Boleh tak kalau kita letak minyak (minyak pelincir yang biasa diletak pada reel) pada tali braided? Bukan apa… ada la member yang cakap kalau nak bagi tali braided ni tahan lama dan kuat, elok sapukan minyak. Lebih-lebih lagi kalau memancing laut dalam.
JAWAPAN:
Ads
Pada pendapat saya, rasanya kita tidak perlulah meletakkan apa-apa jenis minyak pada tali sulam atau braided kerana beberapa perkara. Pertamanya, saya percaya kebanyakan tali sulam sudah memiliki bahan tersendiri untuk melindungi tali tersebut.
Ads
Keduanya, ada kemungkin juga minyak yang akan digunakan nanti mempunyai bauan yang mungkin akan menakutkan ikan. Lebih rugi jika bahan di dalam minyak tersebut boleh menyebabkan atau mungkin akan merosakkan tali tersebut.
Sekiranya ingin tali sulam tahan lama dan kuat, memadai dengan melakukan proses selenggara selepas menggunakan tali sulam tersebut. Paling utama basuhlah tali tersebut dengan air yang bersih selepas memancing, tidak kiralah menggunakannya di air tawar apatah lagi lagi air masin.
Ads
Dan selepas digunakan beberapa kali dalam tempoh tertentu, tali benang dikeluarkan dan di masukan balik dari belakang iaitu tali yang di belakang kekili dialih ke hadapan. Ia bertujuan bagi tali digunakan semaksimum yang mungkin.
Seperkara lain, kebanyakan tali benang telah pun disaluti lilin khas sejak di awal penghasilannya bagi tujuan kelancaran dan juga melindungi permukaan tali benang tersebut.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ada tak ikatan khas untuk memancing ikan jenis berparuh seperti layaran atau marlin, admin? Saya tengah plan untuk try mancing ikan layaran tak lama lagi ni.
JAWAPAN:
Bagi pancingan ikan trofi seperti layaran atau mersuji dari keluarga billfish (ikan berparuh), ada banyak jenis ikatan yang boleh anda buat seperti nail loop knot, loop knot, Rapala knot, buffer loop knot atau Harrison’s loop knot.
Sekiranya anda perhatikan juga, ikatan-ikatan ini berkonsepkan loop atau mata kail yang bergerak bebas dalam simpulan gelendung. Konsep ini sebenarnya sangat bagus kerana ia berupaya memanjangkan jangka hayat ikan umpan hidup yang digunakan. Ikatan ini membolehkan umpan ikan hidup bergerak lebih bebas dan tidak banyak membebaninya.
Namun jika di Kuala Rompin, saya lebih gemar menggunakan ikatan Harrison’s knot pada mata kail ketika menggunakan teknik drifting belon. Seperti kita sedia maklum, ikan layaran di perairan ini adalah ikon kita dan wajib melepaskannya semula. Justeru penggunaan mata kail circle hook (mata lingkar) adalah diwajibkan, kerana ia mengurangkan kecederaan pada mulut ikan.
Saya baru tahu kewujudan sejenis ikan muara yang dinamakan ikan kuku. Boleh tak admin ceritakan serba sedikit tentang ikan ini. Dan yang paling penting sekali tip atau bagaimana cara untuk memancingnya?
JAWAPAN:
Admin akui bagi sesetengah malah ramai juga para pemancing yang tidak mengetahui lebih mendalam tentang spesies ikan kuku. Terutamanya pemancing di sebelah pantai barat Semenanjung kerana spesies ikan kuku ini lebih mudah ditemui di pantai timur serta di Borneo.
Sementara pemancing di pantai timur semenanjung juga pula tidak ramai yang terlibat dengan aktiviti memancing ikan yang berhabitat di kawasan berbatu atau berstruktur di pesisiran pantai dan muara. Untuk penjelasan tentang ikan kuku, anda boleh layari laman web Umpan.
Untuk memancing ikan kuku ini kita perlulah tahu diet pemakanannya. Ikan kuku menjadikan krustasia dan sesiput antara makanan utamanya. Jika memerhatikan barisan gigi ikan kuku maka kita akan percaya kenapa ikan ini menjadikan siput teritip sebagai makanannya.
Waktu terbaik memancing ikan kuku ialah ketika air bergerak pasang. Oleh yang demikian, carilah lubuk berstruktur atau berbatu yang berpotensi akan menjadi kawasan ikan kuku berlegar mencari makanan apabila ditenggelami air pasang.
Nak minta tolong sikit kat admin. Aa tak cara terbaik nak cabut bahagian sambungan joran yang ketat? Ada masanya bahagian joran ini secara tak sengaja terhentak yang menyebabkan ia masuk padat dan susah nak keluar bila nak cabut.
JAWAPAN:
Masalah untuk menanggalkan bahagian sambung joran terutamanya joran 2 pieces sambungan tengah joran merupakan perkara yang biasa dan sering berlaku. Jika joran sambungan pada pangkal mungkin ia agak mudah untuk ditanggalkan.
Anda boleh gunakan apa saja cara untuk mencabutnya tetapi pastikan tidak memegang bahagian cincin (guide) bagi mengelakkan kerosakan pada bahagian cincin pula.
Untuk mengatasi perkara ini anda perlulah menggunakan sesuatu sebagai alas pada bahagian joran yang dapat mencengkam bahagian joran dengan baik. Sebagai contoh, anda boleh gunakan kepingan getah seperti tiub basikal atau motosikal.
Potong tiub kira-kira seinci lebar dan sepanjang enam inci. Kemudian lilit tiub itu pada bahagian atas joran. Lilit secukupnya sehingga dapat menggengam penuh telapak tangan padanya. Pegang dan putar joran sejajar dengan arah tiub yang membalut joran tersebut.
Pada masa yang sama, kuatkan pegangan sebelah tangan lagi pada bahagian. Lakukan sehingga joran dapat dipisahkan. Sekiranya anda mampu melakukan dengan sempurna, sekuat mana sambungan joran itu ia akan berjaya dipisahkan juga.
Selain tiub basikal atau motosikal ini, anda juga boleh menggunakan alas kepingan getah yang biasa digunakan untuk pelapik dashboard kereta. Pastikan anda menyimpan satu pelapik dashboard kereta ini di dalam kotak memancing.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...