Lazimnya togok didirikan berdekatan dengan lubuk yang berpotensi atau di tengah laluan ikan. Oleh kerana itu beberapa perkara perlu diambil tahu bagi membolehkan anda memancing dan pulang dengan hasil yang baik.
Udang hidup dan umpun ruat adalah umpan terbaik untuk menjerat penghuni di togok. Udang hidup dan ruat ini boleh diperoleh dari gerai atau kedai pancing dalam perjalanan ke jeti. Udang hidup dan ruat ini wajib ada jika turun ke togok.
Selain itu sediakan juga udang segar dan ikan tamban sebagai variasi. Kadang kala hasil di togok ini memang tidak terduga.
Ads
Udang segar tidak perlu dibeli, memadai beli udang hidup lebih sikit. Udang yang mati tu boleh dibuat umpan. Tamban pula boleh dipancing di kawasan togok tapi ada masanya susah juga nak jumpa tamban.
Ads
Gunakan lebih dari sebatang joran, sekurang-kurangnya gunalah 3 batang seorang. Jumlah joran tidak dikenakan caj. Pelbagaikan juga penggunaan umpan dan saiz mata kail kerana kita tidak tahu diet ikan hari itu.
Sediakan bekalan makanan dan minuman secukupnya kerana tiada peniaga makanan di atas togok. Memancing atas togok ni cepat lapar jadi tak seronok memancing kalau perut lapar.
Ads
Sediakan baju tambahan untuk pancingan bermalam kerana langit tidak selalunya cerah sepanjang masa. Elok juga bawa baju hujan sebagai persediaan. Atau setidak-tidak windbreaker untuk memanaskan badan.
Lebih elok dibawa bersama perangkap ketam atau bento. Ada masanya ketam menjadi juga di togok. Memang seronok kalau kena musim ketam di togok. Yang paling penting pilih tarikh berarus sederhana yang beza pasang surutnya tidak terlalu besar. Biasanya pada waktu ini pancingan lebih seronok dan hasilnya juga agak lumayan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Bagi kenderaan di darat penggunaan kilometer per jam adalah sinonim dipraktikkan di negara Asia dan kiraan jarak perbatuan di gunakan di negara Eropah. Namun kiraan batu nautika bagi kegunaan mengukur jarak dari satu lokasi ke satu lokasi bagi lautan adalah menggunakan jarak batu nautika atau knot mengikut kelajuan sesebuah pengangkutan air.
Ia turut digunakan oleh pengangkutan udara dan juga kegunaan ketenteraan bagi memberi koordinat sesuatu lokasi. Hubung kaitnya dengan soal hobi memancing adalah adakah kita mengambil tahu setiap jarak yang dilalui untuk menuju ke sesebuah lubuk?
Ramai yang tidak peka tentang jarak ini kerana bagi pemancing segalanya terletak di tangan tekong yang membawa bot.
Bagi pemancing yang peka dan bersikap mengambil tahu biasanya akan membuat sedikit kajian tentang keadaan cuaca, lubuk di sekitar lokasi pancingan dan membuat kajian dalam internet bagi sesuatu trip.
Penentuan jarak ini adalah bagi pergerakan yang lurus dan mungkin akan bertambah sekiranya pengangkutan seperti bot melencongmengelak ombak atau mengelak halangan ketika menuju ke sesebuah lubuk.
Bagaimana menentukan knot dan jarak batu nautika Biasanya bagi kenderaan darat seperti kereta dan motosikal akan mempunyai meter dan sentiasa berpusing mengikut putaran roda.
Bagi pergerakan di lautan pula penggunaan GPS yang merekodkan perjalanan dapat menentukan jarak batu nautika dari jeti ke lubuk memancing ataupun ke lautan lepas.
Kegunaan lain bagi jarak batu nautika ini adalah bagi tujuan keselamatan sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini.
Koordinat dan jarak perbatuan nautika ini amat membantu pasukan menyelamat untuk mencari jika bot ditimpa musibah.
Sama ada sotong hidup atau hirisan sotong segar, ia merupakan umpan terbaik jika anda memancing di laut dalam pada waktu malam.
Ini kerana selaput kulit badan sotong mampu menyerap dan membebaskan cahaya. Hasilnya ia akan menarik banyak pemangsa untuk membahamnya.
Namun untuk mendapatkan sotong hidup bukanlah mudah. Sebagai alternatif, anda masih boleh menggunakan sotong yang sudah mati tetapi masih segar.
Di sini kami berikan sedikit panduan bagaimana untuk memilih dan menyimpan sotong mati sebagai umpan.
Pilih sotong yang segar. Sotong yang masih segar biasanya memiliki mata hitam bergelang putih dan berkilat. Pilihlah badan sotong yang kelihatan bersinar umpama pelangi apabila dilihat dari sudut yang terkena biasan cahaya. Lihatlah badan sotong dari berbagai sudut untuk memerhati biasan cahaya.
Jika tidak ada sinaran saperti warna pelangi itu bermakna ia kurang efektif untuk dijadikan umpan. Jika masih ada sinar pelanginya itu bermakna sotong tersebut masih mempunyai pigmen yang berupaya untuk menyerap cahaya dan memantulnya kembali seperti luminous.
Sotong hendaklah disimpan dalam satu baris di dalam kotak atau tupperware. Jika sotong hendak diletakkan di dalam keadaan bertindan, sebaiknya anda letak kain lembut atau plastik di antara keduanya supaya tiada kesan tindanan di antara satu sama lain.
Badan sotong yang bertindanan akan menyebabkan ia cepat rosak. Kemudian simpan dalam peti sejuk.
Jika anda memancing pada waktu malam, sebelum umpan sotong dilabuhkan, sebaiknya suluh dulu umpan tersebut dengan lampu suluh anda dalam anggaran 30-45 saat. Jika ada lampu biru atau cahaya ultraviolet atau lampu LED lebih baik.
Pigmen pada badan sotong akan menyerap cahaya tersebut dan akan memancarkannya kembali di dalam air laut yg gelap. Ini akan membuatkan umpan kelihatan saperti sotong hidup yang dalam kesakitan.
Semua jenis sotong mempunyai pigmen tersebut, oleh itu pandai-pandailah anda memilih sotong untuk kegunaan pancingan anda.
Maldives atau nama rasminya Republik Maldives merupakan sebuah negara pulau di perairan Lautan Hindi. Terletak tidak jauh dari negara India atau sekitar 700kilometer ke barat Sri Lanka. Dari segi sejarahnya, nama Maldives dikatakan berasal dari perkataan ‘Malai teevu (Gunung Pulau atau Seribu Pulau) dalam bahasa Tamil, ‘Maladvipa’ (Susunan pulau-pulau) dalam bahasa Sanskrit.
Secara terperincinya pula, terdapat 26 terumbu karang besar atau atoll telah diwartakan sebagai wilayah yang mengandungi gugusan 1192 buah pulau. Tetapi hanya 200 buah pulau sahaja yang didiami penduduk iaitu kira-kira 300,000 orang. Pulau selebihnya terdiri daripada pulau percutian eksklusif yang dimiliki hotel-hotel antarabangsa, taman negara dan juga untuk pertanian.
Sektor pelancongan kini adalah penyumbang terbesar pertukaran mata wang asing dengan kunjungan pelancong mencecah 600,000 orang setahun. Menyedari alam semulajadinya dan hidupan marinnya mampu menjana ekonomi negara, kerajaan Maldives telah mengambil pendekatan drastik dengan menghadkan penggunaan jaring secara komersial oleh para nelayan.
Bahkan, pihak berkuasa di sana menentapkan tiga bulan (April-Julai) dalam setahun sebagai tempoh berehat dari sebarang aktiviti penangkapan ikan berstatus game fishing. Ia bagi memastikan stok-stok ikan besar sentiasa terpelihara. Tetapi tiada halangan untuk pemancing untuk tidak datang ke bulan ini, kerana pemancing biasanya tetap berpeluang merasai menaikkan ikan bersaiz besar walaupun hanya dari pesisir pantai.
Bagi kaki pancing di seluruh dunia, Maldives adalah lokasi dambaan yang sentiasa diidam-idamkan untuk dikunjungi. Malah, kaki pancing adalah pecahan pelancong kedua terbesar berkunjung ke sini, selain untuk bercuti atau berbulan madu.
Di perairan Maldives, apa sahaja ikan jenis sub tropika dari dari bersaiz kecil sehinggalah ikan bersaiz monster boleh ditemui.
Bayangkan, untuk mendapatkannya, tidak perlu pergi jauh-jauh sepertimana kita perlu memancing hingga di kawasan pelantar minyak untuk mendapatkan GT bersaiz bagak atau tuna sirip kuning 20 kg hanya cukup beberapa batu nautika dari pantai, atau mengelilingi atol dan juga terumbu karang boleh bertemu saiz begini.
Di sini, pelbagai pakej memancing boleh ditempah, sama ada memancing dan menginap terus dari kapal persiaran ataupun memancing sambil bermalam di chalet-chalet.
Bagi kaki fly, inilah lokasinya untuk beradu tenaga menguji kekuatan diri dan juga peralatan dengan spesies-spesies yang jarang didapati di negara seperti bonefish, GT, tarpon dari pantai.
Ikan lain seperti dorado, bluefin, dogtooth, redbass, aya budak, siakap, kerapu, tenggiri, wahoo, segala jenis marlin dan banyak lagi ikan yang mungkin belum pernah ditemui di Malaysia, boleh didapati di sini.
Mereka yang gemarkan kaedah pancingan jigging dan popping, pastinya GT monster, aji-aji, ruby snapper dan lain-lain lagi ikan menjadi sasaran utama mereka. Peralatan seperti rod, kekili yang cukup baik dan lasak menjadi taruhan sama ada berjaya atau tidak menaikkan spesies ini.
Tidak dinafikan kos memancing di luar negara memang tinggi, terutama dari segi perbelanjaan tiket kapal terbang, sewa bot, upah tekong, makan. Pendek kata, kos trip boleh cover trip dua atau tiga kali ke pelantar minyak. Tetapi ada baiknya survey dengan rapi dahulu sebelum mengadakan trip dan jalan terbaik adalah pergi secara berkumpulan kerana harga biasanya disertakan dengan pelbagai pakej.
Walaupun dianggap mahal sehingga mencecah lebih RM10,000, bagi kaki pancing yang inginkan pertarungan big game, usaha mencukupkan kewangan memang akan dilakukan bersungguh-sungguh asalkan dapat menjejakkan kaki ke salah satu lokasi memancing terbaik di dunia.
Ketika ini, sudah ramai kaki-kaki pancing dari Malaysia yang telah berjaya sampai ke sana. Apa yang penting, jika telah bersedia tahap kewangan, perlu sentiasa dapatkan info dari pihak tekong bilakah waktu dan lokasi yang paling sesuai untuk memancing di sana.
Profil Maldives
Ibu Negara: Male
Bahasa Rasmi: Bahasa Dhivehi
Keluasan: 298 km2 (115 batu persegi)
Penduduk: 309,000 (Bancian 2009)
Mata wang: Maldivian Rufi yaa (MVR)
Negara pulau batu karang dikenali sebagai mutiara timur.
Populasi sekitar 300,000 orang dengan gabungan etnik masyarakat India, Islam, Perancis, Cina dan Sri Lanka.
Majoriti penduduknya beragama Islam.
Ajaran Islam dikatakan telah sampai ke sini pada tahun 1153. Portugis pernah menjajah negara pulau ini pada tahun1510 sebelum dijajah Belanda antara 1598 hingga 1710.
Perancis pula menjajah pada 1715 dan British pada 1890 hingga merdeka, (1968).
Negara ini menyertai Komanwel pada 1968 dan diisytihar sebagai republik pada 1992.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...