Umpan Minyak Serai (VIDEO)!!

Share

 

Kira-kira 2-3 tiga tahun lalu, penggunaan minyak serai dalam penghasilan umpan memancing (kolam pancing air tawar), pernah menjadi satu fenomena.

Berasaskan minyak sawit dan adunan serai, aroma unik minyak serai ini menjadikan ia penarik baru bagi menjinakkan ikan air tawar kolam komersial khususnya patin dan tongsan sisik halus.

 

Team Umpan agak bernasib baik kerana sempat juga merekod dan merakam umpan yang dihasilkan berasaskan minyak serai ini sebelum ia menyepi dari dunia pancingan kolam buat seketika.

 

BAHAN-BAHAN KEPERLUAN:

 

Minyak serai

Tepung gandum

Pes pandan/strawberi

Keropok jagung

 

LANGKAH 1

 

Masukkan kira-kira ½ kg tepung gandum (setting untuk ½ kg) ke dalam bekas adunan atau tong umpan.

 

LANGKAH 2

 

Masukkan sedikit demi sedikit minyak serai dan gaul adunan.

 

LANGKAH 3

 

Sebaiknya dapatkan adunan yang tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik dan ia sudah boleh digunakan.

 

LANGKAH 4

 

 

Masukkan 2-3 penutup pes pandan ke adunan dan gaul hingga sekata.

 

LANGKAH 5

 

 

Apabila memasukkan pes, adunan akan menjadi kental atau keras. Masukkan lagi minyak dan gaul bagi mendapatkan adunan yang tepat.

 

LANGKAH 6

 

 

Cucuk mata kail (perambut Y) dengan keropok jagung atau jajan memenuhi mata kail.

 

LANGKAH 7

 

 

Ambil sedikit adunan sebesar ibu jari dan kepalkan mata kail. Kepal dengan kemas agar ia betul-betul melekat.

 

LANGKAH 8

 

Umpan yang sedia untuk dibaling ke lubuk. Sebaiknya gunakan teknik tanam batu mati bila menggunakan umpan tepung ini.

 

(saksikan video penyediaan umpan ini dengan cara klik link di bawah ini)

 

IKLAN