SOALAN:

 

Kalau nak casting ikan air tawar macam sebarau, perambut jenis mana lebih sesuai untuk dijadikan leader. Perambut yang lembut atau keras?

 

JAWAPAN:

 

Saya mengandaikan leader lembut yang dimaksudkan adalah monofilament shock leader dan leader keras ialah fluorocarbon. Pada asasnya kedua-dua leader ini sesuai dan boleh digunakan. Tujuan leader digunakan adalah sebagai penyerap hentakan berikutan penggunaan tali sulam yang tiada memori.

IKLAN

 

Soal Jawab Mancing – Perambut Terbaik Untuk Casting Sebarau?

 

Namun secara peribadi saya lebih selesa menggunakan monofilament shock leader untuk casting di air tawar. Untuk casting air masin pula saya memilih fluorocarbon.

IKLAN

Saya lebih selesa menggunakan monofilament leader atas beberapa sebab. Pertama, sifat elastik monofilament berbanding fluorocarbon yang agak kejung sedikit sebanyak ia tidak mengganggu aksi gewang terutamanya gewang-gewang kecil.

 

Kedua, sifat monofilament yang lebih elastik dan lembut  juga membolehkan ia digunakan lebih panjang sehingga boleh dimuatkan ke dalam gelendung kekili. Ia tidak seperti leader fluorocarbon yang akan menjejaskan kelancaran balingan apabila disambung terlalu panjang sehingga ke dalam gelendung. Semakin panjang leader bermakna semakin jauh jarak halimunan gewang dengan tali utama.

 

IKLAN

Soal Jawab Mancing – Perambut Terbaik Untuk Casting Sebarau?

 

Ketiga, monofilament leader lebih ringan berbanding fluorocarbon sekaligus menyebabkan ia lebih lambat tenggelam. Perbezaan ini boleh dikenal pasti jika menggunakan gewang permukaan. Fluorocarbon yang berat dan mudah tenggelam akan menyebabkan gewang permukaan akan mendongak ke bawah sekaligus menjejaskan sedikit aksi renangannya.

 

Dan keempat, kebanyakan perairan air tawar tidak memiliki stuktur atau objek tajam sebagaimana di perairan air masin. Oleh yang demikian ia tidak memerlukan leader yang keras dan tahan lasak menangkis geseran.

 

Soal Jawab Mancing – Perambut Terbaik Untuk Casting Sebarau?

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI