Gerepoh yang bersaiz 10kg dan ke atas biasanya mudah diperangkap dengan teknik menunda atau trolling. Kebanyakan pemancing yang menunda mengunakan kekili aksi berat dengan kekuatan tali utama minimum 30lb.
Banyak cerita yang saya dengar gerepoh monster menghilangkan diri dengan ratusan meter tali utama terutama apabila teknik jigging dan popping disambar oleh pemangsa yang lebih besar. Namun sebesar mana monster itu tidak pernah dihadirkan.
Di sini, pemancing yang menjadi mangsa dan lebih parah lagi apabila tali utama yang dilarikan adalah jenis sulam yang berharga menjangkau RM100 untuk seratus meter. Iya la, kalau lebuh 300 meter tali dah berapa kerugian. Itu belum campur jig dan leader lagi.
Ads
Kombinasi peralatan untuk gerepoh yang bersaiz 10kg ke bawah adalah seperti mana yang disyorkan dalam segmen pancingan cupak lalu. Korang boleh rujuk sendiri jika rajin. Atau secara rumusannya setting peralatan 30lb ke bawah.
Ads
Untuk aktiviti popping dan casting, kekili mendatar atau spinning reel lebih mudah dikendalikan. Sementara untuk teknik jigging dan pancingan asas, lebih sesuai mengunakan kekili multiplier. Jadi tidak perlu pening memikir set pancing mana yang lebih baik.
Ramai pengemar casting dan jigging mengunakan tali sulam atau braided kerana mudah dan cepat membalas. Jika menggunakan mono sambungkan tali sulam 3 hingga 5 meter di hadapan tali utama sebagai penanda ketika jigging kerana jika leka kemungkinan replika ikan dan jig besi akan singgah di muka anda.
Ads
Joran yang sesuai adalah jenis grafit dengan kekuatan 15Ib hingga 30Ib. Pakai joran halus dan ringan tetapi kuat memberi kelebihan dari segi lontaran serta tidak lenguh memegang dalam tempoh yang lama.
Tali utama berkekuatan 15Ib hingga 30Ib cukup memadai kerana ia pasti akan menjanjikan siapa yang mengerjakan siapa. Barulah dapat kepuasan sebenar!
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Sekiranya enjin tidak memberi prestasi yang cemerlang semasa di pulas, semestinya ada sesuatu yang tidak berfungsi dengan baik yang menggagalkan pembakaran yang sempurna kepada piston.
Kali ini kita akan membincangkan lebih spesifik kepada penyaluran bahan bakar sehingga kepada carburetor.
Enjin sangkut menggunakan sistem pump untuk menyedut petrol kepada carburetor seterusnya menghantar kepada piston. Sekiranya berlaku enjin semput dan terasa seperti sebu periksa bermula dari tangki minyak hingga ke filter.
Perhatikan penutup tangki dan pastikan ia di buka supaya oksigen memasuki tangki untuk memberi ruang kepada pump untuk menyedut bahan bakar.
Bahagian kedua periksa penyambung (connector) getah dalam keadaan baik dan tidak bocor walau sekecil mana pun. Sekiranya penyambung tadi dalam keadaan baik teruskan memeriksa bahagian getah penyalur minyak.
Sila pastikan anda menggunakan hos getah yang memang diiktiraf untuk kegunaan minyak dan bukannya air atau selain dari kegunaannya.
Ini kerana zarah molekul yang ada pada bahan bakar adalah lain daripada air dalam kelasnya. Tekanan yang diterima juga berbeza dan ini perlu ditukar sekiranya bukan hos untuk minyak.
Bahagian ketiga yang perlu di periksa adalah pam yang boleh di picit. Sekiranya pump dalam keadaan keras setelah dipicit beberapa kali untuk memenuhkan minyak di bahagian filter maka pump tersebut dalam keadaan baik tetapi jika ia lembut dan terasa kosong maka ada kebocoran atau pam tersebut perlu ditukar.
Bahagian keempat periksa filter dan cuci bahagian dalam filter supaya apa jua benda asing dikeluarkan dan pasang semula dengan ketat. Periksa hos masuk dan hos keluar ke carburetor dalam keadaan ketat.
Akhir sekali servis carburetor dengan membuka semua skru laluan minyak dan bersihkan menggunakan berus serta dikeringkan menggunakan angin bertekanan tinggi supaya benda asing yang melekat pada salur minyak carburetor dapat dibuang.
Jika dibandingkan teknik trolling atau menunda umpan teknik yang sedikit berbeza dengan teknik lain seperti casting atau jigging kerana ia sama sekali tidak memerlukan skill atau tenaga ketika memancing.
Atau dalam erti kata lain, teknik trolling ini merupakan teknik memancing yang paling mudah untuk diaplikasikan dengan syarat haruslah menaiki sampan atau bot.
Teknik trolling ini juga boleh dipraktikkan di sungai, muara, lombong serta laut. Sementara spesies sasaran adalah ikan-ikan pemangsa atau predator sama ada air tawar mahupun air masin.
Peralatan untuk kegunaan teknik trolling pula bergantung kepada padang pancing dan spesies yang diingin dicari.
Apa yang penting peralatan yang digunakan haruslah tahan lasak berbanding peralatan yang digunakan untuk teknik casting.
Suatu ketika dahulu teknik trolling ini amat popular diapliksan di lautan bagi memburu spesies seperti wahoo, tenggiri, alu-alu atau layaran.
Justeru peralatan aksi berat perlu digunakan. Kekili harus menyimpan tali sekurang-kurangnya 300 meter dan joran yang digunakan mestilah PE 3-4 ke atas.
Tali perambut 40-60 lb bergantung pada tali utama yang digunakan. Pemancing perlu melepaskan gewang di belakang bot 100-200 meter daripada bot dalam kelajuan tertentu.
Boleh tak kalau kita gantikan gewang replika ikan dengan gewang soft plastic kalau nak mancing di atas kelong atau rumah rakit? Ada yang cakap tak boleh tapi macam pernah nampak ada orang buat.
JAWAPAN:
Tidak dinafikan kegunaan soft plastic (SP) banyak diaplikasikan dari tebing (landbase) terutamanya di kawasan persisiran pantai bertebing berbatu. Namun ia juga boleh diaplikasikan di kawasan perairan yang lebih dalam sama ada di kelong, rumah rakit atau di tengah laut dengan pendekatan dan teknik berbeza.
Bagi kes pancingan di kawasan unjam berkedalaman 30 hingga 50 kaki, penggunaan pemberat (jighead) adalah perlu untuk memastikan SP dapat jatuh ke dasar dan tidak dihanyutkan jauh oleh arus.
Jatuhan semula jadi tanpa jighead mungkin lebih efektif namun ia terlalu perlahan bagi kawasan berarus dan pegun seperti di kelong.
Manakala pemberat yang keterlaluan akan menyebabkan SP jatuh ke lubuk tanpa aksi yang menarik sekaligus menyebabkan ia tidak menerima perhatian daripada ikan.
Oleh yang demikian pemberat yang bersesuai amat penting untuk mempamerkan persembahan jatuhan yang lebih realistik.
Harus diingat, persembahan jatuhan SP ini amat penting kerana waktu jatuhan SP ke dasar inilah peratusan sambaran lebih tinggi.
Faktor bau dan perisa turut membantu SP menarik perhatian ikan. Jadi, disamping perlu menggayakan persembahan SP secara semulajadi, SP turut perlu disadur dengan bau-bauan yang sewajarnya ketika mengaplikasikan SP di kawasan kelong dan sebagainya. Perisa bauan untuk disapu pada SP kini mudah dicari di pasaran dengan kepelbagaian bau.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...