Andai kata kalau sebiji batu no 4-8 berharga RM1 dan ke atas dan setiap trip diandaikan menggunakan 10 batu ladung serta purata ia akan sangkut 3-4 ketul, berapa pula nilai RM yang lebur untuk trip dua kali sebulan dan darab dengan setahun.
Apa kata jimatkan kos batu ladung terutama pancingan bottom di lokasi-lokasi risiko dengan menggunakan barang terpakai.
Caranya adalah menggunakan palam pencucuh (plug) terpakai yang boleh didapati secara percuma di bengkel-bengkel motosikal.
Ads
Walaupun sukar untuk menentukan beratnya berbanding terdapat nombor pada batu ladung yang dijual di kedai, apa kata rajin-rajinlah menimbang berat palam pencucuh
(gunakan penimbang elektronik) berkenaan dan gandakan ia mengikut berat yang sama dengan batu ladung yang mempunyai nombor.
Ads
Untuk laut dalam, boleh gunakan potongan batang besi (besi yang digunakan membuat cerucuk bangunan) dengan cara mengubahsuainya di bengkel pertukangan.
Ads
Bahkan, ia sebenarnya bukan perkara baru, pemancing tradisional yang menggunakan botol mineral yang di dalamnya diisi dengan bancuhan simen.
Secara umumnya, ikan semilang lebih menggemari kawasan laut yang berhampiran dengan mulut muara atau estuari. Kadangkala ia turut memasuki sungai hingga ke kawasan berair tawar mengikut aliran air laut terutama apabila berlaku fenomena air pasang besar. Kebiasaannya ia akan bergerak berpasangan atau dalam kumpulan yang kecil.
Manakala semilang karang pula lebih suka mendiami kawasan terumbu karang sepanjang pantai terbuka dan kadangkala bergerak ke muara tetapi jarang sekali memasuki perairan yang bersaliniti rendah. Ia juga bergerak dalam kumpulan yang agak besar yang terdiri dari beberapa ratus individu.
Walaupun kedua-dua spesies ini mempunyai habitat berbeza, namun mereka mempunyai tabiat hidup yang hampir sama. Sebagaimana sifat kebanyakan ikan bermisai (catfish) lain mereka tidak suka bergerak bebas.
Sebaliknya lebih banyak menghabiskan masa dengan melekapkan diri pada dasar perairan dan sesekali merayap mencari makanan. Dalam hal ini, sesungut yang berada di sekitar mulut banyak membantu dalam proses mencari makanan.
Tabiat pemakanan yang agak pasif ini menyebabkan jenis makanan yang diambil adalah terhad kepada kehadiran makanan di bahagian dasar dan juga organisma yang tidak mampu bergerak pantas. Berdasarkan analisa kandungan perut, kedua-dua spesies semilang ini secara semulajadinya menjadikan krustasea kecil, moluska dan anak-anak ikan sebagai makanan utama.
Di kalangan pemancing, tabiat pemakanan sebegitu sedikit sebanyak memberi peluang kepada mereka untuk memancing sembilang dengan mudah. Ini kerana ikan-ikan sebegini tidak terlalu cerewet dalam memilih umpan. Jadi pemancing tidak perlu terlalu serius mencari umpan jika ingin memburu sembilang. Mereka turut memakan umpan yang mudah dicari seperti isi ikan yang dipotong-potong.
Namun begitu banyak pendapat yang mengatakan sembilang lebih tertarik kepada umpan-umpan yang semulajadinya terdapat di sekitar kediaman mereka seperti perumpun, anak-anak udang dan siput. Selain itu bivalvia seperti kerang segar turut menjadi umpan pilihan pemancing. Bau umpan yang hanyir ini akan menarik perhatian sembilang yang terdapat di sekitarnya.
Memandangkan tabiat semilang yang kurang bergerak, pengetahuan tentang tempat mereka berkumpul adalah penting. Di kawasan tertentu, sangkar-sangkar ternakan ikan sering menjadi pilihan pemancing. Ini kerana kebanyakan ikan termasuk juga semilang sering berkeliaran di bawah sangkar menunggu sisa makanan yang terjatuh ke dasar.
Walaupun ikan semilang bukan dari jenis yang mampu bersaing hebat, namun rentapannya semasa merampas umpan sememangnya mendebarkan. Apatah lagi jika ia adalah sembilang bersaiz kasar atau gemang. Gemang bukan sahaja ganas merentap umpan tetapi turut membuatkan pemancing lenguh mengawal kekili sebelum dapat menewaskannya.
Seperkara lagi yang menarik apabila memancing semilang ialah sekiranya anda bertemu rombongannya (biasanya semilang karang). Dalam hanya beberapa ketika anda sudah mampu mendaratkan berpuluh-puluh ekor ikan.
Pastikan sungai atau lubuk tersebut menjadi habitat ikan kelah kerana tidak semua sungai meskipun berpotensi pada pandangan mata didiami ikan kelah. Iyalah… kalau sungai tersebut tak wujud ikan kelah maka sia-sia sajalah masa memancing.
Jika memancing secara berkumpulan, elakkan daripada membuat bising mengata sibunyi persekitaran atau melakukan aktiviti berlebihan di dalam air kerana ia akan menakutkan ikan-ikan kelah yang bersifat sensitif.
Sebaiknya pakailah pakaian yang tidak terlalu kontras dengan persekitaran semula jadi. Dan pastikan juga tidak berada begitu rapat dengan gigi air kerana ia boleh membuat kan ikan berasa curiga untuk menghampiri umpan.
Pastikan juga umpan yang digunakan bersesuaian dengan diet ikan kelah di lubuk tersebut. Buatlah sedikit kajian kerana umpan yang salah hanya akan menyebabkan usaha menjadi sia-sia. Walaupun buah sawit sinonim dengan pancingan kelah namun sesetengah lubuk ia bukanlah umpan terbaik.
Jangan kedekut untuk merasuah atau menabur umpan di lubuk yang berpotensi. Rasuah yang berterusan akan meningkatkan peluang ikan mendatangi kawasan pancingan sekali gus menyambar umpan .
Gunalah set pancing yang sepadan atau bersesuaian. Ketepatan mata kail, tali pancing, perambut, kekili, joran serta cara pengendalian akan menentukan nasib anda untuk memiliki lesen utama air tawar.
Ikan patin lawang boleh dipancing dengan teknik pancingan dasar menggunakan umpan tertentu, namun ia lebih berkesan teknik apungan berhanyut. Caranya ialah dengan menggunakan botol minuman yang diikat tali tangsi dan mata serta berumpankan roti sandwich. Umpan selain roti sandwich juga boleh digunakan.
Ia tidak menggunakan joran dan kekili namun pancingan dengan teknik ini memerlukan sampan atau apa saja pengangkutan air untuk meletakkan botol-botol tersebut di lokasi berpotensi dan untuk mengutipnya apabila ada mangsa yang telah mengena.
Bahan Keperluan:
Botol air minuman kosong
Tali tangsi 20lb sepanjang 2 kaki
Mata kail saiz 18
Roti sandwich
Cara-caranya:
Sambungkan tali tangsi kepada botol minuman dengan cara mengikat salah satu hujung tali tangsi pada botol dengan apa saja cara ikatan yang anda gemari. Yang penting ikatan tersebut harus kuat dan kemas.
Pada bahagian hujung tali tangsi satu lagi pula diikatkan mata kail. Apa saja ikatan mata kail boleh dipraktikkan asalkan ia kemas dan kuat.
Kemudian barulah cangkukkan sekeping roti sandwich pada mata kail. Sebaiknya pilihlah roti sandwich yang banyak kandungan susu dan agak liat (macam roti gardenia) kerana ia tidak mudah hancur apabila berada di dalam air.
Setelah itu barulah lontarkannya ke lubuk berpotensi (tempat di mana ikan-ikan selalu timbul dan bermain air).
Lokasi yang bagus ialah di mana arusnya tidak terlalu lemah dan tidak pula terlalu laju. Kemudian pantau dari semasa ke semasa.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...