Rumah rakit yang berkonsepkan inap desa atau homestay atas air ini pastinya akan menjadikan pengalaman percutian yang amat bermakna terutama bagi kaki-kaki pancing.

Apa tidaknya, apabila bilik yang anda diami dikelilingi air, pastinya begitu mudah sahaja untuk anda melepaskan gian di sini.

Tambahan pula, kedudukannya yang strategik dan dikelilingi pokok bakau pastinya menjadikan Jojo Rakit ini sebagai ‘highway’ ikan mudik ke muara apabila air mulai pasang.

 

Jadi tidak hairanlah kawasan ini didiami oleh spesies-spesies berharga seperti, kerapu, siakap, jenahak, senangin, semilang dan pelbagai lagi. Sepanjang kunjungan penulis ke sini, pelbagai jenis ikan berjaya kami daratkan di sini. Tidak menang tangan juga apabila kami dihujani oleh sekumpulan ikan cencaru yang galak menyambar mata kail apollo yang kami hidangkan pada waktu petang.

 

Namun, bagi mereka yang inginkan aktiviti memancing yang lebih thrill, Jojo Rakit juga turut menyediakan khidmat sewaan bot dengan kadar bayaran RM180 hingga RM200 bergantung kepada jenis dan muatan bot.

 

KEMUDAHAN

 

Menurut pihak pengurusan Jojo Rakit, di sini terdapat 11 buah bilik dan empat bilik air dengan kadar sewa mengikut saiz bilik yang tertentu iaitu bilik besar mampu memuatkan lima individu berharga RM120 (dilengkapi air-cond), sederhana untuk empat orang (RM80) dan RM70 untuk bilik kecil yang boleh memuatkan tiga orang.

Setiap bilik dilengkapi katil, kipas dan televisyen. Malah, pengunjung boleh menonton rancangan daripada saluran Singapura, Malaysia dan Indonesia dengan jelas.

 

 

Selain bilik, Jojo Rakit turut dilengkapi dengan kemudahan lain seperti dapur, tempat untuk BBQ, ruang istirehat, mini playground untuk kanak-kanak, dan tempat untuk berkaraoke. Selain itu, bergantung kepada permintaan, para pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti di sini seperti berkayak, dan pelbagai pengalaman menarik berkaitan aktiviti nelayan seperti menjaring, menjala, merawai dan pelbagai lagi.

 

PENGALAMAN BERHARGA, KESERONOKAN BERGANDA

Apa yang dapat penulis simpulkan, Jojo Rakit pastinya perlu menjadi lokasi yang harus dicuba oleh kaki pancing serata Malaysia. Dalam keasyikan memancing bersama rakan-rakan, apa salahnya bawa keluarga anda pula untuk merasai sendiri pengalaman riadah sambil memancing yang sudah tentunya dapat mengeratkan lagi hubungan anda seisi keluarga.

 

Rumah Rakit Pilihan Pemancing Johor!!

Jom like & See First page portal memancing terbaru – www.facebook.com/umpanmania101

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI