Mata kail wide gap nombor 4. Mata kail sebaiknya dikangkangkan sedikit agar mudah tercangkuk pada mulut tongsan.
Tali benang 80lb (panjang perambut antara mata kail dan spring kira-kira sejengkal atau 5 inci).
Gabus kira-kira 5 biji Set perambut tongsan yang siap untuk digunakan
Ads
Bahan & Teknik mengadun umpan
1 kg dedak 929
10 penutup Umpan Power Buah Perah
3 bungkus serbuk power perisa pandan
Ads
3 bungkus serbuk power perisa strawberi
1 botol perisa pisang, perisa pandan dan perisa strawberi
Ads
Cara penyediaan
Campur kesemua serbuk perisa ke dalam dedak dan gaulkan.
Masukkan 10 penutup Umpan Power Buah perah dan gaulkan, masukkan pula perisa pandan dan strawberi dan gaulkan.
Akhir sekali baru masukkan perisa pisang dan gaulkan. Sebaiknya simpan bancuhan ini selama 3-4 jam sebelum digunakan. Adunan haruslah peroi dan tidak terlalu keras atau lembik.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Kalau nak casting ikan air tawar macam sebarau, perambut jenis mana lebih sesuai untuk dijadikan leader. Perambut yang lembut atau keras?
JAWAPAN:
Saya mengandaikan leader lembut yang dimaksudkan adalah monofilament shock leader dan leader keras ialah fluorocarbon. Pada asasnya kedua-dua leader ini sesuai dan boleh digunakan. Tujuan leader digunakan adalah sebagai penyerap hentakan berikutan penggunaan tali sulam yang tiada memori.
Namun secara peribadi saya lebih selesa menggunakan monofilament shock leader untuk casting di air tawar. Untuk casting air masin pula saya memilih fluorocarbon.
Saya lebih selesa menggunakan monofilament leader atas beberapa sebab. Pertama, sifat elastik monofilament berbanding fluorocarbon yang agak kejung sedikit sebanyak ia tidak mengganggu aksi gewang terutamanya gewang-gewang kecil.
Kedua, sifat monofilament yang lebih elastik dan lembut juga membolehkan ia digunakan lebih panjang sehingga boleh dimuatkan ke dalam gelendung kekili. Ia tidak seperti leader fluorocarbon yang akan menjejaskan kelancaran balingan apabila disambung terlalu panjang sehingga ke dalam gelendung. Semakin panjang leader bermakna semakin jauh jarak halimunan gewang dengan tali utama.
Ketiga, monofilament leader lebih ringan berbanding fluorocarbon sekaligus menyebabkan ia lebih lambat tenggelam. Perbezaan ini boleh dikenal pasti jika menggunakan gewang permukaan. Fluorocarbon yang berat dan mudah tenggelam akan menyebabkan gewang permukaan akan mendongak ke bawah sekaligus menjejaskan sedikit aksi renangannya.
Dan keempat, kebanyakan perairan air tawar tidak memiliki stuktur atau objek tajam sebagaimana di perairan air masin. Oleh yang demikian ia tidak memerlukan leader yang keras dan tahan lasak menangkis geseran.
Bagaimana caranya untuk mengingati tarikh kalendar Hijrah dengan pengaruh pasang surut laut? Contoh macam 1 hari bulan Hijrah arusnya dengan bagaimana? Laju, perlahan atau arus mati? Begitu juga dengan tarikh-tarik yang lain? Ia kadang-kadang agak keliru dengan perkiraannya.
JAWAPAN:
Dari segi kejadian pasang surut, kejadian pasang surut air laut merupakan bentuk gerakan air laut yang terjadi apabila terdapat pengaruh gaya tarik bulan dan matahari terhadap bumi.
Arus ini dapat dilihat jelas di perauran muara sungai dan ke tepian pantai. Apabila air laut bergerak pasang maka terlihat gerakan arus laut yang masuk ke dalam alur sungai, sebaliknya ketika air laut bergerak menuju surut, maka terlihat gerakan arus laut mengalir keluar (ke laut).
Kaedah untuk membacanya dengan menggunakan kalendar lunar atau kalendar Islam. Arus pasang surut dibahagikan kepada dua iaitu:
Pasang besar
Pasang besar terjadi pada tanggal 1 (bulan baru) dan tanggal 15 (bulan penuh). Pasang besar ialah peristiwa di mana air pasang naik dan pasang surut tertinggi (besar).
Kedudukan bumi-bulan-matahari berada pada satu garis sehingga kekuatan gaya tarik bulan dan matahari berkumpul menjadi menarik permukaan bumi. Permukaan bumi yang menghadap ke bulan mengalami pasang naik besar.
Untuk aktiviti memancing, 4 hari sebelum dan selepas bulan baru dan bulan penuh tidak begitu sesuai disebabkan arus laju.
Pasang bani
Pasang bani atau mati ialah peristiwa terjadinya pasang naik dan pasang surut terendah (kecil). Pasang kecil ini terjadi pada tanggal 7 dan 21 kalendar Islam. Pada kedua tanggal tersebut posisi matahari-bulan-bumi membentuk susut 90 darjah. Gaya tarik bulan dan matahari terhadap bumi berlawanan arah sehingga kekuatannya menjadi berkurang (saling melemahkan).
Bagi pemancing, 3 hari sebelum dan selepas air pasang bani amat bersesuaian untuk memancing kerana arus tidak laju.
Secara peribadi, pergerakan arus deras hanya menyulitkan kita memancing. Ikan perlu makan dan ia tidak berhenti makan pada masa apa pun. Kebanyakan ikan mega yang diperolehi lazimnya ketika arus laju!
Snap adalah perkakasan terminal yang menyambung gewang (atau lain-lain aksesori) dengan peralatan utama pancing. Snap ini dipanggil dengan pelbagai nama. Ada yang memanggil pin dan juga kili atau cili. Namun snap atau cili lebih merujuk kepada swivel iaitu perkakasan terminal kecil yang boleh berputaran bebas. Untuk tidak menimbulkan kekeliruan, saya menamakannya snap atau klip (clip).
Brass snap clip
Snap ini diperbuat daripada dawai atau wayar lembut bersalut loyang yang fungsinya sama seperti pin baju. Saya percaya seperti pemancing lain pernah menggunakan snap ini ketika baru belajar memancing. Malah masih ramai juga yang masih menggunakannya.
Tidak salah menggunakannya namun tidak disarankan untuk tugas yang agak berat. Setakat untuk memancing ikan kecil atau udang galah, ia tidak mendatangkan masalah. Namun ia juga tidak tahan kakisan air masin, jadi ia lebih sesuai untuk kegunaan air tawar saja.
Coastlock snap
Snap yang diperbuat daripada dawai berketahanan tinggi yang dipulas untuk membentuk gelung dan cangkuk berspring bagi mengunci sistem ini. Boleh dikatakan ramai pemancing yang menggunakan snap ini untuk memancing banyak jenis ikan.
Pada pendapat kami, ia berupaya mengatasi beban berlebihan tetapi pernah juga melihatnya gagal. Pernah juga berlaku di mana snap ini tertanggal setelah berlaga dengan reba dan terbuka semasa ikan menyambar.
Walaupun ada sistem snap lain yang lebih baik, namun snap ini masih dianggap bagus dan kuat untuk tugas berat. Pastikan juga jenamanya berkualiti.
Fastach snap
Satu rekaan yang agak bijak. Sistem snapnya sama seperti coastlock tetapi terdiri daripada hujung berlingkar seperti spring di mana tali akan disambungkan dengan cara tertentu tanpa perlu mengikatnya.
Prinsip sistem snapnya berfungsi seperti coastlock, jadi ada kelebihan dan kelemahannya. Kali pertama melihatnya saya agak kebingungan. Sistem snapnya memuaskan tetapi jika anda seorang yang malas nak buat ikatan, inilah sistem snap yang sesuai.
Lure clip
Snap ini adalah hasil kraftangan dari Ingham Tackle Shack, Queensland, Australia. Ia sama seperti snap coast lock, tetapi pengunci cangkuk berspringnya melingkar sekali ganda di sekeliling shaf utama agar dapat mengunci gewang dengan selamat.
Reka bentuknya cukup mengagumkan. Saya percaya ia memiliki kelebihan mampu mengatasi sebarang kegagalan sekiranya terjadi. Biarpun dikeluarkan untuk satu jenis saiz sahaja, namun ia bagus untuk pancingan kelas ringan dan sederhana.
Lantaran hasil kraftangan, makai a sukar diperoleh kecuali dengan membuat tempahan terus dari Ingham Tackle Shack. Penciptanya telah membuat ujian tekanan ke atas snap ini dan mendapati apabila snap in tidak berdaya menanggung beban, lingkaran penguncinya itu akan melorot ke bawah dan akan menjerut gewang agar tidak terlepas.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...