SOALAN:

 

Saya tengok sekarang ni teknik memancing UL semakin diminati. Jadi boleh tak admin tulis sikit pasal UL ni? Apa jenis rod dan spinning reel / baitcaster yang sesuai? Saiz maksimum reel? Tali tangsi atau benang?

 

JAWAPAN:

 

Secara ringkasnya metod pancingan UL atau ultralight casting ni menggunakan peralatan pancing yang sangat ringan. Namun spesifikasi UL ni agak kompleks. Jadi, apa kata tengok pandangan penggemar UL di negara kita ni.

 

Soal Jawab Mancing – Mohon Keyakinan Nak Guna Set Ultralight?

IKLAN

 

“Spec mesti tak lebih 6pound, max drag 3kg kebawah.”

  • AL-Imran Muhamad 

 

“Basiclly harus tanya diri kenapa anda minat ultralight game? Agar penggunaan set yang betul tidak disalahertikan.”

  • Indra Irwan Ismail

 

“Rod spec UL max 2-6lb atau lebih rendah, reel biasa pakai spinning je saiz max 1000 atau lebih kecil 500. Tali max 6lb benang atau tangsi, leader boleh tebal sikit dlm 8-10lb.”

IKLAN
  • Mekail Ibn Mazlan 

 

Soal Jawab Mancing – Mohon Keyakinan Nak Guna Set Ultralight?

 

“Reel: Max drag 3kg (Max reel size 2000), rod: Max 6lbs, mainline: Max 6lbs. Leader: Max 15lbs, lures: Max 7g. Buat masa ni, inilah yang masih diguna pakai oleh kebanyakan pengemar UL.”

  • Mansawi Hj Mansa’at 

 

“Baru terjebak untuk UL, spec semua kena max 6lb. Reel, rod dengan mainline. Reel: max drag 6lb, rod: line 6lb max, contoh 3lb-6lb. Kalau 4lb-8lb dah masuk light, bukan ultralight. Mainline: 6lb max, tak kisah mono atau braided, ikut selesa masing-masing.”

IKLAN
  • Ismail Ahmad

 

Soal Jawab Mancing – Mohon Keyakinan Nak Guna Set Ultralight?

 

Kesimpulannya, admin sependapat dengan semua komen netizen di atas. Namun, admin tidak terlalu taksub kepada sesuatu konsep memancing.

 

Dunia dan hobi memancing ini sudah sedia kecil, jadi jangan dikecilkan lagi dengan pelbagai konsep yang boleh memecahbelahkan silaturahim antara pemancing.

 

Soal Jawab Mancing – Mohon Keyakinan Nak Guna Set Ultralight?

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI