D’Puncak Beris Lake Resort merupakan resort milik Cikgu Rashid yang didirikan di tanah miliknya seluas 6 ekar. Ia mula dibina sejak 12 tahun lepas dan kini, pelbagai infrastruktur telah ditambah baik didirikan di sini.

 

 

Apa yang menarik perhatian saya adalah, resort miliknya itu dibina menggunakan konsep kampung. Sebahagian besar unit kediamannya dihias dengan begitu cantik, meskipun ada yang menggunakan bahan binaan terpakai.

 

Menurut Cikgu Rashid lagi, selain percutian famili, perniagaan resortnya juga memfokuskan kepada aktiviti outdoor dan indoor, iaitu ia amat sesuai untuk golongan pelajar, penuntut IPT serta institusi kerajaan bagi tujuan seminar, team building, aktiviti ekstrem seperti trekking sekitar Tasik Beris, night safari, camping dan sebagainya.

 

Ia lengkap dengan kemudahan seperti bilik, dewan besar terbuka, surau, tandas, dewan, tapak perkhemahan, kolam renang dan sebagainya. Harganya sewa yang dikenakan juga amat berpatutan iaitu RM80 semalam untuk sebuah bilik dan RM200 untuk sewaan dorm.

IKLAN

 

Bagi mereka yang gemarkan aktiviti air, pengunjung boleh menyewa sampan, berkayak, star cruise dan lake crossing. Selain itu, pengunjung turut boleh melawat kawasan sekitar seperti kolam ikan, ladang rusa, kambing, ayam kampung dan sebagainya.

 

Tidak jauh dari resort ini, terdapat sebuah ladang anggur yang menjadi tumpuan setiap musim cuti hujung minggu atau cuti sekolah.

 

 

IKLAN

LOKASI MEMANCING

Untuk kaki pancing, Tasik Beris sebenarnya adalah spot memancing terbaik untuk menduga sebarau, toman dan juga siakap. Dan bagi mereka yang mempunyai perancangan untuk memancing di sini, D’Puncak Beris Lake Resort tidak syak lagi lokasi yang paling sesuai untuk menginap.

 

Alang-alang sudah datang ke sini, saya sempat juga menyewa sebuah bot untuk casting di sini, namun nasib kurang menyebelahi saya hanya toman bersaiz curut yang sudi menyambar gewang. Awal pagi, frenzy sebarau kelihatan di beberapa spot, tetapi bila bot mula menghampiri, kelibatnya terus sunyi sepi.

 

IKLAN

Mungkin disebabkan faktor bot di Tasik Beris majoritinya menggunakan enjin galah (enjin biawak), menyebabkan sebaraunya agak culas.

 

 

Tambahan pula cuaca yang sekejap sahaja sudah terik, menyebabkan misi mencari sebarau menemui kekecewaan. Begitu juga misi mencari siakap di sini tidak berjaya dilakukan kerana kesuntukan masa untuk menuju ke spot mainan siakap kerana saya perlu pulang segera ke Shah Alam.

 

Pun begitu, rakan yang menaiki bot lain, antara yang bertuah kerana berjaya juga mendapatkan lesen sebarau Tasik Beris walaupun tidak besar. Apa pun saya akan kembali lagi ke tasik ini sedikit masa lagi.

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI