagi pancingan menggunakan umpan (termasuk pancingan dasar memancing toman menggunakan umpan keli). Ia juga perlu digunakan untuk casting dan trolling di laut kerana tidak pasti spesies apa yang bakal menyambar gewang tersebut.
Namun untuk tujuan casting atau trolling di air tawar walaupun untuk menyasarkan ikan toman, tidak perlulah menggunakan perambut dawai. Tidak salah jika ingin menggunakannya tetapi peratus untuk menerima strike lebih rendah berbanding tidak menggunakan perambut dawai. Ini kerana aksi renang gewang yang disambungkan dengan perambut dawai akan terjejas.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...