Sekiranya anda berhajat untuk memancing dengan menggunakan perkhidmatan bot memancing di perairan Kuala Rompin khasnya, maka anda boleh cuba perkhidmatan yang ditawarkan oleh Mat Rompin Boat Charters ini.
Info Tekong
Nama pemilik bot : Mohd Khairul Nizam Bin Abdul Rahim (Mat Rompin)
Nama tekong : Mat Rompin
Spesifikasi luas bot: 45 kaki panjang X 12 kaki lebar
Enjin : Yamaha 4 stroke 350Hp berkembar
Ads
Kapasiti pemancing : 6 – 7 Orang Pemancing
Jeti : Tok4 Sungai Puteri, Kuala Rompin, Pahang
Kawasan memancing : Pulau Tioman, Tokong Burung, Pulau Berhala, Karang Luas
& Unjam Perairan Laut China Selatan
Ads
Teknik pancingan : Jigging, Casting, Popping, Bottom & Drifting Baits
No H/P : +060199232684
Pengalaman : 12 tahun terlibat dalam mengendalikan perkhidmatan bot memancing
Ads
Pakej sewa :
1 Hari Harga : RM1,900.00
Waktu memancing : 8am – 5pm
Kemudahan Pakej : Di dalam bot disediakan air mineral & ais yang secukupnya (makanan tidak disediakan), kemudahan toilet didalam cabin, mempunyai sonar & radar garmin yang baik untuk mengesan ikan lebih efektif. Life jacket & life boil disediakan.
Kami juga menyediakan kemudahan homestay untuk para pemancing dengan harga RM300 semalam.
GALERI
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Spot mengilat juga dikenali sebagai lubuk di satu-satu tempat. Jika di empangan, kawasan anak sungai yang keluar ke arah empangan, teluk-teluk yang mempunyai anak air serta di kawasan berstruktur seperti reba kayu adalah lubuk yang perlu diambil perhatian.
Casting tanpa arah tujuan di empangan yang luas, memang agak sukar untuk mendapatkan sambaran dan ia memenatkan. Lubuk perlulah dikenalpasti sebelum mengilat di satu-satu tempat. Adalah lebih baik menggunakan guide pancing yang berpengalaman dengan tempat tersebut untuk memudahkan lagi pencarian ikan buruan.
Mengilat tidak bermakna anda boleh memancing sepanjang hari. Awal pagi dan lewat petang biasanya adalah waktu sesuai untuk mengilat sebarau dan waktu matahari sudah mula naik pula adalah masa toman menimbul ketika di tasik.
Jika di muara perhatikan juga air pasang surut. Apabila keadaan sungai berarus ikan lebih aktif dan mudah untuk memujuknya berbanding ketika air surut atau tidak bergerak langsung.
Musim hujan atau kemarau juga memberikan keputusan berbeza bergantung kepada jenis ikan yang disasarkan. Sebarau lebih mudah didapati ketika musim hujan dan air tasik sedikit keruh, manakala jika mengilat tembaring atau blackbass di delta sungai, musim kemarau pula adalah waktu terbaik.
Cuaca ketika memancing juga perlu diperhatikan. Biasanya ketika hari mahu hujan iaitu tekanan barometer menjadi rendah, ikan kurang aktif dan jarang berkeliaran mencari makanan. Waktu selepas hujan adalah waktu terbaik untuk memancing di kebanyakan tempat.
Perkara paling utama untuk memikat ikan dengan gewang ialah gewang yang mampu menipu ikan tersebut. Gewang yang mampu meniru aksi atau renangan ikan yang menjadi buruan ikan sasaran adalah paling sesuai digunakan. Ia bergantung juga bergantung kepada warna serta saiz gewang yang paling sepadan.
Untuk memilih gewang yang sesuai, pemancing perlulah mengambil kira jenis ikan yang disasarkan dan juga lokasi pancingan. Gewang yang berbeza kedalaman memainkan peranan ketika mengilat kerana ikan berada di paras yang berbeza mengikut lokasi.
Ikan yang menimbul di tengah tasik lazimnya lebih gemarkan gewang yang mampu menyelam lebih dalam.
Ketika mengilat, lontaran gewang adalah kunci utama gewang mendapat perhatian ikan. Lontaran perlulah tepat dan sampai ke kawasan serangan ikan.
Lontaran yang kesasar dan tidak sampai akan menyebabkan ikan tidak sempat membuat sambaran ataupun tidak menyedari kehadiran gewang.
Ini lebih penting jika memancing dari tebing yang luas. Ikan ada kalanya duduk jauh sedikit dari tebing dan memaksa pemancing melontar dengan jauh untuk sampai ke kawasan ia bermain.
Antara teknik casting menggunakan gewang pintail dan jigging menggunakan jig, teknik manakah yang lebih berkesan dan seronok apabila memancing tenggiri?
JAWAPAN:
Ikan tenggiri merupakan antara ikan yang boleh dipancing dengan pelbagai cara. Selain teknik konvensional menggunakan umpan ikan hidup, ia juga boleh dipancing dengan umpan tiruan. Dari aspek keberkesanan ternyata penggunaan umpan ikan hidup yang merupakan diet sebenar ikan ternyata lebih efektif berbanding penggunaan umpan tiruan.
Sebaliknya jika inginkan sesi pancingan yang berbeza maka pancingan tenggiri menggunakan umpan tiruan adalah lebih mencabar dan menyeronokkan. Terdapat empat teknik menggunakan gewang tiruan bagi memancing tenggiri iaitu casting, popping, jigging dan trolling.
Apabila ditanya teknik manakah yang lebih syok atau seronok, tentu saja setiap teknik itu ada cabaran dan keseronokan tersendiri. Begitu jugalah jawapan pada perbezaan keseronokan antara jigging dan casting.
Secara peribadi pulak, admin lebih menggemari teknik popping kerana melalui ini kita akan dapat menyaksikan secara langsung tenggiri menghentam popper. Aksi tenggiri terbang keluar dari aksi sewaktu menyambar popper, sama ada tersangkut pada mata kail atau tidak, ia tetap satu keseronokan yang tidak dapat disaksikan melalui teknik.
Namun keseronokan sebenar ialah berjaya memperoleh hasil. Sekiranya kumpau, apa saja teknik yang dilakukan sama ada jigging, casting, popping, trolling atau menggunakan umpan ikan hidup, semuanya langsung tidak menyeronokkan.
Apakah nisbah kiraan yang sesuai untuk seimbangkan sambungan tali utama (braided) dengan leader.
Bolehkah saya menggunakan tali tangsi biasa sebagai leader untuk memancing laut dalam?
Jawapan:
Sebenarnya tiada nisbah kiraan yang tetap bagi sambungan tali utama (braided) dengan leader atau perambut.
Tidak kiralah ia untuk kegunaan casting, jigging ataupun bottom fishing. Apa yang penting ialah pemilihan ketebalan serta kekuatan pada tali leader tersebut.
Sekiranya tali leader itu terlampau tebal maka jarak balingan akan berkurangan dan sekiranya pilihan tali leader itu terlampau nipis mungkin terputus apabila menggunakan gewang terlampau berat dan sebagainya.
Bagi saya nisbah yang saya pakai adalah maksimum dua kali berat tali utama. Misalnya saya menggunakan sambungan tali leader 30 lb untuk casting ikan di darat serta muara sungai dengan tali sulam 15 lb.
Dan ia bergantung juga kepada rintangan dan halangan di padang pancing tersebut. Jika tiada banyak halangan, ada kalanya saya menggunakan tali utama 15 lb dengan leader 20 lb sahaja.
Manakala untuk aktiviti memancing yang lebih lasak seperti popping GT, saya sepadankan leader 80-100 lb dengan tali utama braided 50 lb.
Bagi soalan bolehkah saya menggunakan tali tangsi biasa semasa memancing di laut jawabnya memang boleh tetapi carilah tali yang kuat dan kurang meregang (low strech).
Namun sebaik-baiknya gunalah leader dari jenis fluoroucarbon sebagai perambut. Walaupun ia agak mahal berbanding tali tangsi biasa namun fungsinya jauh lebih bagus dan berkesan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...