Sinking Crankbait

Boleh terus mengarau kekili apabila gewang jatuh ke permukaan air atau tunggu beberapa saat supaya gewang tenggelam dan baru mengarau kekili untuk mencapai tahap kedalaman yang lebih.

Kelajuan karauan: Perlahan atau sederhana

 

Sinking Minnow

Boleh terus melakukan karauan apabila gewang jatuh ke air atau tunggu beberapa saat agar gewang tenggelam untuk mencapai tahap kedalaman yang dikehendaki.

Kelajuan karauan: Sederhana atau cepat

 

Spinnerbait

Setelah melontar gewang ke spot dan mencecah permukaan air, terus lakukan karauan tanpa perlu melakukan sebarang aksi tambahan.

Kelajuan karauan: Perlahan atau sederhana.

 

Popper / Popper Kecil

Apabila gewang jatuh ke permukaan air, tunggu 5-10 saat kemudian tegangkan tali. Lakukan sentapan hujung joran ke bawah dengan pantas. Kemudian gulung tali masuk ke spool. Ulang proses yang sama sambil memberi sedikit masa bagi setiap kali sentapan.

Kelajuan karauan: Sederhana atau perlahan.

 

IKLAN

Soft lure (Soft frog)

Boleh dimaikan dengan cara karauan perlahan, atau dengan kombinasi menyentap sedikit ke atas atau ke bawah.

Kelajuan karauan: Perlahan

 

Spoon

Boleh terus mengarau kekili ketika spoon jatuh ke permukaan air atau membiarkannya hingga mencecah dasar. Boleh mengarau kekili secara statik atau dengan kombinasi berhenti sesaat (stop and go) dengan sentapan hujung joran ke atas ke bawah.

Kelajuan karauan: Sederhana atau cepat

 

Bucktail jig

Tunggu sehingga gewang mencecah dasar, tegangkan tali kemudian karau perlahan disertai dengan sentap hujung joran ke atas secara berterusan.

Kelajuan karauan: Perlahan

IKLAN

 

Jump frog

Terus saja mengarau kekili apabila gewang menyentuh permukaan air, perlahankan sedikit tempo jika banyak sambaran agar ia berada lebih lama dalam strike zone.

Kelajuan karauan: Perlahan, sederhana atau cepat

 

Pencil / Stickbait

Terus saja melakukan karauan perlahan seraya sentapan hujung joran ke bawah secara konsisten. Ia akan menghasilkan gerakan zig-zag atau walk the dog pada gewang.

Kelajuan karauan: Sederhana atau cepat

 

Micro Jig (Cast Jig)

IKLAN

Tunggu sehinga gewang menyentuh dasar dan tegangkan tali. Lakukan karauan sambil sentapan hujung joran ke atas beberapa kali sehingga gewang sampai ke permukaan. Lepaskan tali agar gewang tenggelam dan ulangi proses yang sama.

Kelajuan karauan: Perlahan, sederhana atau cepat.

 

Kicking Frog

Segera melakukan karauan sedang kelajuan yang sesuai apabila gewang mencecah permukaan air. Perhatikan renangan kaki gewang untuk mendapatkan kelajuan karauan yang sepadan.

Kelajuan karauan: Sederhana

 

Weedles Bottom Soft Plastic Lure

Tunggu sehingga gewang mencecah dasar, lakukan karauan dengan kadar perlahan sambil sesekali lakukan sedikit sentapan ke atas pada hujung joran.

Kelajuan karauan: Perlahan

 

Grub Softlure (Soft Plastic)

Tunggu sehingga gewang tenggelam dan ia perlu dimainkan di dasar. Lakukan sentapan joran ke atas sebanyak 2-3 kali bagi setiap satu karauan penuh.

Kelajuan karauan: Perlahan atau sederhana

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI