Sama ada pertandingan di kolam, tasik atau lombong, sebaiknya buat kajian serba sedikit tentang teknik memancing di lokasi pertandingan sebelum menyertai pertandingan yang diadakan. Selidik juga apa spesies ikan yang dipertandingkan dan umpan yang tepat untuk memancingnya.
Untuk memperoleh spot pancing berpotensi tinggi untuk strike, datanglah awal untuk pendaftaran dan dapat undian memasang pancang. Kemudian (jika dibenarkan) jagalah kawasan pancang (spot) agar tidak dicerobohi oleh pemancing lain.
Sebaiknya sertai pertandingan tersebut secara berkumpulan. Lagi ramai lagi bagus apatah lagi jika korang tak pernah menyertainya. Selain itu ia bagus untuk tujuan keselamatan dan peluang untuk peroleh strike dalam pertandingan juga lebih cerah.
Ads
Fahami betul-betul syarat pertandingan yang ditetapkan oleh penganjur. Ia sebenarnya langkah pertama yang teramat penting untuk difahami di supaya tidak berputih mata jika hasil tangkapan yang berjaya didaratkan tidak dibatalkan kerana melanggar syarat.
Ads
Perkara utama sebelum menyertai pertandingan adalah menguasai teknik balingan. Pastikan anda mampu membuatkan balingan dengan lurus dan tepat. Pastikan juga lubuk yang dilabuhkan umpan itu berada tepat di hadapan anda, bukannya tepat di hadapan muka peserta hujung sebelah kiri atau kanan anda.
Pastikan alatan pancing yang digunakan adalah bersesuaian. Joran, kekili, tali utama, perambut dan mata kail adalah berkualiti bagi mengelak daripada kegagalan fungsi ketika bertarung dengan ikan. Harus diingat, banyak kejadian kumpau disebabkan oleh perkara ini.
Ads
Jadilah pemancing yang sporting dan bertimbang rasa. Beri laluan kepada pemancing yang sedang cuba menaikkan ikan kerana perkara yang sama juga kita harapkan apabila berhadapan dengan situasi demikian.
Elakkan dari melakukan sebarang penipuan atau sabotaj semata-mata untuk memenangi pertandingan. Dan sebaiknya juga elaklah dari menyertai pertandingan yang jelas melanggar hukum syarak. Lagi parah kalau kumpau.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Penggunaan sesudu berkilat (chrome) atau berwarna terang amat praktikal. Ini disebabkan kawasan biasanya cetek dan air yang agak jernih.
Baling atau layangkan sesudu ke bahagian arus berbatu. Pastikan sesudu hanyut mengikut arus bukannya melawan arus. Kawal sesudu agar tidak tersangkut dicelah batu. Jika tersangkut memang susah nak lepas. Anda perlu menongkah arus melepasi kawasan sangkut untuk melepaskan sesudu.
Gunakan mata kail tunggal (single hook) bagi mengelakkan tersangkut. Jika nak guna mata tiga (treble hook) pastikan ia tidak terlalu besar melebihi saiz body sesudu.
Karau dengan kadar laju bagi menarik perhatian ikan. Untuk membolehkan sesudu beraksi ia perlulah dikayuh melebihi kelajuan arus.
Gunakan berat sesudu yang sesuai dengan arus agar ia mampu mencecah dasar. Antara 5 gram, 10 gram, 15 gram dan 20 gram.
Tip Keselamatan
Gunakan kasut yang sesuai. Sebaiknya pilihlah kasut yang tapaknya boleh mencengkam baik permukaan batu yang licin.
Pakai pakaian yang tidak terang kerana ikan boleh melihat perubahan di kawasan gigi air.
Elakkan memakai seluar jean, jika ada lebih banyak meranduk air. Perjalanan akan terganggu kerana material fabriknya akan membuatkan berat dan sukar untuk berjalan.
Bawa pisau atau parang sebagai alat mempertahankan diri bagi mengelak sebarang kemungkinan yang berlaku.
Joran yang tidak digunakan lagi (sebaiknya joran yang keras)
Alat pemukul telur
Cable tie
Gunting
Cara Membuatnya:
Ambil pemukul telur dan letak di penghujung joran. Sebaiknya pastikan pemukul telur dapat diikat pada joran di antara dua cincin.
Ia bertujuan bagi menghalang alat pemukul telur ini menggelongsor turun atau naik. Ikat dengan ketat dengan menggunakan cable tie bagi menghalang pemukul telur itu melurut dan tercabut ketika proses melepaskan gewang yang tersangkut.
Penyelamat gewang ini bolehlah digunakan untuk melepaskan gewang yang tersangkut pada reba di dalam atau pada batang pokok yang tidak dapat dicapai dengan tangan.
Penyelamat gewang ini tidak perlu disiapkan terlebih dulu di rumah. Tentu korang malu untuk membawanya pergi ke mana-mana trip.
Sebaiknya bawa saja alatan keperluan tersebut di dalam beg memancing. Apabila berlaku kejadian gewang tersangkut di atas pokok, barulah jadikannya sebagai alat penyelamat gewang.
Joran 2 pieces yang telah rosak juga boleh digunakan sekiranya tiada joran 1 piece. Tapi pastikan anda bawa sellotape bersama bagi menguatkan sambungan joran.
Walaupun tali tangsi tanpa warna (clear), ia masih boleh dikesan berdasarkan kelunturannya. Lazimnya tali yang sudah lama digunakan boleh dapat dikesan tahap kelunturannya. Jika tahap kelunturannya agak jelas berbeza maka ia perlulah dikeluarkan atau dibuang.
Sifat tali tangsi atau nylon monofilament ini akan kerinting apabila sudah lama digunakan. Oleh yang demikian sebaiknya buang bahagian yang telah kerinting. Sekiranya terlalu banyak bahagian yang sudah kerinting maka tukarlah tali yang baru.
Tali tangsi yang sudah lama digunakan atau banyak terdedah kepada terik cahaya matahari akan menyebabkan hilang keanjalannya. Ia boleh dikesan dengan cara mematahkan tali tersebut. Sekiranya ia tidak kembali seperti biasa maka perlulah ditukar.
Lurut atau gosok permukaan tali untuk merasai sebarang kesan cela atau luka akibat geseran. Sekiranya terdapat sebarang kesan yang kurang baik maka buanglah bahagian tersebut. Sentap dan rentap tali dengan kuat. Sekiranya tali itu sudah rapuh maka ia akan putus dengan mudah.
Paling ketara sebagai petanda tali sulam sudah hampir tamat jangka hayatnya adalah tahap kelunturan warna yang ketara. Jika warna asal tali adalah merah tetapi sudah menjadi pink, maka eloklah sangatlah diganti tali baru.
Sebagaimana tali tangsi, sebarang geseran atau kakisan yang berlaku akan menyebabkan tali sulam menjadi rosak dan kelihatan berbulu. Bahagian ini perlu dibuang walaupun ia masih baru. Selain berbulu, tali yang cedera tetapi tidak putus sepenuhnya akan kelihatan genting atau diameternya mengecil. Kerosakan ini akan menyebabkan tali terputus apabila membuat sentapan kuat. Jadi ia perlu diperiksa untuk mengesannya.
Tali sulam juga juga boleh diuji tempoh hayatnya dengan cara melakukan sentapan. Jika ia putus dengan mudah maka tiada guna lagi anda menyimpan tali tersebut di dalam kekili.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...