Sensasi tarikan ikan pari tentulah kerana kekuatannya. Kombinasi kekuatan tarikan, berat dan bentuk badan serta keupayaan untuk memekap di dasar air cukup untuk membuatkan pemancing mengerah keringat untuk menariknya ke gigi air.
Bagi mengesan kehadiran pari, pemancing perlu memantau lopak-lopak yang menjadi kediaman pari ketika air laut surut. Lazimnya apabila air pasang, pari akan kembali mendiami lopak tersebut dan di situlah umpan akan dilontarkan.
Ads
Berbanding dengan pancingan pari secara bersampan, alur laluan pari akan menjadi taruhan umpan apabila tibanya musim pari. Selain itu, pancingan pari juga memerlukan teknik yang tersendiri lebih-lebih lagi apabila sang pari memekap di dasar.
Sesetengah pemancing akan menjentik tali atau menggerakkan tali apabila ikan memekap ke dasar. Ada juga yang membiarkan dahulu atau mengendurkan tali jika ada tanda-tanda ikan memekap ke dasar. Apabila ada pergerakan, barulah tali dikarau semula dan cuba elakkan ikan memekap kembali.
Ads
Ads
Diet pemakanan ikan pari tertumpu kepada moluska, cecacing, krustasia, ikan, kerangan, ketam dan udang. Ikan pari mencari mangsanya yang bersembunyi dalam pasir atau lumpur dengan membalikkan pasir menggunakan sisinya atau sirip pektoral.
Sesetengah ikan pari menjadikan arus air yang kuat sebagai sumber makanan kerana arus kuat membawa pelbagai invertebrata bersamanya. Spesies ini menjadikan ikan, sotong dan juga obor-obor sebagai sumber makanannya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Dengan cara ini, tidur pada ikan meningkatkan kesihatan seperti pada manusia, namun komponen mentalnya tidak sama: karena ikan tidak memiliki neokorteks di otak, mereka tidak bermimpi.
Oleh kerana kepelbagaian laku spesies ikan, terdapat beberapa cara tidur ikan:
Beberapa ikan tenggelam di dasar air di mana tubuh mereka dapatberehat. Kadang-kadang ia kelihatan seperti main-main tidur sebagaimana perilaku ikan wolfish.
Atau untuk beberapa jenis ikan bayan (parrotfish), mereka mengeluarkan lapisan lendir (mukus) sebagai gelembung untuk membantu melindunginya daripada parasit.
Beberapa ikan tidak hanya berbaring, mereka menggali ke dalam lingkungan mereka dengan cara yang terlihat seperti bagaimana kita merasa nyaman dengan tilam dan selimut.
Dalam kejadian di terumbu karang, beberapa ikan berkemah di karang, tetapi tubuh mereka terus bergerak seperti sedang berenang ketika mereka tidur.
Ini adalah situasi menang-menang di mana gerakan ikan meningkatkan aliran oksigen ke karang, yang membantu melindungi ikan.
Drifting atau berhanyut bukan hanya teknik memancing saja tetapi juga tidur ikan tidur. Mereka kadang-kadang dapat menggerakkan bahagian tubuh mereka untuk bergerak sedikit, tetapi dibandingkan dengan normal, gerakan mereka sangat terbatas.
Beberapa ikan yang dipelihara di akuarium rumah tidur dengan cara ini, jadi anda mungkin pernah melihat ikan jenis ini tidur.
Beberapa ikan mungkin dapat bersantai dan beristirehat di dalam gerombolan (schooling) mereka sementara ikan lain tetap waspada dan menjaga kumpulan kekal aman.
Selama tidur, normal bagi banyak spesies ikan untuk menjaga tahap kewaspadaan yang tinggi. Ini dapat membantu ikan melakukan pecutan segera jika terancam oleh predator.
Namun, di sisi lain, beberapa ikan seperti bluehead wrasse atau Spanish hogfish tenggelam dalam keadaan pingsan yang memungkinkan mereka diambil tanpa terjaga dari tidur.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Dalam keterujaan pergi memancing ke laut dalam, banyak aspek perlu dititikberatkan dan diperiksa berulang ulang sebelum bergerak dari rumah.
Janganlah apabila sudah sampai ke jeti atau pun bot sedang bergerak, baru teringat ada peralatan yang tertinggal.
Berikut disenaraikan 10 perkara yang perlu anda periksa sebelum menaiki bot untuk memancing ke laut.
BATERI
Bagi kaki pancing yang menggunakan kekili elektrik, tanyakan dahulu sama ada bot tersebut tersedia bekalan elektrik untuk kegunaan kekili elektrik atau tidak.
Jika tidak ada, silalah charge bateri anda secukupnya dan bawa bateri yang secukupnya untuk tempoh kegunaan trip anda.
JAKET KESELAMATAN
Semua bot ada jaket keselamatan berwarna oren, kerana pemilik bot wajib menyediakan. Tetapi, cuba anda cium dan lihat jaket keselamatan tersebut.
Kalau masih baru baguslah untuk anda, tetapi jika sudah using dan lusuh, selamatkah ia digunakan sekiranya berlaku musibah? Jadi lebih baik anda bawa sendiri jaket keselamatan tersebut.
UBAT MABUK
Sebaiknya ubat mabuk perlulah dimakan sekurang-kurangnya ½ jam sebelum menaiki bot. Bekalan ubat mabuk juga mestilah dibawa sebagai bekalan.
Ia perlu dimakan lagi selepas 4 jam jika mula berasa simptom awal mabuk laut.
UMPAN SEGAR
Jangan 100 peratus mengharapkan umpan akan diperolehi melalui cara apollo di kawasan unjam.
Umpan segar seperti sotong dan udang pasar yang segar dan dibungkus kemas di dalam tong Coleman atau bekas polisterine mesti dibawa.
Kadang-kadang ada di sesetengah spot, bukan mudah mendapatkan umpan apollo.
TANDUK & TALI SIMPANAN
Simple sahaja peralatan ini. Tetapi jika anda pemancing bottom dan tidak membawanya, boleh naik pening jugalah dibuatnya.
Tali pula, jika putus atau sebaliknya, bolehlah guna tali yang dibawa.
KERUSI MALAS
Walaupun ia nampak leceh untuk dibawa, sebenarnya ia amat bagus dibawa dan cukup-cukup selesa untuk anda duduk berehat sambil menghadap kekili anda.
Percayalah, anda akan cukup jealous bila melihat kawan anda berehat di kerusi tersebut, sedangkan anda hanya duduk di atas tong ikan.
TALI PERAMBUT & MATA KAIL
Kadang-kadang berlaku kejadian, kaki pancing salah bawa mata kail dan tali perambut, sama ada ‘terkurang saiz’ atau ‘terlebih saiz’ hingga tak padan dengan kaedah pancingan anda.
Sebaiknya anda perlu tahu lapangan apakah yang ingin diduga.
BERUS GIGI & UBAT GIGI
Perkara ini amatlah mustahak. Bayangkan anda terlupa membawanya dan trip anda 4 hari 3 malam di atas laut.
Agaknya berapa tebal tahi ‘gigi anda’ meliputi gigi dan gusi sepanjang tempoh berkenaan. Takkan guna jari kot!
BATU LADUNG
Batu ladung pelbagai saiz perlu dibawa. Tanyakan dahulu kepada tekong apakah saiz batu yang sesuai dibawa.
Kebiasaannya, bagi kaki bottom, batu ladung disimpan dalam bekas khas. Sila periksa terlebih dahulu sebelum keluar dari rumah dan sebelum menaiki bot, takut-takut ia tertinggal.
KAMERA ATAU SMARTPHONE
Pastinya setiap hasil tangkapan anda, mesti diabadikan dalam bentuk gambar dan juga video.
Milikilah sekurang-kurangnya kamera kompak atau terkini yang lebih praktikal adalah smartphone.
Ingat, telefon kini bukan sekadar untuk berbual sebaliknya lebih daripada itu. Dan jangan lupa bawa power bank!
Jenahak merupakan satu spesies ikan yang cukup popular di kalangan pemancing. Selain rasa isinya yang sedap, ia juga mempunyai nilai komersial yang tinggi di pasaran. Tidak hairanlah ikan dari keluarga snapper yang bersisik keemasan dan bertanda hitam bulat di badannya itu sentiasa menjadi buruan para pemancing. Bagi yang berjaya menaikkan spesies ini, khususnya yang bersaiz bagak, ia dianggap sebagai satu trofi peribadi.
Jenahak berwarna emas kebiasaannya diperolehi di lubuk-lubuk yang dalam dan jenahak yang mendiami lubuk yang cetek mempunyai warna yang lebih pudar. Jenahak dikatakan memiliki waktu makannya tersendiri iaitu antara lewat malam hingga ke pagi, khususnya antara 12 -6 pagi. Namun kadang-kadang jenahak kerap juga dinaikkan pada waktu siang.
Jenahak lebih gemar memilih umpan segar dan masih hidup. Umpan terbaik adalah sotong cumit, kurita dan udang lipan. Bagaimanapun, umpan hirisan juga boleh menggoda jenahak. Kaedah lain seperti jigging juga boleh memikat jenahak, namun ia hanya sesuai di sesetengah tempat lokasi sahaja. Dalam erti kata lain jenahak kurang memakan jig.
Spesies berharga ini sering bergerak secara kumpulan kecil dan apabila ia mula makan, bersedia dengan serangannya sehingga ia mula berhenti makan. Amat penting, pastikan pada waktu keemasan ini, tidak berlaku kes tali putus atau rabut. Ini kerana jika ia berlaku, tiada lagi ragutan diterima kerana jenahak telah lari dari lubuknya. Untuk mencari jenahak, tekong kena rajin tukar lubuk.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...