Menurut John B. Watson, seorang pakar psikologi, terdapat kes luar biasa di mana seseorang individu mempunyai rasa takut atau fobia terhadap ikan emas.
Kes fobia terhadap ikan ini telah mampu diatasi dengan terapi yang dikenali sebagai graduated exposure theraphy di mana pesakit didedahkan kepada interaksi dengan ikan secara perlahan-lahan.
Menurut Journal of the American Medical Assosiation, terhadap kajian dikeluarkan berkaitan rasa takut memakan ikan.
Ads
Rasa takut memakan ikan ini boleh berlaku akibat daripada pernah memakan ikan yang telah tercemar. Contohnya akibat daripada kandungan merkuri yang terkumpul dalam ikan.
Antara kes popular bagi fobia terhadap ikan ialah yang pernah diceritakan oleh pemain bola sepak terkenal Itali iaitu Paolo Di Canio.
Ads
Di dalam autobiografinya, Paolo Di Canio ada menyebut tentang rakan sepasukannya iaitu Peter Grant yang mengalami kes fobia terhadap ikan.
Gewang merupakan terminal tackle paling utama dalam teknik mengilat atau lure casting. Dalam usaha mengilat ini kita tidak akan dapat lari dari kejadian gewang dibawa lari oleh ikan pemangsa. Namun kerugian tersebut tidaklah menyebabkan kekecewaan melampau. Perkara yang lebih memedihkan hati apabila gewang hilang atau lesap bukan disebabkan oleh kejadian seperti itu.
Mangsa Reba
Boleh dikatakan peratus paling tinggi punca kehilangan gewang disebabkan ia tersangkut pada objek di dalam air seperti reba. Tanpa penyelamat gewang dan tidak berani mengambil risiko untuk terjun menyelamatkannya maka terpaksa akan kehilangannya.
Terbabas ke atas pokok
Situasi hampir sama iaitu tersangkut pada sesuatu objek. Bezanya, gewang ini dapat dilihat tersangkut di atas pokok tetapi tidak dapat untuk diselamatkan atas beberapa sebab tertentu. Jalan terakhir terpaksalah diputuskan tali pancing dan berharap tiada siapa menemuinya.
Putus dan terbang melayang
Biasanya ia berpunca dari utama tersekat atau terputus yang mengakibatkan gewang yang sedang dilontar terbang melayang jauh. Nasib untuk menemui gewang kembali masih ada tetapi jika gewang jenis tenggelam maka ia akan menghilang dalam sekelip mata.
Snap terkangkang
Kecuaian tidak mengunci snap atau kili dengan betul juga menjadi punca gewang hilang sejurus pemangsa menyambar gewang. Ia tidak semestinya dilakukan oleh pemangsa bersaiz kasar kerana haruan bersaiz curut pun mampu melarikan gewang itu dengan mudah.
Kena curi
Ada banyak cara bagaimana gewang hilang disebabkan oleh kecurian. Tetapi kecurian yang paling menyakitkan hati adalah apabila ingin menggunakan gewang tersebut barulah sedar ia sudah hilang tanpa disedari dan tiada sebarang petunjuk siapa yang mencurinya.
Member pinjam
Selain kedekut berkongsi spot, kebanyakan pengilat juga tidak mudah untuk memberi pinjam gewang apatah lagi jika gewang berstatus rare atau tahyul. Ia adalah satu jenis kehilangan yang menyakitkan hati apabila diberi pinjam dan si peminjam hilangkannya tanpa rasa bersalah.
Kalah bertaruh
Unsur judi sememangnya tidak dapat lari dari dunia memancing. Bentuk pertaruhan pula tidak semestinya duit. Petaruhan dalam bentuk gewang sebenarnya sudah lama berlaku. Jadi, kalau tak nak gewang kesayangan dalam petaruhan, jangan sesekali menyahut cabaran sebegini.
Berkaca mata sebenarnya tidak boleh dijadikan kayu pengukur bagi ketepatan balingan umpan atau gewang. Isu ini sebenarnya adalah satu bentuk soalan yang dikemukakan oleh seorang follower fan page Majalah Umpan.
Memandangkan bentuk soalan ini lebih berbentuk andaian, yang mana tiada sesiapa pun yang boleh memberikan jawapan yang solid, maka saya beranggapan adalah lebih baik ia dibuka secara umum kepada netizen untuk dibincangkan. Dalam pada masa yang sama, saya akan menjelaskan andaian sendiri juga.
Walau bagaimana pun berdasarkan pengalaman memancing (casting) dengan pemancing yang berkaca mata, saya seperti ingin bersetuju juga dengan andaian tersebut.
Pengalaman yang masih jelas dalam memori saya ialah ketika memancing bersama dua orang rakan yang berkaca mata. Seorang membawa bot (speed boat) dan seorang lagi berada di bahagian hadapan bot. Saya duduk di tengah-tengah.
Dari segi pemanduan bot, langsung tidak menimbulkan sebarang masalah. Namun, ketika casting… kedua-dua mereka ini paling kerap menimbulkan masalah. Apa yang dapat saya perhatikan ialah kedua-dua mereka ini sering berhadapan dengan masalah gewang tersangkut. Jika gewang tersangkut pada struktur di dalam air itu merupakan perkara normal kerana sukar untuk menduga apa yang ada di dalam air.
Namun, apa yang berlaku ialah gewang mereka sering tersangkut pada reba (dahan-dahan dan ranting dari pokok yang tumbang ke dalam air) dan pokok-pokok yang menjulur di atas lubuk. Malah kerap juga gewang tersangkut hingga ke atas pokok di tebing-tebing.
Ketika berhadapan dengan perkara ini saya sedikit pun tidak terfikirkan masalah ini berpunca dari pemakaian kaca mata, tetapi apabila perkara ini dijadikan topik perbincangan, saya rasa saya bersetuju bahawa pemancing yang berkaca mata ada masalah dalam accurate casting.
Apa kata netizen:
“Aku memang pakai cermin dah hampir 30 tahun… masalah masa casting ni jarang pulak berlaku. Cuma yang aku perasan kalau main laut senang mabuk laut… sebab biasan cahaya pada permukaan laut tu… buat kepala pening.”
MOHDFAUZI FAUZI
“Tak jugak… masalah utama pemancing berkaca mata ialah cermin mata cepat berkuap masa cuaca lembap atau panas dan bila hujan. Sikit-sikit dok kena lap. Sikit-sikit dok kena lap… hahaha!”
FY ZAL
“Aku pun pakai spek… ketepatan menilai jarak tu depend pada orang juga. Berbeza-beza. Tapi yang pasti, semua orang yang pakai spek akan frust bila memancing dalam hujan. Kalau ade jual spek yg ada wiper, kompom laku keras. Orang pakai spek ni boleh kot diwartakan sebagai pemancing kelainan upaya. Hahaha.”
NALZAM BURN
“Setakat ni aku takde masalah… tapi kalau cast masa hujan nak kena lap spek sebab jadi kabur. Nak buang spek lagi la kabur… seksa betul time ni.”
MUHAMMAD AZMAN
“Saya ok je… cuma kadang-kadang saja bertukar boiling toman dengan boiling ikan bandar raya.”
MOHD SHAFUAN MUHAMMAD
“Bergantung kepada cuaca. Kalau cuaca clear jarak dan ketepatan boleh kira 90% tepat. Tapi kalau hujan duduk tepi aje la… tapi aku biasanya buka cermin mata kalau hujan.”
HASLIN ABU BAKAR
“Ya betul!! Memang kelemahan orang berkaca mata. Terutamanya masa hujan dan waktu cahaya terlalu terang… silau!”
MOHD RIZMAN
“Member aku tak pakai spek pun boleh ke pokok pergi umpannya. Tunggu punya tunggu… patutlah ikan tak makan, rupanya umpan dah duduk atas pokok… kahkahkah!”
MAHAGURU ARIA PUTRA
“Dia orang tak tau kelebihan orang pkai speck ni, admin. Bila memancing pkai speck, ikan besor jer yang dapat. Tak caya boleh la cuba pakai speck.”
ABU LEDANG
“Betul.. sangat-sangat betul. Ini memang fakta… hari ni saja bukan setakat sangkut, bihun sup dua bijik reel lagi. Sudahnya balik hampa.”
Resepi ini khusus untuk ikan siakap merah yang dipancing di laut dalam. Kalau siakap merah yang dapat kat muara tu kurang kick sikit. Kurang dari sekilo tak padu sangat. Siakap merah laut ni padu gila. Nak-nak lagi bahagian kepalanya dijadikan kari dimasak terus ketika di atas bot memancing.
Bahan-Bahan:
500 gram bahagian kepala (lagi besar kepala lagi sedap. Tapi kalau atas bot tu masak sekor la. Bukan korang sorang je nak makan)
Bahan untuk ditumbuk:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/4 biji bawang besar
Bahan untuk menumis:
3 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil halba campur
1 batang kecil kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Sedikit daun kari
Bahan-bahan lain:
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 paket rempah kari ikan
1 sudu besar serbuk cili
1 biji tomato dipotong 4
5 batang bendi
garam dan gula secukup rasa
Cara Penyediaan:
Bancuh serbuk kari dan serbuk cili menjadi pes yang pekat.
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan yang ditumbuk kasar bersama bunga lawang, kayu manis, daun kari dan halba campur hingga naik bau.
Masukkan pes serbuk kari dan cili, tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan ikan, tutup selama 3 minit di atas api sederhana.
Masukkan 2 cawan santan cair, biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan satu cawan santan pekat, garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan tomato dan bendi selama 2-3 minit atau hingga sedikit layu.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...