Nama socme : Nas Ahmad

Nama produk : NCR Handmade lure

Kategori : Pembuat gewang buatan tangan

 

UMPAN: Boleh tak ceritakan pengalaman memancing anda?

NAS : Minat memancing sejak usia 6 tahun lagi. Tapi minat hanya pada pancingan bottom udang galah dan mengilat sahaja. Kurang minat pada pancingan air masin.

Lebih suka spesies air tawar mungkin sebab tiggal jauh dari padang pancing air masin.

 

IKON: LURE MAKER – Gewang Handmade Nas Ahmad

 

UMPAN : Sejak bila mengusahakan gewang buatan tangan ini?

IKLAN

NAS : Sejak 2012… ia bermula sebagai hobi memenuhi masa terluang dengan membuat beberapa biji gewang daripada kayu untuk kegunaan sendiri.

Melihat gewangnya telah berjaya memperdaya beberapa jenis spesies termasuklah sebarau serta begahak di Sungai Pahang lantas rakan-rakan memujuknya agar membuat gewang untuk mereka pula.

 

IKON: LURE MAKER – Gewang Handmade Nas Ahmad

 

UMPAN : Kenapa anda memilih usaha ini?

NAS : Kerana minat mendalam terhadap gewang. Minat ini ada dalam diri sejak kecil lagi. Pada awalnya hanya buat untuk pendapatan sampingan.

Tetapi sejak 2014, membuat gewang ini telah jadi kerjaya sepenuh masa.

IKLAN

 

IKON: LURE MAKER – Gewang Handmade Nas Ahmad

 

UMPAN: Apa rintangan dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?

NAS : Rintangan dalam bidang ini agak meluas juga sebenarnya. Walaupun tidak ramai lure maker yang ada tetapi persaingan datangnya dari barangan atau produk import.

Barangan dari negara jiran sedikit sebanyak agar sukar untuk bersaing. Ini kerana pemancing tempatan masih ramai yang kurang mau mencuba sesuatu yang lain dari biasa.

Tapi alhamdulillah… setakat ini pasaran gewang handmade tidak putus-putus menerima tempahan.

 

IKLAN

Harapan saya, pada masa akn datang brand saya dapat diterima di toko-toko pancing seluruh tanah air.

Saya turut berharap barangan buatan Malaysia dapat diterima pakai dengan lebih baik.

Saya berharap pada masa akan datang, adanya expo pameran barangan pancing tempatan ,terutama buatan anak Malaysia sendiri, seperti mana yang diadakan di Eropah, Jepun dan Thailand.

 

IKON: LURE MAKER – Gewang Handmade Nas Ahmad

 

UMPAN : Boleh tak ceritakan apa kelebihan produk NCR Handmade Lure ini?

NAS : Setiap model yang direka khusus bagi menepati kesesuaiaan spesies-spesies ikan pemangsa di Malaysia.

Antara spesies yang telah tersenarai dan telah tumpas dengan lure handmade saya seperti sebarau, tengas, blackbass, toman, begahak, peacock bass, siakap, kerapu, MJ, barracuda dan pelbagai lagi.

 

IKON: LURE MAKER – Gewang Handmade Nas Ahmad

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI