IKLAN

 

SOALAN:

Saya ada beberapa soalan yang inginkan penjelasan. Pertama, berapakah panjang joran yang sesuai untuk teknik casting?

Kedua, reel (bc) yang digunakan untuk casting itu sesuai untuk jigging? Dan ketiga berapa kekuatan tali yang sesuai untuk jigging?

 

JAWAPAN:

IKLAN

Pertama, teknik casting boleh dipadankan dengan joran yang panjangnya dari 4 hingga 7 kakii.

Ia bergantung kepada lokasi dan jarak yang diperlukan untuk melontar gewang ke sasaran.

Selain itu, joran casting mestilah ringan dan mempunyai kekuatan yang baik. Begitu joran sepanjang 6 kaki hingga 6.5 kaki secara purata lebih banyak digunakan.

Kedua, Kekili menegak atau baitcasting reel boleh dan sesuai digunakan untuk jigging. Malah, bagi saya ia lebih baik daripada kekili mendatar kerana reka bentuk tali akan terus berada dalam gelendung.

IKLAN

Dengan ini, ia boleh memberikan daya tentangan yang cukup baik. Acara jigging boleh dikelaskan kepada tiga jenis iaitu kelas ringan (15 hingga 40gram), kelas menengah (45 hingga 120gram) kelas berat (120gram ke atas).

 

Namun, kebanyakan kekili yang digunakan untuk casting hanya sesuai untuk teknik jigging ringan sahaja.

Bagi kelas lebih tinggi, sebaiknya gunalah kekili menegak atau multiplier yang dikhususkan untuk jigging.

Dan lebih penting lagi, pastikan juga reel bc itu sesuai untuk digunakan di perairan air masin.

 

Ketiga, kekuatan tali untuk jigging lazimnya berpandu kepada kelas jigging dan saiz berat jig yang ingin anda mainkan.

Bagi kelas ringan, tali 10-20lb lebih sesuai digunakan, kelas menengah 25-40lb dan 50lb dan ke atas bagi kelas yang lebih berat.