Sebagaimana yang semua ketahui, batu ladung adalah pemberat yang banyak digunakan dalam aktiviti memancing. Kita juga sudah mengenali jenis-jenis pemberat yang lazimnya diperoleh di pasaran terutamanya kedai pancing.

 

Sekiranya kurang puas hati dengan ladung sedia ada atau sebagai langkah berjimat cermat, anda boleh buat sendiri batu ladung atau pemberat dari bahan-bahan selain timah. Berikut disenaraikan pemberat alternatif sebagai pengganti ladung timah.

 

Ladung Besi Bar

 

Pemberat yang diperbuat daripada besi bar (besi yang biasa digunakan untuk tiang konkrit) merupakan pemberat alternatif paling popular. Besi bar diameter 1-2 inci biasanya dipotong dalam ukuran panjang 6-12 inci bagi menghasilkan pemberat dalam anggaran 500-1000gram setiap satu.

 

Besi ini dipaterikan dengan dawai separa bulat bagi membolehkan ia disambung ke tali perambut. Kelemahan pemberat ini ia mudah karat kerana diperbuat daripada besi. Untuk itu ia biasanya dicat tebal bagi menghindarnya dari cepat karat.

 

Pemberat Alternatif Menggantikan Ladung Timah

 

Ladung Batu

 

Memang jarang-jarang pemancing buat ladung jenis ini. Biasanya hanya batu yang mempunyai lekuk atau lubang sahaja yang dipilih. Lekuk pada batu ini akan disimen bersama pencangkuk bagi membolehkannya disambung ke perambut pancing. Untuk lebih jimat lagi, anda juga boleh mengikat batu dengan tali tangsi.

 

Pemberat Alternatif Menggantikan Ladung Timah

 

Ladung Spark Plug

 

Pemberat yang diperbuat daripada palam pencucuh atau spark plug ini merupakan pemberat alternatif yang paling popular dan banyak digunakan. Ia sangat mudah digunakan hanya diikat tali perambut saja. Namun ia hanya sesuai untuk pancingan ringan dan kurang sesuai di padang pancing yang aliran arusnya kuat.

 

Pemberat Alternatif Menggantikan Ladung Timah

 

Ladung Lemang

 

Tidak kira apa jenis acuan sama ada tanah liat, buluh atau sarang telur… ia merupakan ladung buatan sendiri yang diperbuat daripada logam yang dicairkan terutamanya timah. Ini kerana timah lebih mudah dicarikan berbanding logam tak berkarat lainnya. Ladung acuan sememangnya alternatif terbaik menggantikan pemberat sedia ada di kedai pancing.

 

Pemberat Alternatif Menggantikan Ladung Timah

 

Ladung Simen

 

Selain logam, serbuk simen juga boleh dibentuk dan dijadikan pemberat alternatif. Memandangkan simen tidaklah padat dan mampat (harga pun mahal juga sebenarnya), apa saja logam atau batu boleh digunakan dan disalut dengan simen.

 

Pemberat Alternatif Menggantikan Ladung Timah

 

Ladung Pasir

 

Jika terdesak dan sangat perlukan pemberat untuk memancing, anda boleh guna sumber berdekatan sebagai altenatif. Contoh terbaik adalah pasir. Caranya, carilah satu plastik (macam plastik aiskerim) dan letakkan pasir di dalamnya.

 

Pemberat Alternatif Menggantikan Ladung Timah

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI