Keseimbangan kekuatan antara tali utama dan perambut sebenarnya turut berkait rapat dengan saiz mata kail, umpan, lapangan atau padang pancing dan saiz ikan buruan. Contohnya jika kita memancing ikan gelama di pantai atau sepat di paya, sudah tentu perambut 30lb tidak sesuai kerana terlalu besar untuk mengikat mata kail kecil. Namun tali utama 30lb tidak menjadi masalah.
Ads
Dalam memancing gelama contohnya, perambut berkekuatan 10lb-15 sudah memadai digandingkan dengan tali utama 30lb. Jika ikan sasaran adalah lebih besar seperti pari atau siakap maka perambut 30lb lebih sesuai. Jika kekuatan seimbang digunakan antara perambut dan tali utama, kebarangkalian putus tali (jika tersangkut) adalah sama di antara kedua-duanya.
Ads
Titik paling lemah akan menjadi faktor penentu di mana tali akan putus sama ada pada ikatan, simpulan sambungan serta bahagian calar dan genting. Bagi mengelakkan risiko apabila memancing di kawasan yang mudah tersangkut maka biasanya tali utama adalah lebih kasar daripada perambut.
Ads
Contoh, memancing di karang dan reba. Jika tali utama adalah 30lb maka anda disaran menggunakan perambut 20lb. Ini kerana jika tersangkut, perambut akan putus terlebih dulu. Jadi tali utama dan batu ladung masih selamat dan boleh digunakan berulang kali.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Sebenarnya tidak banyak perbezaan teknik memancing pada siang hari dan malam hari. Terutamanya jika anda memancing dengan teknik pancingan dasar. Sebagai contoh, jika anda memancing ikan kelah pada siang hari dengan teknik dasar, teknik yang sama boleh dipraktikkan pada malam hari.
Apa yang perlu diubah mungkin dari segi pemilihan umpan dan juga lubuk. Pada malam hari ikan kebanyakannya keluar dari tengah lubuk dan meronda ke bahagian kepala dan ekor lubuk. Oleh yang demikian, anda haruslah melabuhkan umpan di bahagian luar lubuk.
Pada malam hari juga penglihatan ikan tidak sebaik pada siang hari. Namun mereka masih mempunyai deria lain untuk mengesan makanan seperti bau dan getaran. Jadi, anda perlulah menggunakan umpan yang lebih berbau dan tidak statik pada malam hari. Umpan berbau seperti umpan tapa dan anak ikan merupakan pilihan umpan yang lebih realistik.
Sekiranya anda lebih menggemari teknik pancingan mengilat atau casting menggunakan umpan tiruan, maka teknik ini agak kurang berkesan pada hari. Ini kerana kebanyakan ikan pemangsa memburu dengan deria penglihatan. Dan kebanyakan ikan pemangsa ini agak kurang aktif pada malam hari.
Jika anda masih ingin memburunya, bolehlah cuba memancingnya dengan teknik dasar menggunakan umpan hidup.
Saya sering memancing di kuala sungai atau muara dan saya selalu berdepan masalah dengan ikan buntal yang suka sangat memotong tali pancing saya. Saya tau memang itu kerja si buntal. Admin ada sebarang tip bagi mengelakkan ikan buntal memotong tali pancing? Saya dah rasa tekanan sangat dah ni.
JAWAPAN:
Jika disenaraikan musuh-musuh pemancing maka ikan buntal akan tersenarai sebagai musuh nombor satu pemancing. Bagaikan ada sumpahan antara pemancing dengan ikan buntal, gangguan ini tidak pernah terhenti sehingga kini.
Ikan buntal merupakan spesies ikan yang amat memeningkan kepala ramai pemancing termasuklah admin sendiri. Sehingga kini admin masih lagi mencari sebab utama kenapa si buntal ni suka sangat memotong tali pancing. Kelakuannya tak ubah seperti penguatkuasa di dalam air.
Admin masih tertanya-tanya adakah disebabkan oleh warna tali pancing, gerakannya di dalam air atau disebabkan bunyi yang dihasilkannya. Walau bagaimana pun hanya satu cara sahaja untuk mengelakkan ini berlaku iaitu dengan menggunakan tali pancing dari jenis tali sulam (braided).
Ketika saya memancing di kuala dan muara sungai sama ada memancing ikan atau udang galah, sememangnya kerap berlaku di mana tali pancing (tali tangsi atau mono) dipotong begitu sahaja tanpa sebab.
Namun apabila menggantikan tali tangsi dengan tali sulam, perkara tersebut tidak lagi berlaku. Jadi, anda dinasihatkan menggunakan tali sulam bagi mengatasi tekanan yang dialami itu.
Ikatan jenis juga bagus untuk memanjangkan usia hayat umpan yang digunakan kerana ia kurang mendatangkan rasa beban. Disamping itu juga meningkatkan kadar hook up apabila ikan pemangsa menyambar umpan tersebut.
Step 1
Buatkan satu simpulan pada perambut kira-kira sejengkal dari hujungnya.
Step 2
Masukkan hujung perambut ke dalam lubang cincin mata kail.
Step 3
Masukkan pula hujung perambut itu ke dalam simpulan yang dihasilkan tadi.
Step 4
Ketatkan ikatan simpulan itu terlebih dahulu.
Step 5
Buatkan satu simpulan baru di atas ikatan yang dibuat tadi.
Step 6
Lakukan dua atau tiga lilitan pada simpulan tersebut.
Step 7
Jerutkan simpulan itu dengan ketat sehingga kemas pada ikatan pertama tadi. Potongan lebihan perambut.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...