Penggunaan soft plastic (SP) sebagai umpan alternatif tidaklah sebegitu popular sepertimana produk umpan tiruan seperti gewang kayu atau plastik lain. Namun begitu, penggunaan SP dikira amat efektif bagi sesetengah pemancing kerana ia umpan tiruan paling menyerupai diet sebenar ikan pemangsa.

 

Ia, boleh dianggap alternatif terakhir bagi menggoda ikan. Jika penggunaan SP juga tidak memberikan hasil, lokasi tersebut sebenarnya memang sudah tidak ada ikan. Barulah istilah `kumpau` boleh diluahkan.

 

Soft Plastic Yang Pernah Viral

 

Antara jenama yang menjadi kebiasaan ketika ini ialah jenama Berkley. Namun di sini, Umpan membawakan sedikit sebanyak SP keluaran Jepun yang mungkin menjadi pilihan anda untuk mencubanya.

 

Antara produk dari Negara Matahari Terbit ini termasuklah keluaran daripada jenama Jackall, Ima, Evergreen dan Keitech.

 

Jackall Xeno Buzz

Sebagai alternatif pilihan bagi umpan katak tiruan. Jackall Xeno Buzz mampu meliputi kawasan dipenuhi teratai, berlumpur dan cetek. Sesuai untuk menduga spesies seperti haruan dan toman. Disesuaikan dengan mata tanpa ladung, Xeno Buzz pilihan tepat untuk mengilat di kawasan berumpai.

 

IKLAN

Soft Plastic Yang Pernah Viral

 

Jackall Super Pin Tail

Produk terbaru daripada Jackall. Super Pin Tail seolah-olah seperti anak ikan kecil sebenar. Direka supaya kelihatan seperti anak ikan yang cedera. Dilengkapi dengan mata 3 dimensi menambahkan lagi realistik soft plastic Jackall ini. Pasti menjadi antara produk wajib dalam kotak pancing anda.

 

Soft Plastic Yang Pernah Viral

 

Jackall iShad Series

IKLAN

Rekaan Shad Tail memberikan anda renangan yang menggoda. Dengan ekor yang melebar, ia memberikan aksi renangan yang menggoda dengan hanya sedikit tindakan pada kawalan kekili anda.

 

Terdapat dalam pelbagai warna yang digemari oleh pemangsa. Siri iShad dari Jepun ini mampu memberikan pilihan kepada anda dalam menggoda mangsa.

 

Soft Plastic Yang Pernah Viral

 

Jackall Glossy Shad

Glossy Shad hampir menyerupai Super Pin Tail, namun rekaan pada ekornya berbeza. Ekor Glossy Shad mempunyai bentuk dayung yang menyebabkan renangan lebih kuat dan pergerakan yang mampu menarik perhatian pemangsa.

IKLAN

Jackall Glossy Shad merupakan pilihan tepat bagi penggunaan dalam kawasan air yang jernih tidak kira mengalir atau tidak.

 

Soft Plastic Yang Pernah Viral

 

Jackall Cover Craw

Cover Craw dihasilkan dengan protein bermutu dan padat. Reka bentuknya membenarkannya meluncur dengan mudah di celah-celah kawasan yang sukar. Juga disuntik dengan bau yang mampu menarik perhatian ikan pemangsa.

 

Soft Plastic Yang Pernah Viral

 

Plus: Mata Kail Khas untuk Soft Plastic

SP memerlukan mata kail bentuk khas, berbeza daripada mata kail yang biasa digunakan. Antara jenama mata kail yang sesuai ialah termasuk keluaran Decoy.

 

Soft Plastic Yang Pernah Viral

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI