SOALAN:

Boleh tak admin jelaskan lebih lanjut apa itu CANDAT UMPAN dan tunjukkan bagaimana cara penggunaannya?

 

Korang Tanya Umpan Jawab -S10S15 – Cara nak guna candat berumpan?

 

JAWAPAN:

Sebagaimana foto yang di atas, inilah perkakasan terminal yang dinamakan sebagai candat umpan.

IKLAN

Candat umpan terdiri daripada dua bahagian utama sahaja iaitu batang dan pencangkuk yang kedua-duanya diperbuat daripada logam tahan karat.

Sebagaimana ia dinamakan candat umpan, maka candat umpan ini tidak boleh dimainkan tanpa menggunakan umpan.

 

Candat umpan dipasang dengan cara mencucuk ikan dari ekor hingga ke mulut. Bahagian hujung batang candat seumpama lidi basikal ini dicucuk pada mulut ikan atau boleh juga

dari bahagian ekor ikan sehingga ke hujung batang candat yang yang disambungkan dengan pencangkuk melengkung sebagai rupa mata kail tiga (treble hook).

IKLAN

 

Sementara umpan yang dicucuk pada candat umpat ini biasanya ikan-ikan yang boleh dibeli di pasar seperti ikan sardin, tamban atau pelata.

Udang laut bersaiz kasar juga boleh digunakan sebagai umpan. Malah ia lebih berkesan namun disebabkan harga dan mudah hancur dikerjakan sotong maka guna sajalah ikan-ikan pasar.

 

IKLAN

Candat umpan boleh dimainkan terus setelah dicangkukkan umpan. Namun jika arus agak laju, aplikasi tanduk dan batu ladung diperlukan.

Sekiranya tidak ingin menggunakan teknik tanduk, boleh juga diletakkan batu ladung secara terus pada candat.

Lazimnya pada bahagian di bawah cangkuk candat ada gelung cincin atau solid ring sebagai terminal penyambung.

 

Candat umpan tidak perlu dihenjut. Lepaskan sahaja candat berkenaan ke dasar laut dan cuba periksa sekali-sekala. Tarikan yang berat menunjukkan sotong telah terkena candat.

Jika terasa ringan, rendam semula candat di dasar laut. Jika masih tiada tarikan sotong, tarik candat ke atas dan periksa tanda-tanda gigitan sotong pada badan ikan.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI