Setelah umpan yang terpasang dilontar ke lubuk, pastikan tali pancing berada di garis lurus antara pemancing dan umpan. Tidak perlu menarik tali pancing sehingga tegang, biarkan agak kendur sehingga tali pancing terlihat terapung di atas air membentuk satu garis.
Apabila ikan menyambar, maka pemancing akan melihat garis yang terbentuk dari tali pancing di atas air tersebut berjalan.
Ikan patin tidak akan membawa umpan dalam satu kali sentapan, sebaik saja tali pancing bergerak beberapa saat cepat-cepat sentap joran anda. Terlewat menyentap akan mengakibatkan umpan dimuntahkan oleh ikan dan terlepas.
Ads
Ikan patin akan terasa mengasyikan apabila dipancing dengan tali pancing kecil. Untuk pemula disarankan berukuran berukuran 10-15lb, bagi yang menyukai teknik fight disarankan menggunakan tali berukuran 2-6lb.
Ads
Jangan lupa tetapkan drag yang disesuaikan dengan ukuran tali pancing. Hentakan pertama tidak akan membuat ikan patin berukuran besar melawan dengan kuat, anda biasanya akan merasa berat, tetapi semakin ke pinggir maka ikan akan mulai mengamuk.
Ads
Seperkara lain yang perlu diperhati, sentapan mendadak dari patin terhadap tali pancing kecil dapat memutuskan tali pancing. Ketika ikan sudah dekat dan siap untuk diangkat, siapkan tangguk untuk mengangkat ikan.
Awas! Jangan memegang tali pancing apabila ingin mengangkat ikan untuk ditangguk. Apabila menggunakan tali pancing kecil, ikan patin yang hendak ditangguk biasanya akan melawan dengan kuat dan kemungkinan besar putus.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Mengapakah ikan kanai (tembaring) kurang membiak di kawasan sungai paya bakau semenanjung Malaysia sedangkan ia berada dalam kawasan suhu khatulistiwa?
JAWAPAN:
Di Malaysia, ikan kanai atau Papuan black snapper (dipanggil tembaring, kanai di Sabah) memang terkenal di Sabah.
Status spesies Lutjanus goldiei ini sebenarnya tergolong dalam kumpulan ikan snapper dan merupakan spesies endemik di Papua New Guinea serta spesies natif di Pulau Ryukyu, Jepun.
Spesies endemik (endemic) agak unik kerana hanya boleh ditemui di lokasi tertentu sahaja walaupun dalam perairan yang sama manakala spesies natif (native) bermaksud spesies asal sesebuah negara atau tempat tetapi masih boleh ditemui dalam banyak perairan.
Selain Papua New Guinea dan Jepun, hanya terdapat dua lagi negara yang direkodkan kehadiran spesies ini iaitu Indonesia dan Malaysia.
Status kehadiran L. goldiei ini di Indonesia masih lagi status persoalan (questionable) manakala di Malaysia pula dengan status berkeliaran (stray).
Pengkaji cenderung mengatakan kanai di Indonesia kemungkinan merupakan spesies yang dibawa masuk (introduced) dan kehadiran spesies ini di Sabah kerana berkongsi jajaran perairan yang sama.
Jadi persoalan status pembiakan spesies kanai di Semenanjung Malaysia pada dasarnya memang tiada kehadiran kecuali jika spesies ini dibawa masuk dan dilepaskan di perairan Semenanjung sebagai ‘introduced species’.
Mungkin juga, ribuan atau ratusan tahun dahulu, ikan ini berada di perairan Semenanjung, namun akhirnya tidak lagi ditemui, tanpa sebarang bukti atau kajian spesifik dapat dilakukan.
Admin, boleh tak berikan satu contoh besi pancang yang sesuai untuk memancing pantai? Kalau boleh berikan jugak cara-cara nak buat sendiri besi pancang tu.
Tidak dinafikan lagi untuk memancing pantai, pancang adalah salah satu perkakas penting yang perlu dibawa. Malah wajib bawa.
Tak boleh tak bawa. Tanpa pancang mustahil nak memegang joran yang panjang sepanjang masa.
Kadangkala pancang yang terjual tidak berapa kukuh bila dipacak ke dalam pasir. Untuk mengelakkan joran tumbang bila ditarik ikan, anda boleh mengubah suai pancang yang
dibeli dari kedai atau membuat pancang khas untuk pancingan pantai mengikut kesesuaian joran anda.
Anda cuma perlu mencari besi bulat dan padat, panjang mengikut kesesuaian pemegang joran.
Kemudian perlu sediakan batang paip sekurang-kurangnya 1 inci lebh atau mengikut ukur lilit pemegang joran.
Akhir sekali anda perlukan pelapik skru (washer). Anda boleh membuat pancang ini di kedai-kedai welding seperti kedai pembuat pagar dan sebagainya. Terangkan pada tukang besi jenis pancang yang anda ingin buat.
Sediakan gambarajah menerangkan cara untuk membuat pancang, cuba tunjuk pada tukang welding dan jelaskan padanya.
Pasti mereka tahu bagaimana untuk membuatnya. Sebaiknya bawa sekali joran anda kemudahan bahan rujukan.
Sudah berapa lama usia enjin sangkut anda? Bila kali terakhir ia diservis di bahagian dalam dan luar? Kadang-kadang pemilik enjin terlupa aspek menjaga luaran yang juga amat penting bagi sesebuah enjin sangkut. Tidak dinafikan paras rupa luaran bukan ukuran kepada dalaman sesebuah enjin bot namun ia tetap berkait antara satu sama lain.
Puting untuk memasukkan gris.
Sistem kawalan enjin menggunakan bearing bagi membolehkan ia ditolak ke kanan atau ke kiri perlu juga diperiksa dengan kerap. Sekiranya tidak diberi perhatian, bahagian dalamnya akan haus dan sudah tentu kos untuk membaikinya akan menjadi lebih besar.
Setiap enjin sangkut mempunyai puting gris untuk membolehkan minyak gris (grease oil) disalurkan ke bahagian engsel agar pergerakan lebih mudah dan lancar berbanding keadaan gris yang sudah pun kering.
Terdapat beberapa bahagian yang mempunyai puting gris ini.
Sukar Menghidupkan Enjin Sangkut Ketika Sejuk?
Terdapat persoalan kenapa perlu menaikkan sedikit pendikit minyak walaupun dalam buku manual ia tidak perlu dinaikkan. Sistem bahan bakar enjin sangkut yang menggunakan karburator menghantar bahan api petrol ke bahagian omboh piston.
Bagi enjin sangkut yang berusia sistem salur minyak tangki terus ke karburator ini mungkin berjalan dengan baik kerana mendapan minyak pelincir seperti 2T melekat pada salur getah ataupun karburetor.
Bahagian pelaras enjin juga perlu diperiksa
Karburator perlu dicuci sekurang kurangnya 3 bulan sekali bagi enjin yang kerap digunakan dan bagi enjin yang jarang digunakan karburator perlu diperiksa terlebih dahulu sebelum turun membawa enjin sangkut ke padang pancing.
Enjin sangkut yang disimpan terlalu lama boleh menyebabkan mendapan minyak pelincir menjadi pekat dan menutup salur minyak karburator dan tidak dapat menghantar bahan api dengan baik.
Kunci bahagian kawalan steering perlu dalam keadaan baik.
Bagi enjin sangkut yang sukar dihidupkan tanpa memulas pendikit minyak, sistem choke perlu ditarik untuk memberi ruang udara pada karburator untuk mencetuskan bahan api bagi menghidupkan enjin.
Antara peralatan lain yang perlu diperiksa adalah sistem salur minyak yang sentiasa dalam keadaan baik dan tiada kebocoran walau sehalus jarum.
Chooke perlu diperiksa agar sentiasa dalam keadaan baik kerana ia berfungsi apabila enjin sejuk atau overflow.
Pastikan socket penyambung minyak dari salur getah ke bahagian enjin masuk dengan tepat supaya pengaliran minyak dapat terus dihubungkan ke bahagian penapis seterusnya ke karburator.
Sebelum menghidupkan enjin, pam minyak sehingga diyakini memenuhi ruang salur dan sampai kepada karburator.
kiri: Hantar servis sekiranya kerosakan kritikal dikesan pada enjin sangkut anda. Kanan: Karburator perlu diservis mengikut jadual
Pastikan juga gear dalam keadaan kosong dan mula menarik tali penghidup enjin secara perlahan. Jangan tarik dengan cara menyentap dengan kuat kerana gigi gear mungkin akan lucut dan jika ia kerap terjadi, kemungkinan bahagian starter mengalami kerosakan.
Palam pencucuh (plug) yang sepatutnya ditukar mengikut kekerapan penggunaan perlu juga diberi perhatian dan ia alat yang wajib dibawa sebagai sparepart tambahan ketika keluar memancing.
Penapis petrol juga perlu ditukar 3 bulan sekali kerana ia menapis mendapan dan kotoran dari bahan api.
Sekiranya bancuhan 2T berlebihan bagi enjin 2 lejang, palam pencucuh ini akan menjadi basah dan menyebabkan sistem elektronik yang bertindak sebagai pengalir tenaga bahan bakar terencat akibat palam pencucuh yang basah.
Enjin sangkut yang telah diservis dan sedia digunakan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...