On the way ke kolam pancing, singgahlah mana-mana kedai runcit untuk dapatkan roti kentang atau lebih senang disebut roti potato di kalangan pemancing.
Seterusnya singgah di mana-mana gerai yang menjual air kelapa muda dan mintalah sebijik kelapa yang manis airnya.
Hanya dengan bahan-bahan itu, anda sudah boleh menyediakan umpan untuk memancing di kolam, terutamanya untuk pancing ikan patin.
Bahan-Bahan:
Sebiji kelapa muda (air manis)
Ads
Pes strawberi
Roti kentang (dipotong dadu)
Cara Penyediaan:
Ads
Langkah 1
Tuangkan 1 atau 2 penutup botol pes strawberi ke dalam secawan air kelapa.
Ads
Langkah 2
Tuangkan campuran air kelapa dan pes strawberi ke dalam botol spray.
Langkah 3
Semburkan ke atas roti sehingga basah dan sekata dan ia sudah boleh digunakan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Bujuk merupakan jenis pembangkai. Anda tidak perlu bersusah payah memikirkan umpan apa yang sesuai. Sama ada umpan hidup atau umpan mati boleh dipakai. Kalau nak nak pakai gewang, gunalah gewang replika yang menyerupai sifat diet utamanya.
Habitatnya di kawasan air sedikit berarus. Dalam erti kata lain, peluang untuk memperoleh bujuk di kolam atau lombong yang tidak bersambung dengan sistem sungai amat tipis sekali. Begitu juga di kawasan jeram yang laju arusnya.
Habitat liar bujuk sememangnya mengelirukan. Jangan cepat terpedaya dengan parit kecil yang kelihatan seperti tak berpenghuni. Kebanyakan bujuk menghuni sungai atau parit yang dasarnya bertunggul, longgokan daunan, berlumut dan berair sejuk.
Air tanah gambut
Air yang berwarna gelap bukanlah bermakna kualiti air itu kotor atau kurang oksigen seperti air longkang. Paya tanah gambut yang lazim airnya berwarna hitam gelap jarang tidak dihuni oleh bujuk.
Kawasan redup
Jika anda menemui lokasi sebagaimana yang digambarkan, jangan sesegan untuk melontar umpan ke kawasan tersebut. Bujuk dipercayai gemar berlegar sekitar kawasan redup atau di bawah naungan pokok rimbun untuk memburu mangsanya.
Cepat mati
Walaupun kelihatan lasak dan tinggal di habitat mencabar tetapi apabila terkena mata kail, ikan bujuk cepat tertekan dan mudah mati. Daripada membiarkan ia mati secara perlahan-lahan selepas terkena mata kail maka lebih baik ia dibawa pulang dan dimasak.
Boleh menyerang manusia jika terdesak. Walaupun belum ada kes tetapi tidak perlulah menciptanya semata-mata untuk membuktikan ia sememangnya betul.
Perubahan warna.
Rasa-rasanya inilah fakta yang paling penting. Bukan ikan bujuk saja, ikan-ikan lain pun turut dipengaruhi oleh persekitaran terutamanya faktor air. Atas sebab itulah anda akan melihat warna badan ikan bujuk sedikit berbeza di lain-lain tempat.
Tidak dinafikan apabila hendak memancing spesies pemangsa bergigi tajam seperti tenggiri, penggunaan perambut dawai adalah kemestian bagi menjamin tenggiri tersebut berjaya ditewaskan. Bagi mengikat mata kail pada perambut dawai anda boleh rujuk di Portal UMPAN dalam segmen DIY.
Sementara untuk menentukan berapa jumlah mata kail yang perlu diikat pada perambut dawai pula bergantung kepada saiz umpan yang ingin digunakan. Sekiranya umpan kecil, satu mata kail sahaja sudah memadai. Namun saiz kebanyakan ikan umpan pelaling, sebaiknya guna 2 hingga 3 mata kail.
Sekiranya anda ingin melakukan teknik casting umpan ikan kembung maka sebaiknya gunalah perambut dawai tiga mata kail. Apa yang penting ialah pastikan jarak ketiga-tiga mata kail tidak boleh lebih panjang daripada umpan.
Panjang perambut dawai untuk casting tenggiri sebaiknya tidak terlalu panjang dan tidak pula terlalu pendek. Perambut yang terlalu panjang akan menyulitkan untuk melakukan casting dan akan merencatkan aksi renangan umpan. Sementara perambut yang terlalu pendek pula terdedah kepada risiko sambaran terkena pada tali utama dan putus.
Jadi, saya menyarankan maksimum perambut dawai tidak lebih dari sekaki panjang diikat bersama tiga bentuk mata kail saiz 3/0.
Alat penyelamat gewang atau Lure retriever merupakan aksesori memancing ini banyak terdapat di kedai-kedai pancing dan harganya pun tidaklah semahal mana. Tapi, sekiranya korang yang kreatif, bertangan seni dan gemar bertukang, tidak salahnya jika ingin menghasilkan sendiri penyelamat gewang.
Alatan Keperluan:
2 biji batu ladung buah kana saiz 6 (Untuk lebih berat, boleh
gantikan batu ladung bersaiz besar).
Tali sulam 80lb
Dawai lembut & dawai keras
Playar
Marker pen.
Cara Nak Buat:
Tutorial 1
Tanggalkan klip pada dawai keras. Jangan dibuang, akan guna semula. Potong klip berkenaan (rujuk anak panah).
Tutorial 2
Gunakan dawai lembut untuk bina model terlebih dahulu.
Tutorial 3
Selepas reka bentuk siap, barulah gunakan dawai keras mengikut model yang telah dibuat. Gunakan marker pen sebagai tanda bahagian dawai yang perlu dibengkokkan.
Tutorial 4
Masukkan sebiji batu ladung pada kaki pendek.
Tutorial 5
Masukkan batu ladung yang satu lagi pada kaki dawai panjang & lipat dawai ikut yang telah ditandakan.
Tutorial 6
Betulkan kedudukan dawai yang melintang & cantumkan.
Tutorial 7
Tiruskan sedikit pada bahagian muncung (rujuk anak panah).
Tutorial 8
Dan sekali lagi di bahagian tengah.
Tutorial 9
Lipat hujung untuk dibuat cangkuk.
Tutorial 10
Ikat penyambung & batu ladung dengan braided supaya lebih kejap.
Tutorial 11
Ambil klip yang dipotong tadi, buang lebihan dawai & bentukan balik gelung tersebut. Boleh juga digunakan untuk ganti klip swivel.
Tutorial 12
Ikat klip pada pangkal penyelamat gewang dengan tali braided.
Tutorial 13
Aplikasi penyelamat gewang. Sambungkannya dengan tali yang panjang & kuat. Sangkutkan klip & hujungnya pada tali pancing.
Tutorial 14
Penyelamat gewang telah pun siap & sedia untuk diuji.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...