Rod dengan mesin kwn sebelah yang sama2 mancing sebelum tu baru terjun masuk kolam bahana ditarik ikan. Rod bergerak syok nak hook, karau2 naik rod dia. Yang manjanya jenahak tu masih melekat kat mata kail dia.
Man Mujib
Ads
Main popper… tuba2 debuss!!! Betul2 nampak strike toman… membenam bukan main. Tarik punya tarik sampai ke tepi toman bertukar jadi selipar jepun.
Ranger Sungai
Ingatkan pari besar bas… sekali kelambu daaa!
CheYahya Salleh
Pancing udang galah kat Nibong Tebal jam 2 pagi yang lain dah tidur. Tinggal sorang pancing tau2 dapat ikan macam ikan duri tapi seeakan muka orang siap mata boleh berkelip-kelip.
Ads
Amir Anwar
Tarik2 macam sangkut tapi bergerak… punya la berat sekali naik cadar tilam. Jahanam betul.
Jashanissyem Salleh
Dapat penyepit… tapi bukan udang galah punya penyepit tapi penyepit kueh!
Ah Fiz
Memancing dapat guni yang berisi ikan lampam. Memang susah nak percaya.
Ads
Ammar Sebastian
Saya pernah dapat keris lama masa pancing udang di Sungai Perak.
Md Yazid Yahya
Kawan mancing dapat pancing 1 set lagi. Mesin Shimano joran tak tau coz dah penuh dengan teritip. Semua dah tak boleh pakai… dah bertahun gamaknya kat dalam air masin tu.
Mohd Adam Soufie
Pernah dapat tempat sembahyang Cina yang dibuang ke laut.
Choujie Chet
Mmg banyak sgt yang pernah dinaikkan time mancing ni. Yang paling menyeronokan, yang melucukan pun ada… saya pernah naikkan seluar dalam. Paling lucu… time pertandingan pulak tu. Hahah…
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
“Bagi saya la, saya biasanya menampilkan identiti pemancing dengan memakai topi Rapala, baju T90 Anglers Republic kaler hitam kuning (sendiri design la), buff Daiwa, gewang tak payah cakap, guna yang efektif je, beli mahal tapi setahun guna baru seekor yang naik pun takde guna… apa yang penting, bersederhana la.”
FizherRyoshi Man
“Pakai jenama barangan pancing. Pantang tengok air… mata melilau je. Kalu tak membeli singgah kedai pancing pun jadi la. Pergi mana-mana pun set joran sentiasa ada dalam kereta.”
Melix Syncronism
“Muka yang sama pergi kedai pancing… hahaha.”
Deevianis Jali Daniel
“Kereta dan motor ditampal dengan stiker pancing.”
Wan Mubarak
“Paling mudah, pakai topi (cap) produk pancing.”
G Wan Lebo
“Subang pakai mata kail no 1/0…. ahahahaha.”
Suhaimi Mohamad
“Baju gambar ikan… kasut jenama pancing, kereta ada stiker pancing.”
Taib Azizan
“Bersikap low profile sahaja, janji bila orang tanya bab ikan, port, barang pancing, boleh cerita…!”
Khairul Izuan
“Dah terpancar ciri2 seorang pemancing…. hahahahaha.”
Izhar Nasir
“Tangan hitam… badan putih… kahkahkah!”
Encik Sam
“Parut kat muka/tangan bekas kena gewang… haha.”
Jashaniesyam Salleh
“Anting-anting guna gewang… tak pun kalau kat kedai kopi ada aksi mengarau mesin sambil bercakap dengan kawan-kawannya… begitu la nak tau seseseorg tu kaki pancing.”
J’lo Engin
“Asal plan cuti je mesti nak ada tempat mancing, jumpa membr mesti ada cerita port mancing.”
Lusmays Demahom
“Identiti pemancing ialah meathunter. Taruk gambar ikan bersusun dalam fb memasing… Larikkk!”
Buhaimi Jahilan
“Asal turun pi kedai… mesti pi kedai pancing dulu… kekeke.”
Joel Van Oel
“Takleh nak tipu dah… berkawan pun dengan kaki ngail jer!”
Sayur Keladi
“Seorang kaki pancing pantang nampak parit, sungai, lombong… Berhenti kejap survey sambil isap rokok dan muke sengih2.”
Nomin NY
“Nampak longkang pun mesti kena tengok ada ikan ke tak… hahah.”
Amirul Irfan
“Paling sonang yoo… kulit gelap and rentonggg… kompommm.”
Tam Bangau
“Mostly dari luaran sahaja dah nampak pengaruh memancing, contohnya memakai baju topi jenama reel, rod, lure seperti daiwa, shimano, rapala…”
Eppy Haris
“Salah satu identiti saya adalah baju group mancing… selalu pakai ketika mancing atau masa minum2 bersama kawan di kedai.”
Memandangkan aktiviti memancing ketika ini sangat meluas kepelbagaian tekniknya, maka setiap pemancing pasti mempunyai minat dan kecenderungan tersendiri.
Daripada memancing dasar secara tradisional sehinggalah kepada pancingan konvensional lain, setiap satu daripadanya mempunyai sensasi yang tersendiri.
Biasaya, bagi seorang kaki pancing bila sudah terkena ‘karen’ mengilat atau casting terus jadi kaki casting, yang bottom jadi kaki bottom, yang minat kolam jadi kaki kolam dan lain-lain lagi, termasuklah yang pemancing cari makan (cari ikan untuk jual).
Bercakap perihal kaki pancing sebegini, personaliti kali ini bukan calang-calang orang juga, bukan setakat kaki fly, malah boleh dikira sifu!
FLY-CASTER DARI PULAU MUTIARA
Nick Ooi bukanlah nama asing di kalangan peminat pancingan layang atau fly fishing, malah namanya juga dikenali di rantau Asia Tenggara. Kecintaannya terhadap aktiviti memancing terutama fly fishing amat mendalam bagi anak kelahiran Pulau Pinang berumur 63 tahun ini.
Minatnya terhadap dunia memancing dapat dilihat dengan keterlibatannya dalam aktiviti memancing sejak kecil lagi. Sehingga kini, bapa kepada tiga orang anak ini menjadi pemilik kedai pancing Tacklebox Adventures lantas menunjukkan dedikasinya terhadap dunia memancing tidak pernah pudar.
JATUH CINTA PADA FLY FISHING
Berkongsi cerita tentang keterlibatannya dalam arena pancingan layang, Nick Ooi mula mengenali teknik pancingan layang menerusi seorang rakannya dari United Kingdom sekitar tahun 2000.
Tertarik dengan teknik ini, dia bersama beberapa rakannya mula mencuba pancingan layang di lombong dan kolam di sekitar Selangor memancing spesies chiclid.
Kemudiannya, dia mencuba pula di tasik-tasik utama di Malaysia seperti Tasik Kenyir dan Royal Belum sehinggalah ke Maldives sebelum mula menulis perihal pancingan layang dalam sebuah majalah tanah air. Sedar tidak sedar, secara tidak langsung semakin ramai individu yang mula berjinak dalam pancingan layang.
Selain itu, Nick kini telah pun memiliki tauliah FFF (Federation of Fly Fishers) Casting Instructor. Dia banyak mengajar dan menguruskan trip pancingan layang dalam dan luar negara.
Nick juga mempunyai kepakaran dalam bidang entomologi dan ini membantunya dalam mencipta dry flies untuk perairan Malaysia. Antara rekaan terbaiknya sepanjang lebih 10 tahun ini termasuklah Woolly Bugger dan split tail.
MOMEN SEPANJANG MENJADI FLY CASTER
Menjawab mengenai spesies tempatan terbaik menggunakan kaedah pancingan layang, Nick mengatakan yang dia gemarkan spesies sebarau di Royal Belum. Baginya, menggunakan set pancingan layang melayan larian sang sebarau cukup mengasyikkan.
Dia juga menambah, teknik pancingan layang mempunyai keunikan dan tarikan tersendiri. Malah baginya juga, teknik ini memberi kelebihan kerana dengan teknik yang betul, umpan atau dry flies hampir menyerupai serangga semula jadi.
