IKLAN

 

SOALAN:

Salam min… boleh tak terangkan cara memancing menggunakan pintail?

 

JAWAPAN:

Wasalam… admin merujuk pintail yang dimaksudkan dalam soalan yang dikemukakan ini ialah gewang minnow tenggelam atau keluaran Jackson atau Jackson Pintail minnow singking fishing lure.

 

Pintail ini sebenarnya bukanlah gewang artificial yang baru dalam dunia pancingan tanah air. Jika tidak silap admin, ia telah digunapakai semenjak tahun 2010 lagi.

IKLAN

Keberkesanan gewang pintail ini menyebabkan ia ditiru oleh banyak pengeluar barangan pancing.

 

Penggunaan pintail di Malaysia lebih menjurus kepada pancingan tenggiri dengan teknik mengilat. Atau dalam erti kata lain, gewang ini terbukti sebagai killer lure untuk tenggiri.

Ia biasanya digunakan bagi menjerat tenggiri di kawasan-kawasan unjam atau banyak terdapat ikan-ikan pelagik seperti tamban atau selar.

IKLAN

 

Pengalaman admin sendiri, sekiranya ada kumpulan tenggiri yang berlegar di unjam, gewang ini cukuplah berkesan.

Malah ia turut berkesan untuk menjerat ikan lain seperti talang, belitong, gerepoh mahupun jemuduk.

 

Dengan menggunakan peralatan pancing yang bersesuain untuk aktiviti mengilat (sesuai untuk menampung berat pintail yang biasa digunakan ialah 40 gm dan menawan tenggiri

sehingga saiz 10 kilogram), pintail akan dilontar ke kawasan yang berpontensi hadirnya ikan pemangsa seperti tenggiri.

 

Pintail dibiarkan tenggelam beberapa saat bergantung kepada kedalaman lubuk. Untuk mencapai kedalaman 10 meter (30 kaki), pintail akan dibiarkan tenggelam dalam jangka masa 10 saat.

Kemudian ia perlu dikarau dengan kelajuan tinggi. Antara kelebihan pintail, semakin ia dikarau laju makan semakin cantiklah aksi renangannya.

Oleh yang demikian, penggunaan kekili yang memiliki nisbah karauan yang tinggi amatlah penting.