Perkara pertama yang perlu diperiksa adalah palam pencucuhnya, sama ada masih dalam keadaan baik ataupun tidak. Perlu diingat fungsi palam pencucuh adalah menghasilkan tujahan api yang baik dan sekata.
Jadi, sebaiknya periksa ini terlebih dahulu. Sebaiknya palam pencucuh memang patut ditukar setiap kali membuat servis.
Ads
Jika percikan api tiada maka pemeriksaan terhadap cdi ignition perlu dilakukan. Jalan mudah sementara pinjam dari enjin lain yang sama model dan cuba buat pertukaran sementara untuk menentukan masalah tersebut.
Yang kedua, periksa sistem caburrator yang mencampurkan bahan api dan udara yang dihantar kepada piston untuk dijadikan bahan bakar. Ia perlu tepat dan mencukupi agar pembakaran sempurna.
Ads
Ads
Kemampatan silinder juga memainkan peranan dari segi ring piston hingga penolakan omboh mengikut kondisi enjin. Bagi enjin yang telah berusia mungkin impak hakisan masa telah menurunkan kemampatan enjin tersebut.
Sekiranya masalah telah dikenal pasti dan enjin dapat dihidupkan lihat pula sistem penyejuk enjin. Enjin mesti disangkut pada sampan atau tangki percubaan bagi melihat kitaran air agar blok enjin tidak panas dan boleh mengundang enjin menjadi jammed.
Semoga dapat membantu menangani permasalahan ini. Selamat memancing!
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ramai pemancing yang beranggapan jika tidak muntah maka mereka tidak mabuk laut. Namun mereka lupa bahawa muntah itu adalah bahagian mabuk laut yang paling berat. Mabuk laut ini banyak peringkat atau tahap dan muntah itu berada pada tahap yang paling berat. Mari kita tinjau peringkat atau tahap yang ada dalam mabuk laut.
Level Mikro
Mabuk laut mikro adalah jenis mabuk yang paling rendah dalam kategori mabuk laut. Semua pemancing akan merasai mabuk jenis ini walaupun sudah bergelar otai laut dalam. Namun ia sama sekali tidak menjejaskan aktiviti memancing dan tidak memperlihatkan sebarang tanda. Ia sekadar pening kepala tahap ringan dan hanya mereka yang mengalaminya saja dapat merasainya.
Level Medium Light
Mabuk medium light ini adalah mabuk kategori ringan yang mana akan merasai sakit kepala yang tidak berterusan. Ia tidak menjejaskan aktiviti memancing dan boleh mengambil makanan atau merokok seperti biasa. Pada kemuncak rasa mabuk light ini mereka yang merasai akan berehat seketika untuk meredakan sakit kepala.
Mabuk Light
Pemancing yang mengalami mabuk light ini mula memperlihatkan tanda setelah sesi memancing berlangsung hampir separuh hari. Mereka biasanya tidak akan mengambil makanan dan akan tidur apabila tahap mabuk berada di kemuncak dan akan berakhir dengan muntah. Pada tahap ini aktiviti memancing ditamatkan dan menghabiskan masa dengan berehat atau tidur.
Mabuk Heavy
Mereka yang berhadapan dengan mabuk tahap berat ini lazimnya hanya sempat memancing untuk tempoh yang amat singkat. Malah ada yang tidak sempat menyentuh pancing langsung. Masa panjang yang berbaki dihabiskan dengan tidur dan muntah bersilih ganti. Apa saja bentuk makanan tidak mampu untuk dimakan.
Mabuk Heavy Teruk
Pemancing yang pada tahap mabuk heavy teruklangsung menyentuh barang pancing. Malah ketika bot gerak menuju ke lokasi memancing sekali pun sudah berwajah hijau. Lazimnya sejurus saja berhenti, merekalah yang terlebih dahulu muntah sebelum umpan dilabuhkan. Apa saja aktiviti tidak dapat dilakukan selain muntah sehingga tidak ada yang hendak dimuntahkan lagi. Tahap paling kritikal mereka ini berkemungkinan akan pengsan.
Untuk memburu kelah atau tengas haruslah masuk jauh ke hulu hutan sungai pergunungan dan haruslah berbekal sedikit ilmu bagi berhadapan dengan sesuatu yang tidak diingini. Malah apa saja yang melibatkan pancingan di hutan sungai pergunungan korang bakal bertemu dengan binatang buas dan ini ada sedikit petua dan tip untuk diamalkan.
Petua bertemu harimau
Jika sedang memancing dalam keadaan hutan penuh dengan bunyi unggas serangga, tiba-tiba hutan tu jadi sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap seperti harimau belang, harimau akar dan beruang. Kalau disusuli dengan bau hamis… maka sahlah harimau. Buatlah sesuatu seperti meletupkan mercun untuk menghalaunya pergi (jangan lupa bawa mercun bola kalau masuk hutan).
Petua bertemu beruang matahari
Hutan paya kat Malaysia banyak beruang matahari atau beruang madu. Kalau terserempak dengan haiwan ni, apa yang perlu kita buat ialah MENJERIT (JERKAH) dan buat seperti nak kejar. Automatik beruang tu akan lari (petua ini dipetik dari pengalaman Orang Asli).
Petua bertemu ular tedung
Kalau terserempak dengan ular tedung, jangan buat gerakan mengejut. Kakukan diri dan mengundur secara perlahan-lahan. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu (jika berani) cuba acah-acah bagi ular tu kembang penuh dengan ranting kayu dan berundur.
Petua berhadapan kera / lutong
Kera dan lutong adalah dari spesies yang sama macam kelah dan tengas. Spesies kera ni takkan lari bila kita libas dengan sebatang ranting kayu. Untuk halau kera, patahkan dahan pokok renek dengan daun dan ranting yang mengembang dan hayunkan kat kera tu. Rasionalnya ranting dan daun yang kembang tu nampak lagi besar dari sebatang ranting.
Pantang larang binatang buas
Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya. Contohnya bila ternampak harimau, gajah, badak, seladang dan lain-lain lagi. Jadi, kalau dari jauh dengar bunyi kera buat bising… tentu ada binatang besar tengah lalu. Maka pilihlah laluan lain atau tunggu sehingga keadaan reda sebelum meneruskan perjalanan.
Petua bertemu lumut tahi kera
Kalau kita berjalan pada waktu malam, terutama dalam hutan tebal berdekatan dengan air terjun atau sungai, kita akan nampak ada objek bercahaya warna hijau fluorescent. Objek yang bercahaya itu ialah lumut tahi kera. Pada waktu singa tak nampak apa-apa tapi bila waktu malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dengan sedikit bantuan cahaya dari bulan. Lumut ni hanya tumbuh di denai (laluan binatang atau manusia). Bagusnya, kalau sesat waktu malam… ikut je laluan ni, InsyaAllah tak langgar pokok.
Ada orang kata, ikan apa pun sedap kalau dibuat masak kari. Memang betul ada betul pendapat tersebut. Tapi kalau ikan yang sedap isinya agak dirugi dibuat kari kerana kari tersebut boleh membunuh rasa asal ikan itu. Jadi, kalau ada ikan yang kurang sedap rasanya seperti ikan alu-alu maka memang sesuai sangat dibuat kari.
Bahan-Bahan: (Bergantung kepada saiz ikan alu-alu)
1 ekor ikan saiz kecil dipotong
2 biji bawang besar (dikisar)
1 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1/2 sudu biji sawi
1/2 sudu halba
2 sudu besar kari ikan (digaulkan dengan sedikit air dijadikan pes)
1 mangkuk air asam jawa
1 mangkuk santan
Sedikit air
Sedikit garam
2 tangkai daun kari
Cara-Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bahan kisar,biji sawi,halba dan daun kari sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Masak hingga betul-betul garing atau pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa dan ikan.Bila dah menggelegak masukkan santan dan garam.
4. Masak sehingga menggelegak beberapa minit dan bolehlah diangkat.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...