SOALAN:

Boleh tak admin huraikan cara-cara umpan tapa Kemboja dibuat dan bagaimana untuk menggunakannya.

Saya ada dengar member cakap, kat Kemboja sana diorang makan umpan tapa ni macam kita makan ikan pekasam. Betul ke admin?

 

JAWAPAN:

 

Dipercayai, umpan tapa Kemboja dibawa masuk ke Malaysia oleh pendatang dari negara tersebut yang bekerja di negara kita.

Dan ia bukan sesuatu yang mengejutkan jika benar umpan tapa tersebut merupakan ikan pekasam yang dijadikan pembuka selera untuk dimakan bersama nasi.

Ini kerana di negara kita sendiri juga ada sendiri ikan pekasam yang hampir sama baunya dengan umpan tapa tersebut.

 

Berbalik kepada persoalan utama, umpan tapa Kemboja ini diperbuat daripada  spesies ikan belanak yang dijeruk dalam satu tempoh tertentu di dalam tempayan atau bekas kedap udara untuk mendapatkan bau yang sangat busuk.

 

Cara memancing ikan ini sangat mudah iaitu menggunakan set ringan dan perambut setengah depa serta batu ladung hidup sudah cukup untuk menarik spesies baung keluar

dari sarangnya seperti di tunggul kayu dan timbunan ranting yang terbenam dalam sungai ataupun lombong.

 

Tidak dinafikan bau umpan ini sangat tidak menyenangkan. Senang cakap memang busuk sehingga turut dipanggil sebagai umpan busuk.

Bagi mereka yang tidak sanggup untuk menyentuhnya, perlulah memasang umpan di mata kail dengan menggunakan sarung tangan getah.

 

Sekali tercalit pada jari, memang melekat padu bau dia hingga hendak makan nasi pun terasa baunya.

Baunya yang kuat inilah membolehkan baung dalam masa singkat mengesan umpan ini.

 

Keberkesanan umpan tapa nyata lebih efektif berbanding umpan lain untuk memancing baung seperti cacing atau cengkerik.

Sebaliknya, umpan tapa berkesan untuk memancing ikan baung, ia juga boleh digunakan untuk memancing ikan lain seperti patin, keli dan juga udang galah.

Bau tengik yang dikeluarkan oleh umpan ini sememangnya disukai oleh ikan-ikan yang mencari makanan menggunakan misainya.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI