Memancing menggunakan sabiki rig biasanya merujuk kepada proses mencari umpan ikan hidup. Atau kominiti pemancing lebih senang menyebutnya sebagai pancingan apollo. Malahan teknik ini bukan sekadar untuk memancing ikan umpan saja tetapi juga boleh digunakan untuk memancing ikan pelagik seperti cencaru, kembung atau selar.
Sepanjang menggunakan apollo ini, pernah tak korang berhadapan dengan situasi di mana selepas satu atau dua kali menggunakan apollo dan terpaksa tukar apollo yang lain kerana ia sudah berpintal atau berbelit antara satu mata dengan mata yang lain.
Kalau stok apollo masih banyak tak mengapalah, tapi bagaimana kalau stok tak banyak? Nak betulkan apollo yang berbelit bukan saja menyusahkan malah turut memakan masa. Sedangkan waktu itu sangat berharga. Tau tak anda kenapa ia boleh terjadi dan bagaimana untuk mengatasinya?
Kenapa terjadi?
Apabila ikan tersangkut pada mata kail apollo, tidak mengira berapa jumlah ikan yang tersangkut, mereka akan berusaha untuk melepaskan diri dengan aksi renangan yang sekuat tenaga dan mengelirukan.
Sama ada berenang ke atas, ke tepi atau ke bawah. Hal ini pasti lebih bercelaru sekiranya ikan yang bersaiz kasar dan banyak yang tersangkut pada mata apollo. Ia lebih mudah menyebabkan mata apollo berpintal sesama sendiri.
Bagaimana untuk mengatasinya?
Apabila ada ikan yang tersangkut pada apollo, pastikan kayuhan dilakukan tanpa berlengah. Jangan tunggu sehingga kesemua mata apollo terkena ikan baru nak kayuh.
Ini akan menyebabkan ikan berenang bebas dah berbelit pada mata kail. Kayuhan yang dilakukan pula haruslah lebih laju dari renangan ikan.
Tip kedua pula pastikan batu ladung yang digunakan agak berat yang tidak mengizinkan ikan berkemampuan berenang ke atas sehingga membawa batu ladung tersebut. Jika ini berlaku maka ia berpintal dengan mata apollo di bahagian atas pula.
Satu lagi tipnya ialah ketika kita menaikkan apollo ke atas bot, elakkan dari meletakkan keseluruhan apollo tersebut di atas lantai bot kerana pergerakan ikan dengan mudah akan membuatkan apollo bersimpul.
Cara terbaik ialah, sentiasa tegangkan apollo dengan memastikan hanya batu ladung yang diletakkan di atas lantai bot dan apollo diangkat supaya tegang. Untuk lebih cepat, seeloknya sesi mengunjun apollo ini dilakukan berkumpulan 2 orang. Seorang mengunjun dan seorang lagi mencabut mata kail apollo dari mulut ikan.
Saya nak tanya beberapa soalan mengenai teknik jigging. Saya ni baru nak berkecimpung dalam speed jigging. Nak mintak tips sikit teknik nak mengarau dan memilih bentuk jig dan mata kail yang sesuai untuk memburu ikan pelagik. Jig apa yang sesuai untuk air dalam kedalaman 20 hingga 30 meter?
JAWAPAN:
Speed jigging merupakan salah satu penggayaan dalam teknik jigging. Ia lebih merujuk kepada gaya karauan berkepantasan tinggi. Dalam penggayaan ini, jig dimainkan seumpama gerakan ikan-ikan pelagik bagi memperdaya ikan-ikan predator perenang pantas terutamanya tenggiri.
Kunci utama dalam penggayaan speed jigging ini terletak kepada kekili dan juga jig. Kedua-dua jenis kekili iaitu kekili menegak dan mendatar boleh digunakan. Namun kekili mendatar dengan gear ratio berkelajuan tinggi (ratio 6:1 dan ke atas) adalah lebih praktikal. Nisbah gear yang lebih rendah akan menyebabkan pemancing dahulu keletihan mengarau sebelum memperoleh hasil.
Selain karauan laju, aksi joran juga perlu dimainkan sedikit bagi mempengaruhi renangan jig agar tidak terlalu statik dan pegun. Karauan juga tidak seharus dilakukan berterusan tanpa henti. Seeloknya lakukan karauan pantas sekitar 10-20 pusingan sebelum berhenti sekitar 1-3 saat dan menyambung lari karauan.
Bentuk jig untuk teknik speed jigging haruslah jig yang nipis dan melonjong agar ia dapat membelah arus dengan baik. Jig yang melebar dan pendek pula akan menyebabkan banyak rintangan sekaligus membebankan pemancing. Saiz berat jig yang sesuai untuk kaedah ini sekitar 30-80gm.
Faktor kedalaman air tidak menjadi persoalan, sebaliknya faktor arus yang lebih mempengaruhi saiz jig yang perlu digunakan.
Ramai yang kurang faham penggunaan teknik `long exposure’ ketika mempelbagaikan teknik pengambilan gambar. Teknik ini bermaksud teknik khusus membuka shutter kamera dalam satu jangka masa yang lama. Ia akan menyerap masuk lebihan cahaya sehingga shutter tertutup. Ia dapat mengumpulkan detail hingga mampu menghasilkan efek yang luar biasa.
Teknik long exposure amat sesuai digunakan sewaktu persekitaran yang gelap terutamanya pada waktu malam. Ia menjadi lebih jelas sekiranya anda bermain dengan cahaya, gambar dan suasana yang sesuai untuk anda rakan seperti pergerakan lalu lintas di jalan raya, taman-taman hiburan seperti fun fare, light trail, pergerakan air sungai dan sebagainya.
Memotret teknik light trail
Tentukan objek yang akan dijadikan foreground, background, framing yang akan dimasukkan ke frame foto anda nanti. Tidak ada kamera khusus untuk mempraktikkan light trail atau lampu-lampu kenderaan pada waktu malam. Dalam gambar yang dirakam, persekitaran hendaklah dalam keadaan pegun dan hanya cahaya sahaja yang bergerak.
Prinsip memotret light trail atau mengambil gambar kenderaan pada malam hari ialah dengan menggunakan shutter speed perlahan. Ini adalah kerana ia digunakan untuk merakam alur cahaya yang dihasilkan lampu kenderaan yang sedang bergerak. Anda juga boleh menggunakan ISO rendah untuk mendapatkan foto yang tajam dan mengurangkan efek noise. Bermainlah dengan setingan aperture untuk mendapatkan Depth of Field atau ruang tajam yang diinginkan.
Antara aksesori yang diperlukan adalah tripod, filter ND untuk melihat perbezaan cahaya terang dan gelap, lens hood untuk mengurangi/menghindari flare yang berasal dari cahaya di sekitar kamera. Gunakan kabel release atau remote shutter bagi mengurangkan gegar atau kamera bergoyang pada saat gambar dirakamkan. Selain itu, anda juga boleh gunakan set timer pada kamera.
Tips memotret light trail
Waktu – Masa yang sesuai untuk memotret lampu-lampu kenderaan adalah di malam hari. Namun kita boleh mencubanya pada waktu senja atau pada saat langit masih memiliki cahaya yang berwarna jingga.
Lokasi – Kebiasaannya lokasi ideal merakam foto light trail adalah di kawasan tinggi seperti di atas jambatan, bangunan atau berada di sisi jalan.
Komposisi – Berlaku untuk semua foto dan ia adalah penting. Light trail perlu memiliki poin of interest. Gunakan teknik Rule of Thirds untuk mendapatkan foto light trail / lampu kenderaan yang menarik.
Kreatif – Gunakan imiginasi dan kreativiti anda. Potretlah dari pelbagai posisi untuk mendapatkan foto light trail yang luar biasa dan menarik.
Tip mudah
Teknik rakam light trail yang cantik. Bagi menghasilkan sinaran lampu dari kenderaan yang lalu-lalang seperti di lebuh raya, jalan raya, kita hendaklah menggunakan teknik long exposure. Seeloknya gunakan tripod dan tempatkan kamera agar mendapat keseluruhan pandangan dari kawasan jambatan.
Gunakan apeture kecil sekitar f/16 atau lebih kecil lagi untuk mendapatkan depth of field yang dalam dan fokus yang merata. Semakin lama exposurenya, semakin banyak garis cahaya yang akan muncul dan semakin panjang garisan dapat dihasilkan.
Menghasilkan air sungai bergaris halus
Bagi merakam air yang mengalir seperti di laut atau sungai, gunakan teknik fotografi malam – letakkan kamera di tripod, gunakan lensa wide angle dengan bukaan aperture terkecil dan gunakan fokus infiniti.
Pindahkan mode kamera ke manual atau bulb, lalu gunakan shutter speed pelan (5-30 saat). Semakin lama exposurenya, semakin berkabut tampilan airnya. Gunakan self-timer atau remote untuk mengambil foto tanpa blur. Jangan gunakan flash, kerana ia akan memberi efek pada foto yang kurang menarik.
Menentukan exposure
Exposure pada foto yang diambil pada waktu malam berlainan atas beberapa faktor. Jika terdapat ambient light maka shutter speed akan lebih singkat. Jika anda memotret di suatu tempat yang sangat gelap, maka shutter speed harus lebih lama. Untuk menangkap efek jejak cahaya perlu shutter speed setidak-tidaknya 1/15 saat, anda hendaklah menggunakan tripod. Semakin banyak kamu berlatih, semakin peka mata anda pada exposure yang anda perlukan, semakin jelas efek yang anda hasilkan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...