Sekiranya korang berjaya mendaratkan seekor kerapu boron bersaiz melebihi saiz hidangan meja makan, cara terbaik untuk dijadikan juadah adalah dengan memotongnya kecil-kecil. Dan salah satu resepi terbaik untuk memasaknya adalah masak masam manis.
Bahan-Bahan Keperluan:
Ads
Isi ikan kerapu dipotong kiub
110 gm tepung jagung (dicampur sedikit garam)
1 biji telur (dipukul)
Minyak masak secukupnya Bahan Sos:
5 biji bawang merah
5 biji bawang putih (dikisar)
3cm halia
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 cawan air
Garam secukup rasa
Ads
Cara Penyediaan Ikan
1. Gaul ikan dengan telur dan tepung jagung.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ikan tadi sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Ads
Cara Penyediaan sos:
1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2. Selepas itu masukkan cili kisar dan kacau sehingga pecah minyak.
3. Masukkan air , sos cili , sos tomato dan garam secukup rasa.
4. Apabila sudah mendidih, angkat dan tuangkan kuah ke atas ikan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Tarikh yang dipilih adalah agak berarus airnya walaupun masih lagi belum tahap ‘air besar’. Sudah semestinya kami memilih teknik casting dan juga jigging.
Walaupun begitu, kami tetap menyediakan satu set pancing dasar untuk mencari anak-anak ikan sebagai hasil tambahan, jika ada.
Tepat 7.30 pagi, kami telah pun bersedia di jeti Kampung Permatang, Teluk Rubiah, Perak. Segala makanan dan air telah dibeli secukupnya sebagai bekalan hingga ke petang.
Bot meluncur laju ke destinasi pertama iaitu sebuah pulau kecil yang berbatu. Agak kuat juga alunnya pada waktu itu. Casting dimulakan tanpa henti namun setelah 20 minit, tiada hasil.
Berpindah ke pulau berdekatan dan masih lagi sama keputusannya. Tekong mengajak ke Batu Putih pula. Sauh dilabuhkan sambil jigging dan casting. Seekor todak mengena.
Kami juga mencuba memancing dasar di situ dan hasilnya mendapat 5 ekor ‘kerapu manis’ setelah sejam setengah di situ.
Hari telah mula panas terik pada waktu ini. Kami ke pulau lain pula dan ketika ini, arus masih belum pasang lagi. Lubuk ini masih lagi tiada hasil kecuali rabut sebanyak dua kali ketika beraksi.
Kami membuat keputusan untuk berehat di salah sebuah pulau di mana terdapat air tawar. Setelah mandi, dan berehat sehingga tertidur, kami teruskan lagi sesi memancing untuk ‘separuh masa kedua’.
Lubuk ini nampak tenang. Balingan bulu ayam kedua Elmi disambar kasar dan bermulalah aksi yang ditunggu. Setelah membuat loncatan dan berpusing separuh bot, ikan talang tersebut akhirnya tumpas.
Saya yang menyambung casting mendapat tarikan serta merta selepas itu. Namun ketika tekong bersedia untuk menangguk, ia terlucut. Hanya mampu melihat kelibat sahaja. Kami berpindah lagi. Nampaknya pada awal petang ini, ikan agak galak pula.
Tak sampai 10 minit casting, Tompok yang menggunakan popper mendapat sentapan. Beliau yang berada di belakang bot terkialkial menahan asakan. Tumpas alu-alu tersebut.
Memandangkan keadaan tenang, tekong pun ingin mencuba nasib. Baling kelima beliau disambut kasar.
Tergesa-gesa kami menggulung pancing kerana agak liar pula lariannya kali ini. Seekor talang besar berjaya ditawan. Kami berpindah setelah hampir 2 jam dan menuju ke lubuk-lubuk lain pula tetapi tiada ikan yang menyambut balingan kami.
Kata putus dicapai lalu kami pulang ke jeti dengan ceria walaupun hasilnya tidaklah banyak seperti yang diidam-idamkan. Kami akan kembali nanti.
Jangan ambil ikan melebihi keperluan. Pilih yang bersaiz majoriti sekadar untuk dimakan, lepaskan selebihnya.
Lepaskan ikan besar untuk menjaga warisan genetik.
Lepaskan ikan induk untuk membiak.
Amalkan kaedah yang betul dalam C&R.
Fahami bahawa ikan adalah spesis yang sangat rapuh.
Tangkap dan lepas wajib dijadikan amalan bagi setiap pemancing rekreasi.
Air tawar: Kelisa, temoleh, toman bunga, jengkua, kelah (kecuali di Taman Negara), jelawat liar, patin liar seperti patin muncung, kenerak, begahak, sikang.
Air masin: Semua ikan berparuh seperti layaran dan mersuji, ikan yu besar, kerapu bara (coral trout).
Lupuskan sampah, tali, umpan dan perkakas pancing lain dengan sempurna; recycle jika mampu.
Pencemaran merosakkan habitat ikan dan menjadikan persekitaran kurang menyeronokkan. Sedikit pencemaran mampu mencetus perbezaan yang besar.
Perlu diingat bahawa kita bukan nelayan. Pertimbangkan keselamatan pemancing lain disekeliling dan juga diri sendiri. Jangan biarkan orang lain bimbang sedangkan kita berseronok.
Patuhi undang-undang memancing dan pengendalian bot.
Percaya bahawa peraturan adalah untuk keselamatan kita dan untuk memastikan kesejahteraan sumber.
Jangan menganggu keselesaan pemancing. Sentiasa menjaga nilai persahabatan. Hormati barangan milik pemancing.
Jika hak dihormati, memancing akan menjadi lebih seronok.
Termasuk nelayan.
Jangan menceroboh.
Mohon kebenaran, jika perlu.
Kawasan memancing biasanya ditutup bila hak milik persendirian tidak dihormati.
Imej pemancing terletak ditangan setiap pemancing.
Membantu pemancing lain menjadikan anda pemancing yang lebih baik. Lebih keseronokkan untuk semua orang.
Belajar dan tingkatkan skill. Bersedia menjadi pelabur.
Elakkan dari menjadi egen penyebar spesies asing
Biodiversiti aturan Tuhan adalah paling sempurna.
Berhati-hati menggunakan umpan hidup dari spesis yang tidak wujud dalam sistem semulajadi kawasan pancingan.
Cichlids: flowerhorns, peacock bass, jaguar cichlids, tilapia bunga, semua jenis dari keluarga tilapia.
Kap: Kap rumput (tongsan sisik kasar), leekoh, kap kepala besar (tongsan sisik halus), kap perak, rohu.
Ada beberapa panduan dan perkara melibatkan untung rugi yang perlu anda fikir masak-masak sebelum sertai trip pancing laut dalam di pelantar minyak.
Perlu membuat tabungan sekurang-kurangnya setahun awal daripada tarikh bertolak. Kos trip dalam anggaran RM800-RM1,000 seorang. Jika berlaku penarikan diri ahli trip tanpa deposit penuh pada saat akhir, maka kos akan bertambah lagi.
Wajib ada set bangla (joran dan kekili elektrik) yang dua tiga lebih mahal harganya dari kos trip. Anggaran set bangla yang paling murah pun tidak kurang dari RM2,000. Set pancing manual tidak sesuai untuk digunakan dalam trip memancing yang memakan masa 4-5 hari.
Set lain perlu ada ialah set untuk jigging. Set jigging yang berkualiti tinggi amat penting kerana kawasan pelantar minyak merupakan lubuk ikan-ikan monster. Sekurang-kurang pun anda akan hangus RM1500-RM2000.
Untuk dua set pancing bottom dan jigging memerlukan dua jenis tali sulam yang berlainan kuasa. Untuk memasukkan tali ke dalam kedua-dua spool ini anda perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM300 lagi.
Selain itu perambut 60-100 lb perlu disediakan dalam kuota yang mencukupi. Jig, popper, split ring, mata kail, batu ladung, fighting belt. Lain-lain perbelanjaan seperti kos perjalanan, ais, makan minum, semuanya memerlukan belanja yang bukan sedikit.
Perlu buat persiapan rapi. Jika pergi dengan peralatan tidak sesuai, ada baiknya tidak payah pergi kerana mungkin anda akan buang duit, letih badan dan rugi masa.
Stamina dan kesihatan badan juga perlu dijaga. Elakkan demam sakit sebelum bertolak. Bagi kaki jigging mereka ada kalanya bersenam di gym untuk membentuk ketahanan otot tangan, kaki dan badan.
Biasanya, ramai yang tidak mementing soal ini sehinggalah merasai dan menyaksikan kekuatan tarikan ganas ikan-ikan mega di pelantar minyak. Ramai yang mengakui lain kali perlu lebih persediaan peralatan yang lebih baik termasuk teknik ikatan pada popper dan shock leader yang lebih kemas. Lain kali sebelum datang, masuk gym dulu!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...