Selepas memancing di laut atau air masin, bilas cincin-cincin joran dengan air paip secukupnya sebelum disimpan bagi mengelakkan cincin berkarat akibat pembentukkan garam.
Sapukan baby oil pada blank (batang joran) dan cincin bagi memanjangkan usianya khususya jika sering memancing ketika panas.
Berikan perhatian apabila membawa joran terutama joran 1 piece kerana sering berlaku tip joran patah kerana kemalangan di dalam kereta.
Ads
Sebelum membuat balingan, sentiasa perhatikan belakang anda tip joran cukup mudah patah sekiranya mata kail atau umpan yang akan dilontar tersangkut pada sesuatu objek.
Ads
Pasti juga berat umpan yang anda gunakan sepadan dengan skala kemampuan joran anda untuk menampungnya.
Jangan sesekali menarik tali pancing yang tersangkut di dalam air dengan menggunakan joran kerana dengan mudah joran akan patah.
Ads
Seboleh-bolehnya gunakan sauk atau gancu untuk mendaratkan ikan walaupun ikan tidaklah sebesar mana.
Jangan terlalu mudah bagi pinjam pada member… khususnya member yang baru belajar memancing.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Jika dilihat saiz lazim yang ditangkap atau dipancing, kombinasi peralatan berkekuatan 20lb sesuai dan banyak digunakan. Tambahan pula tangsi halus atau tali sulam boleh membantu kita mengurangkan pemberat yang bakal digunakan. Malah peralatan yang sama seperti mana memancing ikan muara boleh digunakan tanpa sebarang masalah.
Sesuai dengan ini peralatan sederhana cukup memberi kepuasan dan kesempurnaan etika memancing supaya getaran di otot lengan dan perlawanan menjadi lebih seimbang. Usah khuatir ikan ini tidak bijak mencari perlindungan, ia gemar bertahan dengan bantuan badannya yang leper serta pecutan di awal larian.
Biasanya ia hanya dikesan meragut umpan sebaik sahaja kail di karau. Masa ini kita akan terasa objek berat, kemudian melayang-layang hingga permukaan. Joran kekuatan 20lb hingga 30lb memudahkan kita mengepam pari ini semasa ia cuba memekap di permukaan dasar.
Hanya ketika ini sahaja kekuatan joran perlu digunakan den selebihnya skill pemancing. Perambut 20lb hingga 30lb menjadi pilihan saya. Mata kail jangan terlalu besar memandangkan ikan ini bukanlah spesies yang bermulut luas.
Umpan untuk memancing pari nyiru tidaklah begitu sukar kerana sebagai pemangsa dasar ini gemarkan perumpun, udang, hirisan ‘kaki’ sotong kurita dan hirisan ikan memanjang sebesar jari kanak-kanak.
Udang yang dimaksudkan ialah bersaiz kecil dan kalau hidup lagi cepat sambaran. Udang terlalu besar seperti saiz kolam komersial tidak sesuai kerana kesukaran untuk pari menelan mangsa sekali gus.
Ikan banang disifatkan sebagai pengacau ketika memancing di laut bagi sesetengah pemancing. Ia berikutan ikan ini sering mengerjakan umpan yang dihanyutkan di permukaan air. Biasanya pemancing yang gemar mengunakan teknik hanyut, belon atau casting mudah memperoleh spesies ini ketika memancing buruan utama seperti tenggiri, gerepoh dan layaran.
Ia dikatakan pengacau kerana gemar membunuh ikan umpan hidup. Kita boleh mengandaikan bahawa umpan hidup telah dikerjakan banang melalui kesan gigitan atau bekas gigi pada ikan umpan tersebut. Ini berdasarkan pada sifat banang yang tidak terus menelan mangsa, sebaliknya mengonggong seketika sebelum mengerjakan sebahagian badan mangsa.
Oleh kerana banang adalah pemangsa di kawasan permukaan air maka cara terbaik memancingnya ialah melalui teknik hanyut menggunakan belon atau apa saja bahan apungan. Cara hanyut lebih mudah ketika arus laju manakala belon pula ketika angin lebih kuat dari kelajuan arus.
Paling penting umpan perlu dipastikan berada di permukaan air. Umpan perlu dihanyutkan kira-kira 10meter dari kedudukan pemancing kerana banang lebih bersifat penakut pada bayangan manusia kecuali pada malam hari kerana bayangan manusia dilindungi oleh limpahan cahaya lampu bot. Memadai jika kita tidak nampak umpan di hadapan.
Untuk menjerat banang dengan mudah, umpan tidak oleh dirembat atau di sentap sebaik sahaja sistem penggera berbunyi. Biarkan ia melarikan umpan seketika, tunggu hingga larian kedua barulah boleh direntap joran.
Sebaiknya mengunakan umpan mati berbanding hidup kerana banang bertindak membunuh sebaliknya melemahkan mangsa terlebih dahulu melalui cengkaman gigi di sepanjang muncungnya.
Ia akan menikmati habuannya setelah mangsa tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Umpan yang digunakan jangan terlalu besar dari saiz mulut banang yang diburu. Paling sesuai umpan sebesar 1 hingga 2 jari sahaja. Umpan seekor lebih berkesan dari hirisan ikan.
Sesuai dengan barisan gigi tajam yang dimiliki banang, perambut dawai lebih sesuai digunakan berbanding tangsi. Disyorkan perambut tangsi 30lb dipadankan dengan kabel 20lb hingga 40lb.
Kombinasi matakail (lebih dari satu mata kail) lebih mudah menjerat banang berbanding mengunakan mata tunggal. Jika inginkan keseronokan, guna 1 mata kail sahaja kerana ia lebih menyeronokkan dipadankan pula set pancing aksi ringan.
Bila guna aksi ringan joran melentur bagai nak rak, penggera sentiasa berbunyi seolah-olah tengah fight ikan besar. Malah, melihat aksi akrobatiknya di udara dalam cubaan melepaskan diri dari mata kail juga amat menghiburkan.
Selain umpan, teknik gaya persembahan umpan juga penting untuk pancingan kolam air tawar. Kalau salah pilih teknik perambut, boleh kumpau jadinya. Jadi, saya nak kongsikan satu teknik yang paling senang, paling menjimatkan umpan tetapi paling jarang mengecewakan.
Hanya dari segi hasil & saiz ikan yang berjaya didaratkan agak pelbagai. Adakala dapat besar, ada masa kecil. Dari segi spesies pula biasanya patin, pacu & patin Chaophraya la yang biasa makan. Itu pula bergantung pada setting umpan korang macam mana.
Cara-cara nak ikat perambut gantung
Perambut
Ambil tali perambut yang korang suka berkekuatan 20-50lb bergantung kepada saiz ikan yang korang target.
Buat dalam 1 depa hingga 3 depa bergantung pada kedalaman kolam tu macam mana. Lepas tu bahagikan sama panjang dan buat satu simpulan drooper loop.
Kalau tak tau nak buat drooper loop, korang boleh buat carian dalam website umpan ni ada tutorial siap video lagi.
Batu ladung
Ikat la batu ladung ikut saiz dan bentuk yang korang berkenan. Batu ladung memainkan peranan dalam menanam (menggantung) umpan korang dan juga jarak balingan umpan. Batu ladung yang terlalu ringan akan menyebab umpan korang timbul.
Perambut mata kail
Hujung perambut gantung satu lagi korang ikat la mata kail. Terlebih dahulu saya suka buat sambungan perambut dengan tali sulam dengan teknik ikatan improved Albright. Tali sulam berkekuatan 50lb yang disulamkan sikit lebihan talinya.
Umpan
Bancuh la roti dadu dengan umpan pilihan korang. Sebelum cucuk roti dadu pada mata kail, korang cucuk dulu marshmellow melepasi mata kail. Tujuan marshmellow ini untuk mengapungkan lagi umpan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...