Bagi yang menghidap masalah darah tinggi, memakan ikan ini dapat menurunkan tekanan darah tinggi anda. Sementara yang masih sihat itu sebelum terlambat maka mulalah pengambilan khasiat ikan lais.
Mengubati anemia
Bagi yang belum mengetahui, anemia adalah kondisi di mana seseorang kekurangan darah. Dengan pengambilan ikan lais ini ia juga dapat mengurangkan atau menghilangkan masalah anemia dengan pengambilan rutin yang teratur.
Tumbesaran sempurna bayi
IKLAN
Disebabkan kandungan dari ikan lais yang banyak mengandungi forsor, omega 3, kalsium, zat besi serta protein, ia amat bagus bagi seorang ibu hamil agar pertumbuhan bayi yang optimum di dalam kandungan.
Pencernaan lancar
Pengambilan khasiat ikan lais juga dapat melancarkan sistem pencernaan badan. Badan dapat menghadam khasiat ikan ini dengan begitu baik sekali.
IKLAN
Rendah lemak
Memandangkan ia mengandungi rendah lemak, maka dengan pengambilan sebanyak mana pun ikan ini ia tidak akan membuatkan anda menjadi gemuk.
Mencegah koroner jantung
Kandungan omega 3 yang dimiliki oleh ikan lais ini dapat mencegah dari penyakit coroner jantung.
IKLAN
Meningkatkan kecerdasan
Memakan ikan ini dapat mempercepatkan pertumbuhan dan meningkatkan kecerdasan. Jadi, makanlah lebih kerap untuk kecerdasan yang berganda.
Menurunkan kolesterol
Disebabkan mengandungi omega 3 dan rendah lemak, ia sangat bagus diambil oleh pesakit kolesterol tinggi. Pengambilan yang sempurna bukan saja mencegah kolesterol malah dapat mengurangkannya juga.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Cotton’s Topwater dibuat oleh Cotton Layfield dari Texas dan gewang ini mempunyai pedal pengayuh yang unik untuk mengayuh jika berada di atas kawasan yang mempunyai rumput atau samai.
Pada bahagian mata kail pula dilengkapi dengan bulu daripada skunk yang membuatkan gewang ini beraksi baik di atas permukaan.
Bite-Em Bate
Bite-Em Bate atau gelaran pendeknya Bates merupakan antara gewang antik paling berwarna-warni dan sofistikated.
Pengeluarannya dalam jangka masa yang singkat iaitu sekitar 1917 hingga pertengahan 1920, gewang ini merupakan gewang kayu yang berputar pada paksinya selain dilengkapi mata kail yang agak unik.
Clyde Hoage
Gewang ini dibuat pada tahun 1930-an di Minnesota dan merupakan sebuah gewang yang dibuat menggunakan mesin.
Gewang ini mempunyai sirip sesudu seakan sirip pektoral. Gewang ini diingati kerana disiapkan pada kayu asal tanpa diwarnakan selain kotak asal gewang ini yang sukar ditemui.
Bass Oreno
Gewang Bass Oreno yang terkenal ini dibuat oleh South Bend Bait Co. Sekitar tahun 1916 dan masih boleh didapati hingga hari ini.
Terdapat lebih 400 Bass Oreno pelbagai saiz, warna dan kemasan mata hari ini. Gewang ini juga terbukti mampu menggoda pelbagai spesies ikan bass.
Long Island Flasher
Di buat sekitar tahun 1930-an oleh Long Island Manufacturing Co., Long Island Flasher dikatakan dibuat dengan paten dan kemasan yang menggunakan bahan asal daripada sisik ikan bagi menghasilkan kilatan yang sebenar.
The Fish Nipple
Ini merupakan antara gewang yang agak pelik dihasilkan oleh Moonlight Bait Co. dari Michigan.
Seperti namanya, material gewang ini juga agak unik kerana diperbuat daripada getah yang dilengkapi dengan batu ladung serta bulu daripada kuda.
Mungkin antara gewang paling pelik ketika itu dan kerana itu juga, gewang ini menjadi carian kepada para pengumpul hari ini selepas gewang kayu.
Spoonplug
Buck’s Bait menghasilkan gewang Spoonplug sekitar tahun 1945 dan dipasarkan oleh Elwood “Buck” Perry.
Beliau merupakan genius pemasaran dengan mengembara ke beberapa buah negara dan membuat seminar dan buku cara menggunakan gewang ini.
Gewang besi ini dihasilkan dalam pelbagai pilihan warna dan saiz.
Miller’s Reversible
Dilengkapi dengan sepasang propeller yang mempunyai 8 bilah setiap satu, Miller’s Reversible mampu menghasilkan kocakan air yang sangat besar dan menarik perhatian.
Gewang klasik ini dibuat pada tahun 1914 oleh Union Springs Specialty Co. dari New York.
Vann-Clay Retrievable Minnow
Dicipta oleh Thelma H. Clay pada lewat 1920-an, gewang klasik ini mempunyai inovasi tersendiri.
Gewang ini mempunyai spring dalaman yang membolehkannya melonjak bahagian kepalanya daripada badan setika dihentam oleh ikan dan boleh dicantumkan kembali.
Kurz Buck Skin
Kurz Buck Skin merupakan sebuah gewang dengan kemasan warna daripada tangan.
Dibuat pada tahun 1936 oleh Kurz Brother Company, gewang ini hampir menyerupai seekor ikan. Jika digunakan dan selepas dihentam beberapa kali, gewang ini akan lusuh seakan barang permainan yang lama.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikan jenahak merupakan spesies ikan air masin yang menjadi sasaran utama kaki pancing di negara kita. Apatah lagi ia boleh dipancing dengan pelbagai teknik seperti pancingan dasar dan unjunan jig besi.
Kebiasaannya, beberapa faktor berikut perlu ditekankan sebelum memancing Jenahak. Namun, tip yang terbaik sebenarnya adalah merujuk kepada tekong-tekong kawasan yang ingin dipancing. Ini kerana setiap lokaliti mempunyai sebab-sebabnya yang tersendiri yang berlainan dengan lain tempat Tentu saja orang yang memahami perkara penting ini adalah para tekong setempat.
Antara faktor yang perlu diketahui ialah lokasi persembunyian atau spot kegemaran jenahak mengendap mangsa. Lazimnya spot yang menjadi kegemaran jenahak ialah kawasan lubang, kawasan berbatu atau alur (paloh). Walaupun kawasan tersebut sudah banyak mendaratkan hasil, ia akan terus dihuni oleh jenahak yang lain pula.
Faktor seterusnya ialah kelajuan arus. Faktor air mati atau besar turut mempengaruhi keaktifan jenahak untuk mencari makanan. Begitu juga dengan faktor kejernihan air. Lazimnya jenahak lebih menyukai keadaan air yang tidak terlalu keruh dan tidak pula terlalu jernih.
Seterusnya ialah faktor suhu air. Jika kita perhatikan ketika musim hujan yang berpanjangan, hasil tangkapan jenahak agak berkurangan kerana dipengaruhi oleh faktor suhu air yang sejuk. Begitu juga dengan tahap kemasinan air. Aliran air tawar akibat limpahan air sungai dari pedalaman ke muara sedikit sebanyak mempengaruhi keaktifan jenahak.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Sebut sahaja elemen yang menjadi obsesi kepada kaki pancing, hampir semuanya ada pada spesies haruan.
Daripada elemen keterujaan apabila deburan sambaran kail, sifat karnivor dan agresif ikan ini mahupun kemampuan mengembalikan nostalgia lama, ikan haruan tidak dapat disangkal merupakan spesies kebanggaan pemancing di Malaysia.
Boleh dikatakan lebih separuh dari kaki pancing Malaysia, khususnya geng casting bermula dengan tangkapan ikan ini.
Tidak hairanlah spesies haruan memang cukup dikenali oleh kaki pancing di Malaysia tak kira yang bergelar otai atau yang baharu setahun jagung.
Kata orang kalau tak kenal spesies haruan ni, boleh bikin malu. Sedangkan yang bukan kaki pancing pun kenal akan spesies berkepala ular ini, lagikan kita yang hari-hari mengail.
Pancingan ikan haruan mampu membuatkan kaki pancing menjadi gian dek kerana kejutan hentaman pada umpan atau gewang.
Kaki pancing memang mengakui pancingan spesies snakehead ini mempunyai tarikannya tersendiri.
Spesies haruan juga merupakan spesies ikan pemangsa dan tarikan agresifnya secara tiba-tiba cukup membuatkan jantung anda berdebar-debar.
Terdapat dua cara pancingan haruan yang popular iaitu menggunakan umpan tiruan atau pun umpan hidup.
Bagi istilah umpan hidup, umpan yang popular digunakan ialah katak, anak ikan, cicak, cacing, udang sungai atau cengkerik. Katak merupakan umpan semula jadi yang paling popular.
Penggunaan katak boleh dilakukan dengan teknik merendam, unjunan atau pun mengilat.
Selain itu banyak teknik pancingan menggunakan umpan semula jadi boleh digunakan untuk pancingan haruan.
Antaranya ialah teknik pelampung, rawai, taut dan juga tajur yang merupakan antara teknik tradisional yang popular.
Tetapi bagi kaki casting tegar, teknik mengilat menggunakan umpan tiruan paling diminati. Sebab itulah muncul pelbagai jenis, rupa, bentuk, nama, istilah dan variasi umpan jenis ini sama ada diperbuat daripada kayu, getah, plastik dan sebagainya.
Contohnya, katak rambutan, spinnerbait atau janggut, jump frog, katak getak, gewang minnow, gewang permukaan, soft plastic dan sesudu antara gewang tiruan yang boleh
digunakan untuk menjerat ikan haruan. Ini menunjukkan haruan memang merupakan spesies yang tidak memilih gewang malah hampir kebanyakan gewang mampu menaikkan spesies ini.
Mengilat atau casting haruan agak mudah kerana haruan gemar kepada benda bergerak. Namun, sekiranya anda menemui spot yang dikenal pasti ada haruan tetapi tiada sebarang aksi sambaran, tip berikut boleh dicuba.
1. Lontar gewang dan buatlah karauan laju tiga hingga empat kali. Kemudian ubah kepada karau perlahan sambil melakukan henjutan pada gewang secara perlahan.
2. Sekiranya menggunakan jump frog atau soft frog, selang-seli kadar karauan sambil mengenjut gewang yang digunakan.
3. Lakukan karauan perlahan kemudian berhenti dan biarkan gewang pegun seketika. Kemudian lakukan henjutan dan teruskan dengan karauan perlahan.
4. Jika masih tiada sambaran, tukar pula gewang atau soft frog aksi tenggelam. Karau perlahan-lahan disulami henjutan kecil.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...