Kealpaan para pemancing menyediakan umpan dengan teknik yang betul dan tepat, mempengaruhi hasil pancingan.
Perlu diingatkan bahawa persembahan melalui teknik pengumpanan yang betul boleh membantu pemancing memperolehi sentapan pada kadar kebarangkalian yang tinggi.
Ini berikutan teknik yang salah sering menyebabkan umpan berpintal dan berbelit sesama sendiri.
Biasanya umpan berbelit antara satu sama lain juga dengan tangsi utama ketika diturunkan ke dasar.
Terdapat dua punca utama umpan berpintal dengan tali utama iaitu:
Ads
i – Umpan dilabuhkan ke dasar terlalu laju
ii – Umpan tidak membelah arus dan berpusing ketika turun ke dasar.
Bagi berhadapan dengan masalah umpan dilabuhkan terlalu laju ke dasar, cara terbaik yang perlu dilakukan ialah dengan mengawal kelajuan pelepasan batu ladung.
Ia boleh dilakukan sama ada dengan menetapkan tahap kelajuan putaran gelendung kekili, atau mengawalnya secara manual (mengawal kelajuan putaran gelendung dengan tangan).
Ads
Punca umpan berpintal disebabkan umpan tidak dipersembahkan secara betul iaitu tidak membelah arus dan berpusing ketika turun ke dasar inilah sering berlaku.
Walaupun umpan diturun secara perlahan, ia tetap masih juga berpintal dan tidak disentuh oleh pemangsa.
Ads
Masalah ini berpunca dari cara menghiris umpan. Tidak kira jenis ikan apa yang dihiris untuk dijadikan umpan, ia perlulah dihiris dalam bentuk yang dapat membuai apabila ditolak arus.
Begitu juga sewaktu hirisan umpan dicangkuk pada mata kail. Pastikan bahagian yang lebih tirus dicangkuk pada mata kail (sebagaimana dalam gambar).
Perlu diingat bahawa ketika umpan turun ke dalam arus dan pergerakan umpan merintangi air akan menyebabkan ia berputar.
Semakin laju ia berputar semakin kuat perambut dipintal dan ia menjadi semakin pendek dan sebelum umpan mencecah dasar ia terlebih dahulu sudah berbelit dengan tali utama.
Ikan jarang sama sekali mahu menyentuh umpan yang berpintal pada tali utama.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Sekiranya korang berjaya mendaratkan seekor kerapu boron bersaiz melebihi saiz hidangan meja makan, cara terbaik untuk dijadikan juadah adalah dengan memotongnya kecil-kecil. Dan salah satu resepi terbaik untuk memasaknya adalah masak masam manis.
Bahan-Bahan Keperluan:
Isi ikan kerapu dipotong kiub
110 gm tepung jagung (dicampur sedikit garam)
1 biji telur (dipukul)
Minyak masak secukupnya Bahan Sos:
5 biji bawang merah
5 biji bawang putih (dikisar)
3cm halia
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 cawan air
Garam secukup rasa
Cara Penyediaan Ikan
1. Gaul ikan dengan telur dan tepung jagung.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ikan tadi sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Cara Penyediaan sos:
1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2. Selepas itu masukkan cili kisar dan kacau sehingga pecah minyak.
3. Masukkan air , sos cili , sos tomato dan garam secukup rasa.
4. Apabila sudah mendidih, angkat dan tuangkan kuah ke atas ikan.
“Kamu semua ni dah teroka semua lubuk ikan kat Malaysia ni ke?”
“Takdelah pak cik, kita orang teroka lubuk yang pernah orang pergi sahaja, itu pun kalau ada orang yang cerita tentang lubuk tersebut.” Pakcik itu pun tersenyum sambil menarik kerusi dan duduk di sebelah saya. Selepas itu, kami berborak panjang dengan pakcik itu. Di memperkenalkan namanya Pak Sahak.
Mulai saat itu, Pak Sahak mula menceritakan pengalaman-pengalaman tentang ikan dan lubuk-lubuk yang pernah diterokai. Kami semakin teruja untuk mendengarnya. Pada masa itulah, Pak Sahak menawarkan kepada kami satu lubuk yang jarang-jarang dikunjungi orang.
Cerita Pak Sahak lagi, di situ terdapat pelbagai jenis ikan dan berat ikan tidak kurang dari 1 kg. Dia pernah menaikkan seekor ikan sebarau seberat 3kg di situ dan pelbagai jenis lagi ikan yang puratanya 2-5 kg.
Dan lubuk itu dinamakan lubuk Batu Lumut. Asal usul nama lubuk itu tidak pula diceritakan kepada kami. Ia terletak di hulu Sungai Dungun. Lokasinya tidaklah jauh dari kampung kami. Kami semakin teruja dan berhasrat untuk mengunjungi lubuk tersebut.
Keesokan harinya, Fuzly, Syamil dan Ayem datang ke rumah. Mereka mengajak saya untuk ke lubuk rusa itu. Selepas berbincang, kami sepakat untuk ke sana selepas Zuhur dengan menggunakan 2 buah motosikal.
Kami menuju ke lubuk rusa berpandukan arah yang diberitahu oleh Pak Sahak malam tadi. Walaupun salah seorang daripada kami tidak pernah sampai ke situ, jalan yang diberitahu oleh Pak Sahak tidaklah susah sangat. Jalannya pun tidak lah teruk dan bahaya kerana ia melalui jalan ladang kelapa sawit sahaja.
Selepas 2 jam perjalanan, akhirnya kami selamat tiba di lokasi yang dihajatkan. Masing-masing tersenyum lebar kerana lubuk yang kami dengar dari mulut Pak Sahak sudah berada di depan mata. Air sungai jernih menghijau.
Pokok-pokok rendang tunduk mencecah permukaan air. Di situ terlihat juga anak sungai kecil yang menuruni lereng bukit dan batu besar sebelum memasuki sungai di hadapan kami. Lubuk sebeginilah yang menjadi kegilaan kaki casting.
Belum sempat saya membetulkan joran dan memasang umpan, satu kelibat ikan sebarau menyambar anak ikan sudah kelihatan. Saiznya agak kasar, mungkin 2kg ke atas. Apa lagi, masing-masing menguji kepakaran masing-masing.
Beberapa minit selepas itu, kami mengambil keputusan untuk berpecah. Saya dan Fuzly ke kawasan berbatu. Manakala Ayem dan Syamil menuju ke kawasan berpasir.
Jam menunjukkan pukul 6 petang. Walaupun nampak kelibat ikan sebarau mengejar anak ikan, tetapi seekor ikan pun belum kami perolehi. Tiba-tiba langit yang cerah bertukar menjadi hitam. Angin bertiup kencang sehingga ada pokok tumbang berhampiran kami.
Saya berasa risau dan mengajak Fuzly, Syamil dan Ayem segera pulang. Kami bergegas menuju ke arah motosikal. Belum sempat kami menghidupkan motosikal, tiba-tiba Syamil menyebut kalimah Allah dengan kuat sambil menuding jari ke atas.
Alangkah terkejutnya saya, apabila mendongak ke langit. Kelihatan satu lembaga hitam yang sangat besar berada di hadapan kami. Matanya yang besar, kelihatan merah menyala.
Rambutnya pula panjang menegak hingga mencecah pucuk pokok yang tinggi. Tiada tangan dan kaki, hanya bertubuh besar, tinggi dan berwarna hitam. Makhluk tersebut tidak berkelip sambil menganga menampakkan taring.
Kami terdiam sambil memandang sesama sendiri. Tubuh saya waktu itu menggigil dan terasa sejuk seperti berada di dalam peti ais. Mujurlah rakan saya, Ayem adalah anak kepada seorang ustaz.
Dia melaungkan azan sambil membawa ayat Kursi dengan kuat. Serta-merta lembaga hitam berkenaan hilang dan cuaca berubah cerah. Ayem menyeru kami beristighfar dan beredar dari kawasan itu dengan segera.
Mujurlah kami tidak diapa-apakan oleh lembaga hitam berkenaan. Kami selamat sampai ke kampung lewat maghrib. Sepanjang perjalanan, kami tidak bergurau seperti biasa kerana masih terkejut dengan kejadian tadi.
Malam keesokan harinya, kami duduk bersembang di kedai Pak Karim. Cuma Syamil tidak dapat join kerana demam dan masih terkejut. Waktu itu Pak Sahak datang menghampiri kami. Dia bertanyakan tentang lubuk yang kami pergi dan kami menceritakan apa yang telah kaki lalui kepadanya.
Kami hanya memandang sesama sendiri dan saya berkata kepadanya “kenapa tempat tu keras sangat Pak Sahak?” Pak Sahak tersenyum dan memberitahu lubuk rusa itu memang keras dan berpenunggu. Dia terlupa memberitahu kepada kami perkara sebenar dan pantang larang tempat tersebut.
Perkara pertama yang perlu diperiksa adalah palam pencucuhnya, sama ada masih dalam keadaan baik ataupun tidak. Perlu diingat fungsi palam pencucuh adalah menghasilkan tujahan api yang baik dan sekata.
Jadi, sebaiknya periksa ini terlebih dahulu. Sebaiknya palam pencucuh memang patut ditukar setiap kali membuat servis.
Jika percikan api tiada maka pemeriksaan terhadap cdi ignition perlu dilakukan. Jalan mudah sementara pinjam dari enjin lain yang sama model dan cuba buat pertukaran sementara untuk menentukan masalah tersebut.
Yang kedua, periksa sistem caburrator yang mencampurkan bahan api dan udara yang dihantar kepada piston untuk dijadikan bahan bakar. Ia perlu tepat dan mencukupi agar pembakaran sempurna.
Kemampatan silinder juga memainkan peranan dari segi ring piston hingga penolakan omboh mengikut kondisi enjin. Bagi enjin yang telah berusia mungkin impak hakisan masa telah menurunkan kemampatan enjin tersebut.
Sekiranya masalah telah dikenal pasti dan enjin dapat dihidupkan lihat pula sistem penyejuk enjin. Enjin mesti disangkut pada sampan atau tangki percubaan bagi melihat kitaran air agar blok enjin tidak panas dan boleh mengundang enjin menjadi jammed.
Semoga dapat membantu menangani permasalahan ini. Selamat memancing!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...