“IKUTLAH resmi ikan seluang, jangan jadi macam ikan dukang (belukang). Ikan seluang nampak biasa-biasa saja tapi amat cerdik.

Orang bagi umpan macam mana banyak, macam mana mahal sekali pun semua dia makan sambil buat main-main saja.

 

Tahu-tahu si pemancing bila angkat joran tinggal mata kail saja, umpan dah habis, ikan tak mengena. Ikan dukang nampak bukan main bekeng (bengis), tapi baru taruk umpan murah dah sangkut kat mata kail”.

baca juga tuan guru strike tenggiri

 

Ikon: Tuan Guru & Mentor Para Pemancing

 

Begitulah kata-kata Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ketika rombongan penulis bersamanya ke Tasik Kenyir satu ketika dahulu.

 

Menyingkap latar belakang Abdul Hadi, beliau yang popular dengan panggilan nama Ayah Chik ini dilahirkan pada 6 Zulhijah 1366H bersamaan 20 Oktober 1947 di Kampung Rusila,

Marang, Terengganu. Beliau diberi pendidikan awal daripada bapanya sendiri pada usia yang masih kecil lagi.

 

Ikon: Tuan Guru & Mentor Para Pemancing

 

Bapanya, Tuan Guru Haji Awang Muhammad merupakan guru bahasa Arab dan politik kepada beliau.

Memulakan pengajian di SK Rusila kemudian menyambung pelajaran ke Sekolah Agama Marang, seterusnya ke Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin. Beliau

melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Madinah dengan biasiswa dari kerajaan Arab Saudi dan melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar ke peringkat M.A. (Siasah Syariah) dan berjaya menamatkannya hanya dalam tempoh 2 tahun sahaja.

 

Ikon: Tuan Guru & Mentor Para Pemancing

 

Di sebalik ketokohan dirinya sebagai ahli politik, beliau sebenarnya merupakan kaki pancing tegar dan kerap mengunjungi lokasi-lokasi menarik dalam dan luar negara jika berkesempatan.

 

“Ketika keluar memancing saya gemar melihat satu-satu kejadian alam itu sebagai satu iktibar dan renungan untuk difahami bersama,” katanya.

 

Ini kerana, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang dan ADUN Rhu Rendang ini berasal dan membesar di perkampungan nelayan.

Malah sejak dari kecil lagi beliau sudah menjadikan laut sebagai padang pancingnya. Jadi tidak hairanlah, beliau lebih serasi memancing di laut berbanding padang pancing lain dan turut memiliki bot sendiri bagi memenuhi hobinya itu.

 

Ikon: Tuan Guru & Mentor Para Pemancing

baca juga ujang duta tasik kenyir

 

Walau bagaimanapun, ketika musim tengkujuh di mana keadaan laut yang kurang selamat untuk aktiviti memancing, beliau akan beralih ke tasik seperti Tasik Kenyir bagi meneruskan aktiviti memancing apabila berkelapangan.

 

Selain memancing, beliau juga meminati aktiviti menjala ikan dan hobinya itu tejrus kekal hingga ke hari ini meskipun terpaksa membahagikan masa sebagai pemimpin rakyat dan keluarga.

 

Tambah Abdul Hadi lagi, melalui aktiviti memancing, beliau memanfaatkan aktiviti memancing sebagai salah satu platform untuk meluangkan masa bersama rakyat.

Menariknya, setiap kali turun memancing, beliau kerap ditanya apakah doa khusus untuk memancing. Jawapan beliau cukup mudah… nabi tak memancing.

 

Ikon: Tuan Guru & Mentor Para Pemancing

 

Dalam erti kata lainnya, memancing bukanlah aktiviti atau perbuatan yang dilakukan oleh nabi. Maka ia bukan sunah kerana setiap perbuatan yang dilakukan nabi ada doa-doanya sebagaimana doa makan atau doa menunggang unta.

Namun katanya, bolehlah diamalkan doa mohon murah rezeki kerana setiap hasil memancing itu adalah rezeki pemberian Allah.

 

Dalam masa yang sama, beliau turut menyangkal hobi memancing dianggap sebagai membuang masa.

Menurutnya memancing sebenarnya mampu melatih diri mengenal erti sabar dan syukur. Selain itu ia juga bagus untuk meredakan tekanan sambil memberi peluang berzikir.

 

Ketika memancing, soal solat lima waktu jangan diabaikan kerana ia tiang agama. Sebaik-baiknya adalah dirikanlah solat secara berjemaah bersama rakan trip yang lain.

Ketika ini juga, beliau telah pun berkesempatan mengutip pengalaman memancing dan bertarung dengan ikan-ikan monster di luar negara seperti Indonesia, Maldives, Dubai, Oman dan beberapa buah negara lagi.

 

Ikon: Tuan Guru & Mentor Para Pemancing

 

Dalam hobi ini, beliau tidak menyimpan sebarang koleksi peralatan memancing khusus kerana kebanyakan peralatan memancingnya sering dijadikan koleksi hadiah oleh orang lain.

 

Bercakap mengenai hobi memancing ini juga, Abdul Hadi amat bersetuju dan menyokong jika ada pihak yang berusaha menaik taraf status memancing daripada hobi kepada sukan. Sebaris dengan sukan-sukan yang lain.

 

“Dalam hobi memancing ini, jangan sesekali melibatkan diri dengan pertandingan memancing yang ada unsur pertaruhan dan perjudian.

Ia adalah musuh utama dalam keseronokan hobi ini dan perlu segera bertaubat sekiranya pernah melakukan,” katanya lagi.

 

Ikon: Tuan Guru & Mentor Para Pemancing
Kenangan bersama Tok Guru

baca juga setting perambut tasik kenyir

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI