Pancingan apollo biasanya merujuk kepada proses mencari umpan ikan hidup dengan menggunakan perambut sabiki. Malah ia bukan sekadar untuk memancing ikan umpan saja tetapi juga boleh digunakan untuk memancing ikan pelagik seperti cencaru, kembung atau selar.

 

Sepanjang menggunakan apollo ini, pernah tak korang berhadapan dengan situasi di mana selepas satu atau dua kali menggunakan apollo dan terpaksa tukar apollo yang lain kerana ia sudah berpintal atau berbelit antara satu mata dengan mata yang lain.

 

Kalau stok apollo masih banyak tak mengapalah, tapi bagaimana kalau stok tak banyak? Nak betulkan apollo yang berbelit bukan saja menyusahkan malah turut memakan masa.

Sedangkan waktu itu sangat berharga. Tau tak anda kenapa ia boleh terjadi dan bagaimana untuk mengatasinya?

 

Kenapa terjadi?

IKLAN

Apabila ikan tersangkut pada mata kail apollo, tidak mengira berapa jumlah ikan yang tersangkut, mereka akan berusaha untuk melepaskan diri dengan aksi renangan yang sekuat tenaga dan mengelirukan.

 

Sama ada berenang ke atas, ke tepi atau ke bawah. Hal ini pasti lebih bercelaru sekiranya ikan yang bersaiz kasar dan banyak yang tersangkut pada mata apollo. Ia lebih mudah menyebabkan mata apollo berpintal sesama sendiri.

 

Bagaimana untuk mengatasinya?

Apabila ada ikan yang tersangkut pada apollo, pastikan kayuhan dilakukan tanpa berlengah. Jangan tunggu sehingga kesemua mata apollo terkena ikan baru nak kayuh.

IKLAN

Ini akan menyebabkan ikan berenang bebas dah berbelit pada mata kail. Kayuhan yang dilakukan pula haruslah lebih laju dari renangan ikan.

 

Tip kedua pula pastikan batu ladung yang digunakan agak berat yang tidak mengizinkan ikan berkemampuan berenang ke atas sehingga membawa batu ladung tersebut.
Jika ini berlaku maka ia berpintal dengan mata apoloo di bahagian atas pula.

 

Satu lagi tipnya ialah ketika kita menaikkan apollo ke atas bot, elakkan dari meletakkan keseluruhan apollo tersebut di atas lantai bot kerana pergerakan ikan dengan mudah akan membuatkan apollo bersimpul.

 

IKLAN

Cara terbaik ialah, sentiasa tegangkan apollo dengan memastikan hanya batu ladung yang diletakkan di atas lantai bot dan apollo diangkat supaya tegang.

Untuk lebih cepat, seeloknya sesi mengunjun apollo ini dilakukan berkumpulan 2 orang. Seorang mengunjun dan seorang lagi mencabut mata kail apollo dari mulut ikan.

 

baca juga Cara Apollo Ikan Tongkol

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI