Ia menjadi satu kemestian bagi semua pemancing bagi memastikan peralatan memancing diselenggara dengan sempurna. Tidak mengira padang pancing yang dilalui, kesemua peralatan pancing terutamanya rod dan reel perlu diselenggara sebaik saja ia digunakan. Jangan sesekali membiarkannya tersimpan begitu saja selepas digunakan.

 

Tutorial Penjagaan Alatan Pancing Kekal Sempurna

 

Tutorial Mencuci Rod & Reel

 

Tidak kira jika anda baru pulang dari laut atau sungai, sebaiknya cuci peralatan berkenaan dengan sabun mandian, syampu atau syampu kereta (elakkan mengguna sabun pencuci, apatah lagi bahan peluntur). Begitu juga dengan rod, pastikan anda bersihkan dan cuci pada bahagian pemegang dan juga setiap cincin.

 

Pastikan drag kekili diketatkan sebelum dicui dan dibilas. Ia bagi mengelakkan air memasuki bahagian dalam kekili (housing). Kemudian anda bolehlah cuci dan membilasnya dengan air paip. Sebaiknya jangan rendam di dalam air.

Ads

 

Tutorial Penjagaan Alatan Pancing Kekal Sempurna

 

Biarkan seketika sehingga kering. Lap menggunakan kain sekiranya terdapat lebihan air yang terkumpul. Apabila ianya kering, longgarkan kembali drag dan gunakan minyak seperti minyak gris, minyak kelapa atau minyak pelincir mesin jahit.

 

Setelah itu, longgarkan drag kekili atau beri ruang kelegaan kepada drag anda sebelum menyimpannya. Sila simpan di tempat yang tidak terdedah kepada habuk seperti dalam beg, kotak atau bungkus bungkus saja dalam beg plastik.

Ads

 

Tutorial Penjagaan Alatan Pancing Kekal Sempurna

 

Sekiranya tidak akan memancing bagi tempoh masa yang agak panjang, sebaiknya pisahkan joran dan kekili. Simpan joran dan kekili di tempat yang sesuai.

 

Menyimpan Gewang

Ads

Bagi kaki casting, sebaiknya, masukkan gewang yang telah anda gunakan terutama jika casting di laut di dalam baldi yang mengandungi air sabun. Bilas, dan jemur di bawah cahaya matahari di tempat yang selamat sehingga kering. Ia bertujuan mengelakkan swivel, mata tiga atau tunggal berkarat.

 

Tutorial Penjagaan Alatan Pancing Kekal Sempurna

 

Penjagaan Aksesori

 

Jika menggunakan playar mudah karat, ia hendaklah dicuci setiap kali selesai memancing. Semburkan WD-40 pada bahagian spring tengahnya. Gerakkan berulang kali sehingga karat keluar dari bahagian yang bergerak dan lap karat tersebut. Lakukan sehingga playar tersebut tidak ketat lagi atau telah lancar pergerakkannya.

 

Tutorial Penjagaan Alatan Pancing Kekal Sempurna

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI