Antara kelebihan hobi memancing ialah memiliki istilah tersendiri. Jadi, sebagai pemancing kita kenalah tahu maksud istilah-istilah berikut apabila dipertuturkan.
Air Besar (springtide)
Keadaan di mana paras air tertinggi pada permulaan bulan dan bulan penuh/mengambang.
Air surut jauh (neap tide)
Keadaan di mana paras pasang surut adalah rendah, 7 dan 21 bulan hijrah.
Batu ladung (lead)
Pemberat yang digunakan semasa memancing, selalunya dibuat daripada timah
Ads
Otai (old timer)
Orang lama yang hebat dan penuh ilmu dalam memancing.
Perambut kejutan (shockleader)
Perambut yang digunakan untuk menyerap tekanan mengejut daripada sambaran ikan.
Ads
Skodeng
Hanya memerhati tanpa berforum di laman web pancing.
Tali hantu (flourocarbon line)
Tali pancing yang halimunan, di mana ianya tidak kelihatan di dalam air.
Kami tiba di lokasi tepat jam 6 petang. Tanpa membuang masa, kami terus menghulurkan umpan selar hidup dengan menggunakan teknik hanyut. Spesies buruan kami adalah tenggiri untuk petang ini. Namun, setelah hampir 2 jam menunggu, langsung tiada seekor pun tenggiri yang sudi menjamah umpan.
Oleh sebab itu, tekong mengambil keputusan untuk berpindah ke lokasi rahsianya yang memang didiami oleh spesies ikan gred A seperti jenahak dan kerapu. Kami tiba di lokasi kedua pada jam 8.30 malam. Di spot jenahak dan kerapu ini, ujar tekong teknik yang paling sesuai digunakan adalah teknik pancingan bottom dengan menggunakan umpan sotong atau udang hidup.
Tidak perlu menunggu lama, joran Penn International Custom 50-100lb milik agensi pelancongan terus melendut direntap penghuni dasar. Tidak sampai 3 minit bertarung sudah terlihat kilauan emas di dalam air. Naik sahaja jenahak yang pertama, tidak menang tangan kami melayani penghuni dasar ini. Satu demi satu berjaya dinaikkan.
Belum puas melayani jenahak, kami dikejutkan dengan jeritan mesin Daiwa Opus Bull 6000 yang diletakkan di belakang bot. Pemancing yang berada berhampiran terus menyentap joran dan asakan yang kuat dapat dirasai.
Dengan asakan bertubi-tubi, spesies tersebut berjaya melarikan diri ke lubang persembunyiannya. Kemenangan nampaknya berpihak kepada sang ikan. Menurut Ah Eng, daripada cara permainan tersebut, ia sudah dapat di agak iaitu kerapu bersaiz besar!
Jam sudah menunjukkan angka 1 pagi, namun masih ramai lagi wakil media yang masih berjaga menunggu sang ikan menjamah umpan. Saya yang sedang rancak mencandat sotong untuk dijadikan umpan tiba-tiba dikejutkan dengan lenturan kuat joran yang diletakkan di belakang bot lantas bingkas bangun dan menyentap joran tersebut.
Aksi penutup hari pertama adalah dari wakil agensi pelancongan dan wakil media yang masing-masing berjaya menaikkan jenahak bersaiz kasar. Yang epiknya, kedua-dua ikan tersebut juga telah berjaya mematahkan joran mereka. Bayangkan bagaimana joran yang begitu kuat berjaya dipatahkan dengan asakan si bantal emas ini?
Hari kedua bermula sangat hambar.Tidak ada sebarang getuan dapat dirasai pada sebelah pagi sehinggalah joran milik tekong mendapat satu stike dari penghuni dasar. Ah Eng yang menggunakan kekili elektrik, bagaikan tiada tentangan langsung untuk menaikkan seekor ikan duri berskala hampir sekilogram.
Pada waktu lewat petang pula joran milik wakil media turut direntap ganas. Pada mulanya kami menjangkakan ikan duri yang telah meratah umpan sotong yang dihulurkan, rupa-rupanya sang kerapu hampir sekilogram menunjukkan bayangnya. Wakil media bersorak kegembiraan kerana pada hari pertama tiada seekor pun kerapu berjaya kami naikkan.
Menjelang senja, Tekong mengajak kami berpindah ke Lubuk Kapal Karam yang juga menjadi lubuk kegemaran. Di sini, sekali lagi Ah Eng menjadi pemecah suasana apabila berjaya mendaratkan ikan duri berskala sekilogram.
Tidak lama selepas itu, salah seorang daripada kami menerima asakan kuat dari dasar dan dengan bantuan tekong, beliau berjaya menaikkan kerapu berskala 2 kilogram. Apa lagi riuh rendah suasana di dalam bot apabila satu persatu spesies gred A berjaya dinaikkan. Menurut tekong, semakin hari gelap, semakin galak ikan menjamah umpan.
Menjelang jam 6 pagi, kami pun menuju pulang ke Jeti Straight Quay. Sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan pemandangan matahari terbit yang begitu indah sekali. Kami tiba di Jeti tepat jam 9 pagi. Kebetulan, sebuah lagi bot yang dinaiki wakil media yang lain turut tiba di jeti.
Apakah set pancing kesayangan anda, yang serasi dan sering dipakai ataupun telah disimpan sebagai khazanah kesayangan?
Rata-rata kaki pancing mesti mempunyai set pancing kesayangan tak kira apa jenis pancingan sekalipun. Tak semestinya mahal, namun cukup selesa waktu apabila dalam genggaman baik ketika balingan atau pertarungan. Memang akan dijaga rapi, kalau nak pinjam tu sorry, apa lagi nak dilepaskan pergi.
“Antara set yang paling selesa untuk heavy cover… Daiwa Tatula JDM + Daiwa Bass X. Berdesup perginya sangat sesuai untuk landbase.”
– Nd Amey
“Lebih seronok jika set pancing itu hasil buatan tangan sendiri. Ambe sangat sayangkan seni ukir warisan Melayu. Sebagai meneruskan legasi tinggalan arwah atuk, ambe abadikan pada rod versi nusantara ambe…. Huhuhuhu..”
– Penjejak Azmie
“Daiwa Tatula Type R 8.1. Storm Discovery 6’ 1piece 8-17lb. My Precious.”
– Razuan Efendi
“Joran masa juvenil, pelepah bemban atau sawit untuk kail puyu, sepat siam atau haruan. Dia punya melendut kalau dah strike memang tak boleh lupa. Sayang nak lupa memori pakai joran tradisional.”
– Qayyum Aizad
“Joran + tali + mata kail + umpan dah cukup untuk dapatkan ikan… tak payah yang mahal-mahal.”
– Jashaniesyam Salleh
“Nak mancing guna rod dengan mesin yang biasa-biasa je… tapi yang penting smua alat tip top… hehe.”
– Shamsul Adha
“Set pancing kegemaran saya Daiwa set kombo sebab dia ringan dan sedap melayan tarikan ikan lagi-lagi saiz besar memang terbaik.”
– Az Wan GP
“Yang ekonomi je dah cukup untuk menaikkan ikan belasan kilo.”
– Irsyad Alt
“Rod Eupro + reel Daiwa Crest 4K. Ni la set ekonomi yang kawe pakai sekarang. Janji ade STRIKE boh…!”
– Awi Sham
“Rod SureCatch reel Ryobi Zauber memang terbaik! Nak pinjam… memang sorry la!”
– Mohd Akbar
“Setiap kaki pancing memang ada set pancingan sendiri malah melebihi daripada 1 set takut-takut rosak… tapi ingat juga set pancing tu jangan lupa servis… set pancing saya murah je tapi berkesan menumpaskan ikan yang lagi besar darinya.”
– Aqmal Zenetic
“Sememangnya akan ada satu senjata kesayangan antara yang bersusun-susun kat umah. Bagi saya setting terbaik saya adalah CQDC 101 dan rod custom 4-10lb dari sahabat Wan Kobra. Merangkumi kepuasan dan kemantapan persembahannya… sedikit tuah juga banyak mempengaruhi set saya ini.”
Peningkatan jumlah pemancing dalam pelbagai terma memancing terutamanya dalam segmen jigging laut dalam secara tidak langsung menuntut lebih ramai operator sewaan bot sebagai tekong.
Pendapatan yang memberangsangkan sebagai tekong juga menyebabkan ramai yang menjadi tekong bidan terjun. Oleh yang demikian beberapa kriteria perlu ada bagi mengekalkan kerjaya sebagai tekong.
Minat Memancing
Pertama, mesti ada minat dan pandai memancing. Ini kerana kebanyakan pemancing yang menyewa dengan tekong yang sekadar bawa bot, biasanya pulang dengan hasil yg kurang memberangsangkan. Memanglah rezeki dari Allah… tetapi kalau kita sekadar berserah tanpa berusaha bersungguh-sungguh, mungkin hasilnya juga akan kurang.
Spot Memancing
Kedua, sebagai tekong juga… dia mesti arif dengan lokasi atau spot memancing. Bukan sekadar bawa saja. Jadi, dialah yang patut memberi tunjuk ajar bagaimana ingin menjinakkan ikan di kawasan tersebut. Pemancing yang menyewa mungkin tidak tahu spesies apa yang ada di kawasan itu. Contohnya kawasan dasar berlumpur atau berbatu, unjam atau tukun tiruan.
Jadi, tekonglah perlu memainkan peranan penting dalam hal ini kerana setiap spot itu mesti ada kelainan dan cara menjinakkan spesies target juga berbeza.
Rajin & Peramah
Ketiga, tekong mestilah peramah dan ringan tangan. Kadang-kadang dalam satu group memancing di laut, tak semua akan memancing. Percayalah… ada yang ambil bahagian dalam acara tidur separuh masa, tidur sepenuh masa ekoran mabuk laut.
Apabila crew mempunyai masalah untuk mengikat mata kail, membuang ikan, dalam keadaan mabuk laut, tekong mesti cepat mencuri hati crew kerana selalu menunduk di atas bot yang asyik bergoyang membuatkan lagi bertambah mabuk. Jadi, tolong ikat mata kail, buang ikan apa salahnya, kan?
Bertolak ansur
Keempat, bertolak ansur terutama mengenai bayaran sewa bot. Memanglah kita berniaga, semua orang nak untung, kan? Tetapi janganlah sampai membebankan penyewa. Bagi saya, ramai kawan itu lagi bagus. Kalau cuaca tak berapa cantik, spot pun tak semua boleh sampai.
Hasil pun kurang, apa salahnya sebagai tekong kita bagi diskaun sikit. Tu cara berkawan dalam bisnes. Next time dia cari kita lagi kalau nak pergi memancing.
Gajet lengkap
Kelima, last skali wajib ada sonar, GPS dan kelengkapan yang berkaitan kerana alatan ini amat penting. Sebagi contoh kita nak jalan pada waktu malam, memang kekadang kita boleh sampai ke sesuatu destinasi tapi banyak halangan. Lebih baik sediakan lampu suluh. Perjalanan lancar, jalan lagi terang. Sama juga situasi di laut. Kawasan ikan senang dikesan dan kawasan spot pon sama.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...