Andai kata kalau sebiji batu no 4-8 berharga RM1 dan ke atas dan setiap trip diandaikan menggunakan 10 batu ladung serta purata ia akan sangkut 3-4 ketul, berapa pula nilai RM yang lebur untuk trip dua kali sebulan dan darab dengan setahun.
Apa kata jimatkan kos batu ladung terutama pancingan bottom di lokasi-lokasi risiko dengan menggunakan barang terpakai.
Caranya adalah menggunakan palam pencucuh (plug) terpakai yang boleh didapati secara percuma di bengkel-bengkel motosikal.
Ads
Walaupun sukar untuk menentukan beratnya berbanding terdapat nombor pada batu ladung yang dijual di kedai, apa kata rajin-rajinlah menimbang berat palam pencucuh
(gunakan penimbang elektronik) berkenaan dan gandakan ia mengikut berat yang sama dengan batu ladung yang mempunyai nombor.
Ads
Untuk laut dalam, boleh gunakan potongan batang besi (besi yang digunakan membuat cerucuk bangunan) dengan cara mengubahsuainya di bengkel pertukangan.
Ads
Bahkan, ia sebenarnya bukan perkara baru, pemancing tradisional yang menggunakan botol mineral yang di dalamnya diisi dengan bancuhan simen.
Memancing sememangnya menuntut kos tinggi. Pendek kata, selagi dapat mengurangkan kos, ia sudah cukup baik untuk poket anda. Selamat mencuba!
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Masih dibelenggu masalah backlash dan masih tidak tahu bagaimana cara untuk menyelesaikannya? Jangan bimbang lagi… kami ada cara mudah untuk menyelesaikannya dalam masa yang singkat.
Kemajuan dalam sistem dan teknik pancingan yang semakin berubah sekarang banyak mempengaruhi pemancing terhadap sesuatu peralatan itu. Kewujudan kekili menegak di pasaran semakin digemari oleh kaki pancing dan teknik ‘casting’ menjadi semakin popular ketika ini.
Ia mungkin kelihatan mudah untuk di pelajari namun natijahnya seorang pemancing itu perlu mendalami seni teknik ‘casting’ ini secara mendalam daripada segi teknikalnya dan juga praktikalnya.
Kali ini saya akan merungkai sedikit tenik menguraikan semula tali yang kusut akibat dari setting’ timbangan lure’ yang tidak tepat atau balingan yang tidak sempurna.
Sebenarnya kekusutan tali tersebut adalah perkara biasa bagi pemancing yang baru menggunakannya. Ia bukanlah satu masalah besar kerana tali tersebut kusut kerana gelendong memuntahkan talinya tanpa henti secara mengejut dan ia boleh diuraikan dengan sekali menarik tali utama dan menguraikan tali yang bertindih.
Sebenarnya tali yang keluar secara mengejut itu bertindih antara satu sama lain dan tali tersebut perlu diuraikan dengan menggunakan alat cangkuk yang tajam bagi menarik tali yang bertindih tadi.
Tarik tali utama sehingga tegang gunakan jarum gelung pisau lipat multipurpose. Kenal pasti tali yang bertindih dan tarik tali tersebut sehingga longgar. Tarik semula mainline tadi sehingga tali bertindih tadi terkeluar dan keadaan spool seperti sediakala.
Kebanyakan pengunjung menggunakan joran pole sendiri. Joran pole yang dibawa sendiri biasanya tidak menggunakan teknik pelampung seperti mana pole yang disediakan.
Kebanyakannya menggunakan teknik gelungan seakan-akan spring yang terletak antara hujung sambung joran dan tali utama. Namun bagi orang baru, biasanya menggunakan pelampung.
Dengan cara ini, getuan halus udang harimau lebih mudah dikesan. Cuma mata haruslah sering memerhatikan pergerakan pelampung.
Apabila menggunakan joran dilengkapi pelampung, anda disarankan mengukur semula kedalaman kolam, kemudian selaraskan semula dengan paras pelampung pada tangsi.
Ini kerana kedalaman air kolam berubah-ubah, kadangkala airnya rendah, kadangkala dalam. Jadi apabila kita dapat selaraskan kedudukan pelampung di tangsi dengan kedalam kolam, peratusan untuk sukses adalah tinggi.
Mata kail pula dari jenis Gamakatsu no. 8 (mata kail yang terdapat gelungan timah dililit pada tangkai mata kail).
Timah yang dililit pada tangkai mata kail untuk memastikan mata kail sentiasa tegak ke bawah, tidak terjungkit ke atas agar tancapan pada mulut udang lebih kukuh semasa sentapan dibuat. Selain itu ia juga bertindak sebagai pemberat.
Umpan isi udang, hati ayam atau perumpun boleh digunakan. Namun umpan perlulah dilabuhkan di tempat yang betul. Hotspot terbaik ialah sekitar penjuru kolam dan juga buih-buih bekalan oksigen.
Sudah menjadi kelaziman pemancing udang kolam akan berubah tempat untuk mencari port udang berkumpul. Jika dalam masa 5 minit tiada ragutan, mereka akan berpindah port. Sebaik saja umpan dilabuhkan, mata terus fokus pada pelampung.
Setelah kelihatan pelampung tenggelam, berikan sedikit ruang kepada udang untuk membawa lari umpan. Ketika ini tumpuan terhadap joran dan pelampung amat penting.
Perlahan-lahan angkat joran dan apabila terasa berat udang, lakukan sedikit sentapan bagi memudahkan mata kail tercangkuk kemas di mulut udang (kadang-kadang ada yang tercangkuk kaki atau ekor).
Pastikan sentapan dibuat berlawanan dengan arah udang membawa lari pelampung. Biasanya teknik mudah dan ringkas ini berjaya membuahkan hasil.
Tips tambahan
Teknik casting udang. Teknik ini digunakan untuk untuk menangkap udang yang pening-pening lalat dan berlegar-legar di permukaan kolam.
Biasanya apabila stok udang dimasukkan, udang-udang baru akan naik ke permukaan. Ketika inilah otai-otai kolam mempraktikkan teknik ini.
Mata kail tanpa umpan akan dihulurkan betul-betul di hadapan udang yang timbul. Apabila udang berenang ke hadapan, joran disentap keras untuk menusuk ke badan udang tadi.
Biasanya teknik ini dibenarkan oleh pemilik kolam kerana ia tidak dianggap sebagai menangguk udang.
Hanya kaki pancing yang mengenali semua jenis sotong popular yang terdapat di perairan negara kita. Atas sebab itulah ramai yang tidak mengenali langsung apa itu sotong katak. Kalau tak pernah pegang, Apatah lagi menyiangnya.
Ada juga yang menyangka sotok katak ini tidak boleh dimakan walaupun pada hakikatnya sudah berkilo-kilo sotong yang masuk ke mulutnya tanpa mengetahui spesies sotong apa yang sebenarnya mereka makan.
Berbeza dengan spesies sotong lain, sotong katak agak istimewa dan berbeza kerana memiliki tulang yang keras. Disebabkan tulang keras tersebut maka cara untuk menyiang sotong ini juga berbeza dengan sotong lain.
Cara menyiang sotong katak
Apa yang perlu dilakukan mula mula sekali ialah keluarkan tulang sotong tu. Caranya, belah mantel (kulit dan isi sotong) belakang sotong tu.
Kulit sotong tu agak liat sikit, jadi korang kenalah berhati hati sikit takut pisau melukakan tangan. Kemudian tarik keluar saja tulang tersebut.
Selesai masalah tulang sotong, seterusnya bahagian yang perlu dikeluarkan ialah bahagian isi perutnya.
Bahagian ini pun perlu berhati-hati juga terutamanya tentang kantung dakwat sotong tu. Elakkan dari kantong dakwat pecah kerana nak mencuci dakwatnya setangki air pun tak cukup.
Bagi mereka yang ingin menggunakan dakwat hitam dalam masakan, bolehlah masukkan bersama sama sotong katak ni.
Ada sesetengah orang memang suka keunikan rasa dakwat sotong ni. Manis katanya. Namun, jangan terkejut kalau lauk yang dibuat tu semuanya macam masak kicap.
Seterusnya bahagian kepala sotong pula, adalah dinasihatkan atau sebaiknya buanglah mata dan mulut sotong. Terutama paruhnya yang tajam di mulutnya itu.
Maka siaplah sudah cara menyiang sotong. Disebabkan isi sotong ini agak tebal dan liat maka sebaiknya ia dipotong kecil-kecil. Dan cara untuk melembutkannya pernah disiarkan sebelum ini.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...