Bagi Nick sendiri, pendedahan pancingan layang atau fly fishing di Malaysia adalah sekitar 15% hingga 20% sahaja. Oleh sebab itu, dia cuba untuk mempopularkan lagi teknik ini di Malaysia.
Kedai pancingnya juga memberi fokus kepada pancingan layang malah setiap Sabtu, dia turut mengadakan bengkel atau kelas pancingan layang secara percuma berhampiran kedainya di Subang Jaya.
Melihatkan ketekunan dan dedikasi berterusan yang disumbangkannya terhadap pengembangan aktiviti pancingan layang, memang wajar dia digelar sifu!
Profil ringkas
Nama : Nick Ooi
Umur: 63 Tahun
Asal : Pulau Pinang
Jenama pilihan: Sage dan Winston
Spesies ikan pilihan: Sebarau (Malaysia), Bonefish (Maldives), Taimen (Mongolia)
UMPAN: Ceritakan sedikit sejak bila memancing dan kenapa memilih hobi ini?
ROSDI: Saya memancing sejak dari zaman sekolah rendah lagi. Tapi zaman itu belum guna joran kekili lagi. Cuma guna serek (koyan) tin susu je. Tak kenal lagi joran dan reel.
Arwah ayah saya dulu seorang nelayan dan selalu ikut beliau pergi memancing. Jadi, dari situlah timbul hobi memancing ni.
UMPAN: Sejak bila terlibat dengan pancingan muara (ikan kuku)?
ROSDI: Saya mula aktif dengan pancingan muara ni sejak 7 tahun lepas. Kira masih baru lagi dengan dunia pancingan muara ni. Sejak itulah saya baru kenal dengan ikan kuku.
Pertama kali menaikkan ikan kuku ni saya terus jatuh hati padanya. Selepas itu saya terus mensasarkan ikan kuku sebagai ikan target apabila turun memancing di muara dan kuala sungai ini.
UMPAN: Apa rintangan dalam pancingan ikan kuku dan harapan dalam meneruskan hobi ini?
ROSDI: Banyak sebenarnya rintangan untuk memancing ikan kuku. Ia banyak berkait dengan cuaca dan faktor air. Contohnya bila air laut jernih, ikan kuku susah nak dipancing.
Ia juga tidak boleh dipancing pada setiap masa. Hanya pada waktu tertentu saja ia akan muncul dan pada waktu lain tidak tahu ke mana menghilang.
Selain itu keadaan di kawasan pancingan juga mencabar. Berpanas dan meniti kawasan berbatu untuk mencari port ikan kuku contohnya satu cabaran yang besar.
Harapan saya tentulah untuk melihat lebih banyak port memancing ikan kuku dibina seperti contoh benteng pemecah ombak.
Benteng pemecah ombak merupakan lokasi terbaik untuk memancing ikan kuku.
UMPAN: Pengalaman memancing yang manis / pahit sepanjang hobi ini?
ROSDI: Pengalaman manis ialah ketika memancing ketika ikan aktif memakan umpan dan mendapat tangkapan yang besar besar dan banyak.
Pahit tentulah ketika terpaksa pulang dengan tangan kosong atau biasa disebut orang sebagai kumpau.
UMPAN: Sekiranya saya berminat untuk memancing ikan kuku, apakah peralatan yang perlu saya ada?
ROSDI: Peralatan untuk memancing ikan kuku ni set pancingan ringan panjang 5’6″, 2-8 lb. Reel saiz 4000. Tali ibu tangsi 25 lb, swivel saiz 8, batu ladung hidup saiz 9 gram, perambut flourocarbon 15lb dan mata kail chinu saiz 5 VMC.
UMPAN: Apakah kriteria yang perlu ada untuk menjadi seorang pemancing tebing (muara)?
ROSDI: Kriteria yang perlu ada ialah tidak mudah berputus asa. Tegar… dan ada ilmu untuk memancing ikan yang hendak dipancing.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...